Kenyataan Media Bersama

                                                                                   oleh

Parti KeADILan Nasional KeADILan)
Parti Islam SeMalaysia      (PAS)
Parti Rakyat  Malaysia      (PRM)
Parti  Tindakan Rakyat      (DAP)

_________________________________________________________________________________________________

                                                                            Siapa Kotor?

Parti-parti  alternatif menolak sama sekali dakwaan Perdana Menteri  Dato Seri Dr. Mahthir Mohamad bahawa pilihanraya umum akan datang bakal menjadi yang terkotor dalam sejarah Malaysia kerana parti-parti pembangkang.  Mengikut beliau. "Pilihanraya ini akan menjadi lebih kotor kerana parti lawan menghalalkan perkataan kesat, jijik, kotor dan mencarut."  Lagipun parti pembangkang  kononnya " terdiri daripada orang yang rnelakukan rusuhan pada tahun lepas."

Parti-parti alternatif tidak pernah rnenghalalkan perkataan kesat dan kotor dalam ceramah. Malah, mereka menasihatkan penceramah-penceramah mereka berhujah secara sopan. Semua orang tahu kami sama sekali tidak mempunyai alat atau jentera untuk melakukan sebarang taktik kotor. Sebaliknya, apakah benar pendapat umum bahawa di bawah Jabatan
Perdana Menteri  rnemang sudah lama wujud jabatan taktik-taktik kotor atau "dirty tricks department"  lengkap dengan segala kaki tangannya?

Begitu juga yarg melakukan  rusuhan tahun lepas bukan penyokong -penyokong  parti-parti alternatif tetapi pihak-pihak tertentu  yang dengan sengajanya  menggunakan kekerasan  terhadap penunjuk-penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman.  Oleh kerana Dr  Mahathir tidak mahu rakyat mengetahui apa yang benar-benar berlaku, beliau tidak berani mengadakan penyiasatan bebas tentang sebab-sebab rusuhan tercetus sepertimana dituntut oleh parti-parti alternatif.

Dr Mahathir juga mendakwa bahawa "parti-parti pembangkang dibantu oleh dalang-dalang asing untuk menjatuhkan kerajaan"  Ini merupakan satu lagi fitnah jahat . Parti-parti alternatif hanya menyalurkan perasaan rnarah rakyat terhadap kepimpinan Dr. Mahathir yang bersikap  zalim dan kejam, terutamanya dalam peristiwa Anwar Ibrahim.  Sekiranya kerajaan Mahathir jatuh, ini  adalah kerana rakyat telah hilang kepercayaan kepadanya akibat daripada kezalimannya  dan bukan kerana dalang-dalang asing atau media asing,

Kerana kebimbangan inilah di pihak kerajaan Mahathir  pilihanraya akan datang bakal menjadi terkotor dalam sejarah Malaysia. Dr. Mahathir bernafsu mengekalkan kuasanya dengan apa cara jua;  justeru itu, beliau akan menggunakan taktik-taktik yang paling kotor untuk rnemenangi pilihanraya. Sepertimana terbukti dalarn pilihanraya negeri Sabah pada bulan Mac 1999, beliau akan rnengerahkan jentera media tempatan; rnenyerapkan pengundi hantu;  menyogok pengundi; mengugut pengundi; dan menakutkan pengundi untuk memastikan bahawa parti beliau menang. Sebenarnya, taktik-taktik kotor ini digunakan dalam setiap pi!ihanraya sepanjang pemerintahan Dr. Mahathir. Malah sebelum Mahathir pun. sebahagian daripada taktik-taktik kotor pilihanraya sudah menjadi lumrah bagi parti pemerintah.

Apakah dengan menuduh bahawa parti-parti alternatif akan menjadikan pilihanraya kesepuluh yang  terkotor dan berunsurkan kekerasan,  Dr. Mahathir mengaturkan rancangan untuk mengamalkan apa yang beliau sendiri maramalkan?

Kami mencabar supaya dibentuk sabuah suruhanjaya atau pasukan pemerhati antarabangsa serta tempatan yang keanggotaannya disetujui bersama oleh pihak pemerintah dengan parti-parti alternatif, untuk rmemerhati perjalanan pilihanraya akan datang dan melaporkan sekiranya ada apa-apa taktik kotor yang berlaku dan mengenal pasti pihak-pihak yang melakukannya.
 
 

..............................................                                                 ...........................................
Dr Wan Azizah bte Wan Ismail                                                YB Dato' Fadzil Mohd Noor
Presiden KeADILan                                                                 Presiden PAS

...............................................                                                .......................................
Dr. Syed Husin Ali                                                                    YB Lim Kit Siang
Presiden PRM                                                                           Setiausaha Agung DAP
 

10 Jun 1999