Bilakah Pilihanraya Umum ?
Sedikit ulasan politik negara sepanjang minggu lalu, minggu pertama bulan Jun 1999.

Melihat kepada berita-berita utama yang tersiar di akhbar-akhbar tempatan sepanjang minggu lalu, kita benar-benar dapat merasakan bahawa bahang pilihanraya umum semakin hangat terasa. Apa tidaknya, akhbar-akhbar utama tanah air  dengan begitu bersemangat sekali mewar-warkan "perpecahan" yang
dikatakan semakin ketara antara komponen2 parti alternatif. Bukan itu saja, isu kemasukan ahli bersekutu ke dalam PAS juga dicanangkan dengan begitu 'realistik' sekali dicelah-celah isu "keretakan"  komponen2 parti pembangkang ini. Kita benar2 dapat merasakan  bahawa inilah waktu yang dinanti-nantikan oleh PM untuk membubarkan parlimen dan seterusnya mengisyhtiharkan Pilihanraya yang terakhir di bumi Malaysia untuk alaf ini. 

TAPI PERSOALANNYA - BILAKAH TARIKH SEBENAR PILIHANRAYA INI?

Saya melihat akhbar the STAR 6/6/99 menulis:

"Into the 123rd day of his journey, he has sailed about 14,241 nautical miles since starting off from Langkawi on Feb 2. He has to sail some 10,180 nautical miles more to return to Langkawi in his bid to be the first Malaysian to sail solo around the world".

[Terjemahan: Azhar Mansur perlu belayar sejauh 10,180 batu nautika lagi untuk tiba ke Malaysia, menjadi anak Malaysia yang pertama belayar secara solo keliling dunia - MALAYSIA BOLEH!!!].

ISH, ISH, AWATNYA LAMBAT SANGAT HANG NAK SAMPAI BALIK AZHAR OII - KAYUH LA LAJU2 SIKIT KAPAL LAYAR HANG TU - CHE DET YANG SPONSOR HANG RM2 JUTA, SIAP DENGAN HANTAR JET RMF 662 PI  SELAMAT HANG HARI TU, DAH TAK SABAR-SABAR LAGI
NAK TUNGGU HANG BALIK !

KAMI PUN MACAM CHE DET JUGAK, TAK SABAQ-SABAQ LAGI NAK TUNGGU HANG BALIK. BUKANNYA APA, SEBAB KAMI TAHU SELAGI HANG TAK BALIK, SELAGI TU PM TAK AKAN BUBARKAN PARLIMEN!!!

MALAYSIA BOLEH!!

[So, kalau orang tanya, bila lagi nak pilihanraya. Kita boleh jawab "lagi 10,000 batu nautika!!"].

Berbalik kepada isu asal, keretakan antara komponen parti pembangkang dan kemasukan ahli bersekutu ke dalam PAS. Bagi mereka yang sudah jadi hardcore parti pembangkang, tak kiralah PAS ka, ADIL ka, DAP atau PRM, mereka melihat isu keretakan antara pembangkang ini hanyalah sebagai satu perang saraf oleh
media-media kerajaan yang dikuasai oleh Parti Pemerintah. Pun begitu, bagaimana dengan pakcik-pakcik di kampung dan mereka2 yang masih di atas pagar yang mungkin terpengaruh dengan dakyah parti BN ini? Cukupkah jentera saraf parti alternatif hanya berpuas hati dengan sekadar berkata "ah, itu cumalah mainan politik Barisan Nasional?".

Untuk menjawab persoalan itu, mari kita renung isu ini sedikit ke dalam.

Isu ini bermula dengan kenyataan Lim Kit Siang pada 2/6/99 yang mengatakan bahawa keputusan parti KeADILan menerima kemasukan bekas Ketua DAP Serawak, Sim Kwang Yang ke dalam PKN adalah seperti "Menikam Saya Dari Belakang".

Nota: 
Sim Kwang Yang telah disingkirkan dari DAP kerana terlibat dalam pakatan KOKS [Kick Out Kit Siang & Kick Out Karpal Singh], iaitu satu pakatan dalam parti DAP untuk menjatuhkan Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Kalau kita jadi DAP pun, tentunya kita bara juga - jadi, nak salahkan DAP pun tak kena juga!!

Keadaan diburukkan lagi dengan kenyataan Pengerusi DAP, Dr Chen Man Hin bahawa DAP mungkin menarik diri dari pakatan parti pembangkang kerana PAS tetap 'berdegil' untuk memasukkan agenda penubuhan negara Islam dalam Manifesto pakatan parti pembangkang untuk pilihanraya akan datang.
[The STAR 4/6/99].

Nak jadi ceritanya pula, bila 'orang tua' Dr Chen Man Hin ini mengeluarkan kenyataan bahawa jawatan PM akan digilir-gilirkan antara pemimpin parti pembangkang, tiba-tiba seorang 'anak muda' berdarah panas bernama Mahfuz terus melenting. Kata Mahfuz kepada UTUSAN MALAYSIA [5/6/99]:

"Sejak negara mencapai kemerdekaan, telah ditetapkan bahawa orang Melayulah yang akan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Strukturnya sudah ada dan akan diteruskan jika gabungan parti pembangkang memenangi pilihanraya".

HA, APA LAGI, UTUSAN MALAYSIA PUN AMBIK KENYATAAN MAHFUZ INI DAN DIJADIKAN SEBAGAI BERITA UTAMA MUKA DEPAN 5/6/99 DI BAWAH TAJUK BESAR:

"CADANGAN PENGGILIRAN JAWATAN PM DI KALANGAN PEMBANGKANG - PAS BANTAH DAP!!".

Ish, ish Mahfuz, jangan la dok buat macam tu cek oii; dah tau depa tu nama pun "Utusan Malaysia", yang hang dok pi layan tu buat apa? Cuba hangpa tengok apa pula kata Tok Guru:

'Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyerahkan kepada Presiden parti itu, Datuk Fadzil Noor mengulas mengenai soal penggiliran jawatan Perdana Menteri jika pembangkang memenangi pilihanraya umum nanti. "Awak boleh tanya Ustaz Fadzil", kata Menteri Besar itu ketika ditemui di sini petang ini.
'[Utusan Malaysia 5/6/99 m/s 4].

HA, INI KAN BAGUS, BIAQ DEPA PENING SIKIT!!
 

Walau bagaimana pun, isu 'keretakan' antara parti pembangkang ini ada rahmatnya juga, kata orang putih 'Ada Blessing In Disguise'. Apa tidaknya, saya sendiri naik syok bila ikuti liputan isu 'keretakan' ini di akhbar-akhbar tempatan. Mana tak syoknya, buat kesekian kalinya perjuangan PAS ditulis sejelas-jelasnya di semua akhbar-akhbar tersebut. Kata mereka "Mana boleh gabungan Pembangkang dapat bersatu, DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia sedangkan PAS berjuang UNTUK MENUBUHKAN NEGARA ISLAM"!!.

HA, DENGAN IZIN ALLAH, HARI INI SEMUA PEMBACA AKHBAR SELURUH MALAYA, TAK KIRA AKHBAR MELAYU, CINA ATAU TAMIL, SEMUANYA TAHU BAHAWA PERJUANGAN PAS ADALAH HENDAK MENEGAKKAN NEGARA ISLAM - ALHAMDULILLAH!!

Contohnya, lihat kenyataan Tuan Haji Mahathir, Perdana Menteri kita apabila diminta mengulas mengenai pakatan antara parti pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional:

"Saya tidak fikir pakatan itu cukup kuat pada masa ini dan tidak mungkin akan jadi kuat - satu parti (PAS) hendak menubuhkan sebuah negara Islam sedangkan ia ditentang oleh satu parti lagi yang membawa gagasan Malaysia Malaysia" .
[Utusan Malaysia 5/6/99 m/s 2].

AIK, MAHATHIR PUN AKUI KATA PAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN NEGARA ISLAM!!! SO, APASAL PULA NAK LAWAN KALAU SUDAH SAH TERBUKTI BAHAWA PERJUANGAN PAS ADALAH UNTUK MENUBUHKAN NEGARA ISLAM??

Bukan sahaja Dr Mahathir, Datuk Seri Ling  Liong Sik Presiden MCA pun akui bahawa perjuangan PAS adalah untuk menubuhkan negara Islam. Lihat kenyataan beliau ini ketika mengulas isu penggiliran Perdana Menteri yang kononnya akan berlaku sekiranya parti pembangkang menang:

"I reckon this is impossible to put in place should they win. PAS is out to set up an islamic state - and as such the Prime Minister will have to be a Muslim". [The SUN 5/6/99 A4].

[Terjemahan: "Saya rasa adalah mustahil (untuk bergilir jawatan PM) sebab PAS berjuang untuk menegakkan negara Islam, maka sudah tentu Perdana Menterinya adalah orang Islam].

HA, LING LIONG SIK SUDAH TOLONG JAWAB BAGI, JADI TAK PERLULAH SIAPA-SIAPA ORANG PAS NAK JAWAB LEBIH-LEBIH!!

[Tok Guru saya kata, "Kalau kita ikhlas dalam perjuangan, insyaallah ALLAH SWT akan membantu kita dari sumber yang tak disangka
-sangka].

Saya secara peribadi merasakan bahawa PAS tak perlulah layan sangat isu penglibatan orang Islam dalam perjuangan kita untuk menegakkan negara Islam ini. Kerana saya dulunya orang UMNO, maka mungkin saya melihat isu ini dari sudut yang sedikit berbeza dengan sahabat-sahabat yang sudah lama berkecimpung dalam jemaah Parti Islam Semalaysia ini. Semasa dalam UMNO dulu, walaupun ada perasaan anti-PAS tetapi tidak pernah terniat di hati saya untuk melihat PAS musnah - kerana entah siapa punya ajaran, saya merasakan bahawa PAS perlu wujud sebagai "pressure group" atau kumpulan pendesak untuk memastikan kerajaan yg diterajui oleh UMNO tidak tersilap jalan. (Saya tidak pasti samada pandangan saya ketika itu turut dikongsi oleh ahli2 UMNO yg lain).

Saya kemudiannya memilih PAS setelah saya dapati UMNO sudah jauh tersasar dari landasan perjuangan asalnya iaitu untuk menegakkan ketuanan Melayu Islam di bumi Malaya ini. Pun begitu, ketika di awal2 penglibatan saya dengan PAS, saya masih dengan mentaliti asal, iaitu perjuangan PAS hanyalah sebagai kumpulan pendesak untuk memberi tekanan kepada UMNO dari luar; apabila UMNO sudah
"Islam" sepenuhnya, maka PAS dan UMNO akan bercantum semula untuk mencapai cita-cita perjuangan bersama.
Tapi, segala2 nya hancur berkecai dek peristiwa tragis bulan Sept tahun lalu.

HARI INI, PAS DAN UMNO SUDAH TERPISAH SEPENUHNYA - DAN, DI LUAR JANGKAAN KITA, RATA-RATA ORANG MELAYU TERUTAMANYA ANAK2 MUDA SUDAH MULA MENJAUHKAN DIRI DARI
UMNO!!

Maka itu, kiranya majoriti orang Melayu sudah beralih memberi sokongan kepada PAS (dan PKN), maka golongan bukan Melayu, tak kira MCA, MIC atau Gerakan, nak tak nak terpaksalah menerima hakikat ini. Lantas, sekiranya mereka ingin meneruskan 'living style' atau gaya hidup yang mereka ada hari ini tanpa mengulangi tragedi 13 Mei, maka nak tak nak terpaksalah mereka menerima 'kehadiran' PAS dalam barisan pemerintahan negara. Dan, sama ada mereka suka atau tidak, di ketika itu, sahabat lama mereka si UMNO akan terpaksa berpindah ke kerusi pembangkang!

Theori saya ini nampak terlalu ideal, tapi percayalah ianya bukan merupakan satu ugutan atau ancaman untuk golongan bukan Melayu, tetapi saya bercakap atas dasar sebagai bekas ahli UMNO yang hari ini telah bersama-sama dengan parti PAS. Tidak ada bezanya dari sudut persefahaman kaum ketika saya bersama
UMNO dahulu berbanding sekarang. Semua kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak cucu kita akan datang!!

SAYA MERASAKAN BAHAWA KIAN HARI, PERASAAN BAHAWA PAS AKAN MENGAMBIL ALIH TEMPAT UMNO UNTUK MEWAKILI KAUM MELAYU DI BUMI MALAYSIA INI KIAN MEMBEKAS DI
HATI ORANG-ORANG BUKAN MELAYU!

Contoh yang paling ketara ialah perubahan nada 'Dari Meja Pengarang" akhbar the STAR. Saya sering mengikuti tulisan Wong Chun Wai melalui kolumnya "On the Beat" . Hari ini, ahad 6/6/99, nada tulisan beliau begitu berlainan sekali, betul2 menyentuh perasaan saya, kerana selalunya beliau terlalu kritis
terhadap perjuangan PAS. Hari ini, panjang lebar beliau menulis mengenai apa yang PAS perlu terangkan kepada bukan Islam untuk meyakinkan mereka mengenai perjuangan PAS. Di penghujung tulisannya beliau menulis:

"The bottom line is simple. Non-Muslims want a government that will let them carry on their businesses with minimal interference. The Chinese community has never depended on government subsidies. For that, all they ask for is stability, a liberal atmosphere and pro-business policy. The question is whether PAS is relevant in a modern and complex society as Malaysians move into the next millennium".

[Terjemahan: Persoalan utamanya mudah sahaja - orang2 bukan-Islam cuma berkehendakkan sebuah kerajaan yang tidak akan mengganggu urusan perniagaan mereka. Masyarakat Cina tidak pernah bergantung kepada subsidi kerajaan. Maka itu, apa yang mereka minta ialah kestabilan, kebebasan dan polisi kerajaan
yang pro-perniagaan. Soalnya sekarang, apakah PAS benar2 relevant dalam suasana masyarakat majmuk dan masyarakat moden ini, ketika mana  rakyat Malaysia semua sedang bergerak menuju ke alaf baru]. 

PAS MEMBERI JAMINAN BAHAWA SUASANA YANG SEDEMIKIAN AKAN TETAP WUJUD. BERKENAAN 'RELEVANT' KE TIDAK PAS HARI INI, APABILA MAJORITI ORANG MELAYU SUDAH BERSAMA PAS, MAKA SOAL 'RELEVANT' ATAU 'TIDAK-RELEVANT' TIDAK AKAN TIMBUL LAGI!!

Maka itu, kepada semua ahli-ahli PAS dan PKN serta PRM, tugas kita hari ini ialah untuk meyakinkan orang-orang Melayu bahawa UMNO sudah tidak relevant lagi.  Apabila majoriti orang Melayu bersama kita, maka jangan terkejut jika sekiranya MCA, MIC dan Gerakan terpaksa menghulur tangan berjabat salam sepertimana yang Datuk Nenek mereka lakukan ketika orang2 Melayu ke London untuk menuntut kemerdekaan dahulu!

UNTUK MERDEKA KALI KEDUA DARI PENJAJAHAN UMNO MAHATHIR INI, SUASANA YANG SERUPA AKAN BERLAKU, INSYAALLAH!!

Oleh itu, lupakan sekejap isu bukan Islam dalam parti kita itu, biarkanlah pihak pimpinan yang menentukan; masih ramai lagi orang-orang Melayu Islam yang perlu kita sedarkan!! 

Wassalam,
Pakdin
 
 


home | Dewan Ulama' | Dewan Pemuda | Dewan Muslimat | search


Beritahu Kami Cadangan Anda! webmaster@parti-pas.org
Masalah Teknikal? webmaster@parti-pas.org
Parti Islam Se Malaysia (PAS)   +   Markaz Tarbiyyah PAS, Lrg Hj Hassan, Tmn Melewar,   +   68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia 
Phone: 603-6899296   +   Fax: 603-6869618  +   E-mail: webmaster@parti-pas.org