UMNO lepaskan 2 mangsa di Bangi: Laporan Debat Karisma Perdana UKM 1999

Saya tidak mahu tulisan ini menjadi tulisan yang menambah kepada laporan-laporan yang telah sedia ada mengenai debat perdana di UKM, jadi saya akan huraikan secara point-form apa yang berlaku yang tidak dilaporkan dalam tulisan-tulisan lain dan apa yang saya fikir menarik untuk tontonan semua khasnya bagi mereka yang tidak berpeluang menghadiri debat tersebut.

1. Susah nak diberi jumlah yang hadir dengan tepat, tetapi kita boleh get some idea:- auditorium penuh. Kerusi tambahan terpaksa dimasukkan, ramai yang duduk di tangga dan ramai lagi berdiri. Namun demikian, Pengacara majlis terpaksa mengunci pintu luar untuk menahan lebih ramai orang masuk ke auditorium: kalau tak dibuat demikian nescaya tidak boleh dibayangkan bagaimana auditorium itu nanti akan sesak.

2. Kesemua yang hadir untuk mendengar perdebatan tersebut boleh dikatakan penyokong Reformasi dan yang anti-Diktator. Boleh dikatakan semua, memandangkan cara mereka bersorak memberi sokongan kepada pendebat-pendebat pembangkang.

3. Secara halus, dan tanpa disedari atau tanpa boleh di "pinpoint" oleh mana-mana pihak, Tetamu kehormat Naib Canselor Prof. Anwar Ali juga seolah-olah "menyokong" para reformis apabila beliau mengatakan topik perdebatan malam itu sungguh "relevan". Ini disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh oleh para hadirin. Kemudian seorang lagi pensyarah jemputan naik ke pentas dan mendeklamasikan sajak. Aduh! Sajak berbunyi reformasi lagi! The stage is set: Kekalahan pihak UMNO dalam perdebatan yang belum bermula ini sudah tertera.

4. Awal-awal lagi pendebat reformis dengan secara bijak sudah memenangi perdebatan ini dengan "psychological war"nya. Pendebat pertama, Saudara Mustafa Kamil Ayub sebagai pembuka hujjah, telah bertanya audience semua: "Wajarkah mahasiswa berpolitik?" dan ini disambut dengan pekikan "W-A-J-A-R-R-R-RRRR" oleh penonton. Kalau dah dapat jawapan begitu perlu apa nak didebat-debat lagi? From then onwards, dua "mangsa" tadi sedar bahawa they were fighting a losing war, and the only other thing left for them to do was set up an entertaining, if not foolishly clowning, rhetorical battle.

5. Saya katakan di sini Isma Zain dan Suhaimi Ibrahim adalah "mangsa" UMNO kerana pada hakikatnya begitulah adanya. UMNO sedar bahawa melayan permintaan rakyat untuk berdebat adalah nahas besar bagi mereka dan NO WAY mereka boleh menang ditengah-tengah rakyat sedang dihembus arus dan gelombang emosi dan sentimen benci-Mahadey@PM sekarang ini. But yet, mereka tidak boleh terlihat sebagai mengalah atau mengambil "defeatist approach", lalu terpaksalah mereka menghantar dua orang ini untuk disembelih oleh emosi rakyat. Yang lucunya kira saya, mangsa yang dua orang ini mungkin tidak terfikir langsung bahawa UMNO menggunakan mereka untuk tujuan itu, dan masih berfikir mereka melakukan sesuatu yang patriotik untuk mendapat perhatian si diktator dan pemfitnah agong Mahadey, dan masih berharap supaya, manalah tahu, 2-3 tahun kemudian ini dapat juga merasa jadi timbalan menteri seperti mana seorang pelacur politik yang lain yang tidak asing lagi, yang terkenal dengan lompat-melompat dan jilat-menjilatnya, mendadak menjadi timbalan menteri walaupun tidak direstui langsung oleh rakyat.

6. Suasana debat bertambah hangat apabila Mahfuz Omar pula tampil ke podium. Dari awal hingga akhir, ucapan beliau seperti peluru mesin-gun yang memuntahkan fakta-demi-fakta tentang kenapa Mahasiswa harus berpolitik. Saya sungguh berpuas hati dengan hujjah beliau. Saya rasa pendengar-pendengar yang intellek yang hadir juga berpuas hati, kerana point-point beliau FULL OF FACTS. Dengan diselitkan jenaka di-sana sini, saya rasa jika penonton dikenakan bayaran untuk mendengar hujjah begitupun saya rasa ramai yang sanggup. (On the other hand, saya rasa kalau dibayar sekalipun untuk mendengar Si Isma dengan Dato’ Suhaimi berbicara, tak ingin rasanya). Facilitator debat, Prof. Madya Wan Mokhtar pula, at one point, seolah-olah tidak dapat menahan pandangan "skewed and off-tangent" beliau apabila beliau mengatakan bahawa nampaknya Mahfuz Omar merupakan pendebat yang paling popular malam ini.

7. Kemudian tiba pula giliran Isma Zein pula untuk berucap. Kisah bagaimana beliau telah di-boo beramai-ramai telah dinukilkan di tulisan yang lain, dan saya tidak akan menyentuh tentang itu. Tetapi apa yang ingin saya laporkan di sini ialah tentang Points serta hujjah-hujjah beliau: HE HAS NONE!! The only thing worth mentioning here is bila dia berkata Mahasiswa jangan menang sorak tapi negara tergadai. Kena boo lagi..... bebal sungguh UMNO sorang ni. (Later on Mahfuz menangkis hujjah bodoh ini dengan mengatakan bagaimana pula dengan pe’el kerajaan yang tanpa bersorak pun tergadai juga negara... Saudara Mustafa Kamil Ayub pula later on berhujjah mengatakan bukan itu yang kita patut hiraukan, tetapi politik wang negara tergadai, politik fitnah negara tergadai yang patut kita risaukan. Senyap terus kambing dua orang tadi).

8. Saya ingin melaporkan di sini bahawa kedua-dua Isma Zain serta Dato’ Suhaimi dari pihak kerajaan mengambil masa labih kurang 4-5 minit dari 8-10 minit yang diperuntukkan untuk mereka untuk meminta para hadirin supaya mendengar beliau, atau jangan memboo beliau, atau bertenang, atau beri peluang. Ini dijawab oleh beberapa stalwarts dalam audience mengatakan, "baliklah"atau "point, point, mana point?" atau "Masa dah habis" atau "jangan habiskan masa kami" atau "beri peluang orang lain pulak" dan macam-macam lagi. Disini saya ingin merakamkan satu insiden lucu yang mendedahkan bagaimana bebalnya si Isma Zein ini, dan bagaimana tololnya beliau menghadapi para pendengar dan betapa "inexperienced"nya beliau dengan berkomunikasi dengan massa. Di satu ketika bila seorang pendebat lain sedang berhujah, beliau bangun untuk pergi ke tandas. Terdengar satu suara nakal dari belakang audience menjerit, "Hoi, mana nak pergi? Takut ke?" Yang lucunya beliau boleh menjawab balik suara solitari tadi dengan mengatakan, "Bukan... saya nak ke tandas kejap..." Para hadirin tak dapat menahan perut melihat gelagat yang dungu dan tidak profesional tadi. Agaknya Prof. Anwar Ali yang berada dihadapan menggeleng kepala ...

9. Perhaps pendebat yang sungguh memalukan UMNO dan sekali gus yang paling menjadi sumber jenaka bagi pihak Reformis malam itu ialah Dato’ Suhaimi Ibrahim. Selama 5 minit pertama beliau berucap, masih tidak kedengaran apa point beliau. Pada mulanya para audience tidak dapat mengagak apakah beliau ini pro Reformis, atau pro Kerajaan. Beliau selok sana, belok sini, selit sana, lari sini, masih jugak tak clear point beliau. RUPA-RUPANYA PSYCHOLOGICAL WARFARE SUDAH MENGHANTUI BELIAU! Melihatkan bagaimana Isma Zain telah di-boo dan diketawakan beramai-ramai, beliau takut dan panik: segala apa yang beliau prepare untuk malam itu jika dikeluarkan, akan disembelih oleh audience. Jadi beliau berdolak dalik cuba memasukkan point beliau secara slow dan apologetik. Tetapi audience tak sabar, dan masih "pressure" beliau untuk "state a point". Memandangkan itu, beliau terus respond dengan "dropping a bomb":

"Politik lain, Mencari Ilmu di Universiti lain. Ianya berada di dua alam berbeza. Dan kita tahu binatang dua alam pun kalau dimakan haram hukumnya".

Then all hell breaks loose. Penonton semua bersorak, memboo, dan ketawa berdekah-dekah. Saya sendiri pun, bila sampai setakat itu, tidak dapat lagi menahan senak perut kerana ketawa. Ada yang ketawa sampai keluar air mata, tak tahan. Yang pro UMNO semuanya merah padam oleh kerana geram sangat seorang dari mereka boleh memberi hujjah yang begitu bodoh. Saya tak tahulah orang sebelah saya ketika itu UMNO ke tidak tetapi saya dapati bila Dato’ Suhaimi memberi hujjah macam tu, dia terus menekup kepalanya, tunduk ke bawah dan menggelengkan kepala. Hey Man! This is a University, goddamn it. An institution of Intellectualism and Excellence. Bukannya warong kopi UMNO cawangan Selayang! Sheeesh!!

10. Saudara Zaharuddin memberikan hujjah-hujjah yang sungguh bernas. Beliau berkata kerajaan suruh berpolitik mengikut saluran yang betul. Mana ada saluran? Kata beliau.

11. Sessi soal jawab juga berlancar dengan penuh semangat. Kerana kesuntukkan masa, tak sampai separuh dari mereka-mereka yang ingin bertanya dilayan. Majlis gempar buat seketika apabila seorang wanita bertudung dan berjubah hitam tampil ke mikrofon untuk mengemukakan soalan. Beliau memulakan dengan memperkenalkan diri beliau, "Assalamualaikum. Nama saya Qamar Ainiah, peguam." Apa lagi, mendengarkan nama itu, bagaikan nak rak auditorium akibat dari sorakan dan tepukan penonton...

Okay. This next part is not for you, reformis, semua. This part ialah untuk Ibrahim Ali, untuk SB-SB, untuk orang-orang ISIS, BTN, Pemuda UMNO internet dan pengampu-pengampu kerajaan yang lainnya yang sedang melayari laman web ini yang akhirnya terpaksa merepot kepada Diktator agong@PM.

Hadir dalam majlis macam malam tadi tu membuat kita semua berfikir: UMNO is gone. Sudah tidak wujud secebispun dalam sanubari rakyat untuk kamu. UMNO is like the proverbial Opera Ghost: who is dead but refuse to lie down. Sedarlah. Saya ingin sarankan anda semua supaya GET OUT OF THE SINKING BOAT FAST!! Kamu semua nak pertahankan sapa? Nak pertahankan Mahadey dan Kroni supaya mereka boleh bertambah kaya, boleh bertambah menggila menipu rakyat?

Tapi kalau nak jugak berlawan dengan rakyat, tak boleh ke hantar somebody yang at least boleh make some sense. Cuba perhatikan Isma dan Dato’ Suhaimi malam tadi tu. SETIAP perkataan yang keluar dari mulut mereka membuatkan orang bertambah BENCI dengan UMNO. So Mahadey, take note.

Satu lagi Mahadey take note: Kamu ni dah kena tipu bulat-bulat oleh orang-orang di keliling kamu. Cuba tengok Khalil Yaakob kata: keahlian UMNO bertambah. Aiik? Ahli UMNO bawah batang hidung dia sendiri makin lama makin susut. Setiap hari ada saja laporan orang UMNO keluar masuk Pas dan keadilan. Kenapa nak tipu rakyat? Nak feel good?

Mahadey, it is right that you should not trust the people around you anymore. They only say to you things which is pleasnt for you to hear, tetapi pada hakikatnya jauh dari itu. Hati-hatilah Mahadey. Lagi tinggi seseoarng itu, lagi sakit bila ianya jatuh berdebap.

Sekian

Rakan Sejawat Anwar Ali