Waspada taktik BN takutkan rakyat - Mahfuz

Polis Perlu Siasat Kenyataan Mahathir

 

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat memandang serius kenyataan Dr. Mahathir di dalam sebuah akhbar tempatan yang mendakwa pilihan raya umum akan datang bakal menjadi pilihan raya terkotor kononnya kerana pembangkang dibantu kuasa asing berusaha menjatuhkan kerajaan Umno/BN.

Pemuda PAS menyifatkan kenyataan Dr. Mahathir sebagai serangan propaganda jahat untuk manakut-nakutkan rakyat dari memberi sokongan kepada pembangkang dalam plihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda PAS, Haji Mahfuz Omar berkata, kenyataan Mahathir itu juga mempunyai agenda jahat yang kotor dan jijik.

"Kenyataan Mahathir itu sebenarnya membayangkan hasratnya dan pemimpin Umno/BN untuk menimbulkan suasana tegang menjelang pilihan raya umum melalui tangan najis mereka sendiri berdasarkan sejarah politik tanah air," katanya.

Dewan Pemuda PAS Pusat berkata, kekotoran itu disebabkan tangan najis pemimpin Umno dan BN yang hendak menimbulkan kekacauan setelah mereka melihat trend politik tiada lagi memihak kepada mereka.

Katanya, dalam tahun 1969 apabila trend politik tidak lagi memihak Umno/Perikatan di beberapa buah negeri. Perikatan di Selangor gagal membentuk kerajaan akhirnya tangan Umno/Perikatan yang bertanggungjawab sehingga tercetus peristiwa 13 Mei 1969. "Kemudian tangan Umno/BN juga menyebabkan jatuhnya kerajaan PAS di Kelantan pada pilihan raya umum 1978 bila mana Umno tidak bersedia menerima hakikat bahawa Kelantan ditawan oleh PAS. Akhirnya tangan Umno/BN yang menimbulkan kekacauan di sekitar Kota Bharu sehingga kerajaan Pusat di bawah BN mengisytiharkan darurat di Kelantan pada tahun 1977 sehingga menjelang pilihan raya umum pada tahun 1978," katanya.

Mahfuz mengingatkan kembali peristiwa 'Ops lalang' pada 1987 di mana masyarakat Melayu yang hilang keyakian kepada Umno serta orang Cina hilang keyakinan kepada MCA akhrinya tangan busuk Umno/BN inilah yang menimbulkan suasana tegang antara kaum. Dewan Pemuda PAS Pusat berkata, terdapat campur tangan asing di pihak Umno/BN kerana BN terbukti menggunakan syarikat perunding kempen Yahudi Sachi & Sachi semasa pilihan raya umum tahun 1986 untuk propaganda politik yang cukup kotor dan jijik bagi kepentingan BN. Ternyata BN dengan tunjuk ajar Syarikat Sachi & Sachi telah mengamalkan politik adu domba Yahudi melemparkan fitnah terhadap pembangkang.

Dewan Pemuda PAS meminta polis menyiasat kenyataan Dr. Mahathir kerana Pemuda PAS sangat bimbang adanya perancangan halus BN yang sedang berjalan sekarang untuk menggerakkan satu suasana tidak tenteram di mana BN boleh mengambil kesempatan mengekalkan kuasanya.

 

Ke Laman Utama