"KITA JANGAN KEDEKUT, MEREKA
 JANGAN TAMAK"

Mursyidul Am beri panduan tentang pembahagian kerusi

Klik untuk dengar Ucapan Tuanguru


------------------------------------------------------------------------ 
KUALA LUMPUR: Mursyidul 'Am PAS, Tuan Guru Dato'  Haji Nik Abd. Aziz Nik Mat memberikan panduan kepada ahli PAS dalam soal pembahagian kerusi dengan parti-parti  alternatif yang lain. 

"Kita mestilah bersikap tidak terlalu kedekut dan mereka jangan pula terlalu tamak. Tolak ansur mesti ada," kata Tuan Guru ketika berucap di hari akhir Muktamar Tahunan PAS  ke-45 baru-baru ini. 

 "Macam kita menyerahkan anak gadis kita kepada menantu dan besan kita. Kita pandang wajah besan dan menantu kita, mereka nampaknya ikhlas dan jujur maka lega hati kita. Kita pesan menantu dan besan kita itu supaya jaga anak kita itu baik kerana ini adalah amanah," kata Tuan Guru lagi. 

 Menurut beliau lagi, dalam pembahagian kerusi ini, kita (PAS) jangan kedekut sangat dan mereka (rakan pembangkang lain) jangan tamak sangat pula. 

 Katanya, Umno kini cukup cemas dengan persefahaman kita ini. Umno seperti lelaki tua yang  bertongkat kiri kanan (MCA, MIC). "Tentu mereka gelabah apabila kita mau ambil tongkat  mereka," kata Tuan Guru. 

 Dulu, katanya, PAS bertanding sendirian, tetapi kini kita kenalah bekerjasama dengan  pembangkang yang lain untuk kebaikan bersama. 
 
 


home | Dewan Ulama' | Dewan Pemuda | Dewan Muslimat | search


Beritahu Kami Cadangan Anda! webmaster@parti-pas.org
Masalah Teknikal? webmaster@parti-pas.org
Parti Islam Se Malaysia (PAS)   +   Markaz Tarbiyyah PAS, Lrg Hj Hassan, Tmn Melewar,   +   68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia 
Phone: 603-6899296   +   Fax: 603-6869618  +   E-mail: webmaster@parti-pas.org