Penindasan Terhadap Islam -Ala UMNO (Bhg Satu)

Berikut adalah terjemahan bahagian pertama sebuah artikel dalam Bahasa Inggeris oleh Raja Petra Kamaruddin mengenai peristiwa-peristiwa penindasan agama Islam oleh UMNO di Terengganu yang dipetik dari Harakah.

Saya percaya maklumat seperti ini lebih mustahak disebarkan kepada orang-orang Melayu yang beragama Islam, dan saya telah mencuba menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu kerana tidak ramai orang Melayu kita yang faham Bahasa Inggeris. Saya usahakan kerana Allah SWT jua.

"Penindasan Islam, ala Malaysia."

Sekiranya ada pihak yang boleh dianggap telah mengkhianati Islam, maka pihak tersebut adalah UMNO.

Adalah suatu irononi bagi Perdana Menteri untuk mengeluarkan kenyataan menuduh PAS memperalatkan Islam kerana beliau suatu ketika dulu semasa diusir keluar dari UMNO telah bekerjasama rapat dengan PAS untuk menjatuhkan UMNO. Bukankah PAS diwaktu itu sama dengan PAS masa kini? Saya fikir ideologi PAS tidak berubah sejak waktu Dr Mahathir menganggap PAS sebagai "rakan seperjuangan" yang sesuai dalam usaha beliau menentang UMNO dulu.

Kalau pun ada pihak yang boleh dituduh mempergunakan (atau lebih tepat mengkhianati) Islam, pihak berkenaan adalah UMNO. Saya maseh ingat peristiwa yang berlaku di Kuala Terengganu dalam tahun 70an. Pada masa itu salah sebuah kawasan perumahan, Taman Purnama, belum lagi mempunyai surau. Penghuni terpaksa melintas jalan besar Kuantan-Kota Bharu untuk menunaikan solat berjemaah di surau yang terletak diseberang jalan tersebut. Bukan sahaja bunyi bising lalulintas kenderaan yang manggangu bacaan Imam, tetapi adalah sangat merbahayakan diri untuk melintas dan mengelak lori-lori dan bas yang dipandu laju di jalan yang tersibuk sekali di Kuala Terengganu ketika itu. Banyak kecelakaan trafik telah berlaku di jalan besar tersebut.

Oleh demikian ramai penduduk Taman Purnama telah bersepakat untuk mendirikan surau di Taman mereka sendiri. Ini akan juga membolehkan kanak-kanak untuk turut ke surau bagi mengerjakan solat kerana mereka ketika itu ditegah dari pergi ke surau diseberang jalan demi untuk keselamatan mereka.

Salah seorang tuan rumah telah mewakafkan sebahagian dari kawasan tanahnya untuk tapak surau tersebut, dan penduduk-penduduk pula telah berusaha mendapatkan derma bagi kos pembinaannya. Apabila surau tersebut siap dibina, air dan letrik telah tidak dibekalkan. Menurut Pegawai Kerajaan yang bertanggungjawab, AJK UMNO dari Cawangan UMNO di situ telah membuat pengaduan kepada kerajaan dan mengesa kerajaan supaya bekalan air dan letrik ke surau baru tersebut tidak diluluskan.

Imam dan Bilal di surau "lama" di seberang jalan adalah AJK Cawangan UMNO tersebut. Mereka berdalih sekiranya surau di Taman Purnama yang baru dibina itu dibenarkan penggunaannya, maka jemaah akan lari ke surau baru tersebut. Saya rasa mungkin bebudak UMNO dikawasan itu telah cuba menghalang surau baru tersebut dari digunakan kerana dua orang kuat PAS, Mustapha Ali dan Haji Harun Jusoh tinggal di Taman Purnama. Kebetulannya Mufti Terengganu juga tinggal di Taman tersebut dan beliau berpendapat pembinaan surau Taman Purnama itu bukan sesuatu yang tidak menasabah. Malahannya sebagai saorang yang beriman beliau menyambut baik pembinaan surau tersebut.

Di mesyuarat Bahagian UMNO pula suatu usul telah diluluskan untuk mengesa Pejabat Ugama supaya meruntuhkan surau baru di Taman Purnama tersebut kononnya untuk mengelakkan berlakunya "perpecahan jemaah." Pejabat Agama menjawab bahawa memandangkan yang penduduk membelanjakan duit sendiri sepenuhnya dalam membina surau tersebut dan satu sen pun duit kerajaan tidak terlibat, maka pihak Jabatan tidak boleh berbuat apa-apa.
 

Penindasan Terhadap Islam -Ala UMNO (Bhg II)

Dalam satu lagi peristiwa, juga di Terengganu, Pejabat Ugama telah memecat kesemuanya ahli jawatankuasa Masjid Cendering kerana membenarkan Ustaz Haji Hadi Awang memberi ceramah agama di masjid tersebut. Penduduk kampung Cendering berasa sangat kesal dengan tindakan kerajaan tersebut lantas mereka memulihkan semula satu masjid lama (yang dulunya adalah Masjid Cendering yang asal tetapi diturunkan taraf menjadi surau setelah dibina masjid baru) yang terletak satu lagi penghujung perkampungan Cendering. Walau apa pun, Masjid Cendering yang baru sudah pun menjadi terlalu sesak hinggakan sebahagian jemmaah terpaksa sembahyang diruang tempat letak kereta(Jemaah Jumaat).

Pihak kerajaan telah bertindak balas dengan mengunci masjid lama yang dipulehkan semula itu dengan rantai bermangga untuk mencegah orang mengerjakan solat di dalamnya. Akhbar-akhbar pun membawa cerita-cerita tajuk utama mengenai "Masjid Haram Cendering", yakni hanya ada satu lagi masjid haram selain dari Makkah, iaitu di Cendering.

Penduduk Kampung Cendering walau bagaimanapun memperkuatkan azam dan di bawah perhatian selori anggota Police Field Force (PGA sekarang ini) yang dihantar untuk mengepong masjid yang telah dipulehkan itu serta menghalang jemaah dari memasukkinya, penduduk kampong telah memecahkan kunci-kunci mangga dan memasukki masjid tersebut untuk solat jemaah Jumaat. Ujudlah keadaan tegang dan jemaah telah terasa semacam suatu lagi peristiwa Memali bakal tercetus. Pihak police mengambil keputusan bahawa adalah suatu tindakan sis-sia untuk ditembak penduduk kampung, dan sebaliknya mereka mengambil keputusan untuk turut bersama-sama penduduk kampong dalam menunaikan fardhu Jumaat. Maka berakhirlah dengan baik sesuatu yang boleh mencetuskan peristiwa yang buruk.

 
"Apabila kerajaan bina Masjid "Terapong" di Kuala Ibai Lagoon, pihak kerajaan menghantar pekeliling  kepada penduduk kampong dengan pengistiharan bahawa adalah haram bagi mereka untuk mereka  mengerjakan solat di Masjid yang lain kecuali di Masjid Terapong yang baru itu. Sebelum itu penduduk  kampong telah sembahyang di Masjid Kolam yang terletak tidak jauh dari masjid terapong yang baru itu. Pihak kerajaan tidak ambil kira langsung bahawa lebeh tiga generasi telah sembahyang di Masjid Kolam yang sudah pun ujud lebeh 100 tahun. Penduduk kampong menjadi bingong. Apakah asas agama yang digunakan oleh Pejabat Ugama dalam membuat fatwa bahawa solat penduduk kampong tidak sah kalau mereka solat di Masjid yang lain daripada Masjid yang diistiharkan sah oleh pihak kerajaan?

Sebab yang sebenarnya adalah kerana Masjid Kolam merupakan salah satu dari masjid yang Pejabat Agama gagal "mencerobohi" (menguasai). Malahan saya (Raja Petra Kamaruddin)adalah ketika itu Pengerusi jawatankuasa masjid dan saya dipanggil oleh Pejabat Agama dan digesa meletakkan jawatan - dan saya lakukan sepertimana yang dikehendaki mereka.

Seminggu selepas itu, Pejabat Agama telah menghantar pegawai-pegawainya ke Masjid Kolam dengan diiringi oleh selori pasukan. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk mengistiharkan bahawa  orang-orang yang telah dilantik oleh Pejabat Ugama akan mengambil alih kesemua jawatan dalam jawatankuasa masjid. Imam dan Bilal juga turut akan digantikan. Penduduk kampong tidak menentang tetapi telah hanya memohon supaya Imam dan Bilal yang sedia ada dibenarkan untuk terus imamkan jemaah disamping mereka yang dilantik oleh Pejabat Ugama. Imam dan bilal yang dilantik oleh Pejabat Ugama walaubagaimanapun telah tidak menjengok langsung ke Masjid Kolam sepanjang perlantikan mereka. Imam dan Bilal yang sedia ada telah meneruskan tanggungjawab tanpa meninggal jemaah walau sekali pun dengan tidak meminta atau mendapat sebarang apa bayaran.