Projek Untuk Rakyat Kedah
 

"Salmi, Baharom" <salmi@appliedmag.com>

Itulah Sanusi sekarang, penuh dengan projek-projek yang gagal menanggapi keperluan dan kepentingan rakyat.

Dulu saya memang menghormati beliau. Bagaimana promosi minum air kelapa muda telah menaikkan pendapatan pekebun kecil kelapa, projek tukun ikan menggunakan tayar buruk, kempen makan ulam, promosi daging arnab etc. etc.

Tetapi semenjak menjadi MB Kedah, banyak projeknya lebih kepada indah khabar. Internet di mesjid, masih ramai Tok-tok Imam tak tahu guna, court sepak takraw di halaman mesjid -- court terbengkalai tak ada pemain, mentelaah pelajaran di mesjid untuk budak-budak --hanya hangat-hangat tahi ayam, gotong royong membersih kawasan mesjid --tak ada follow-up lagi, pasar (dipanggil  nat) pungkur(but) kereta -- dah tak ada.

Berikut pula kategori projek merapu; pertandingan mencabut uban, kempen mengorat isteri, pertandingan ratu cantik lembu yang lebih kepada projek jenaka. Karektor cerita rakyat yang disukainya adalah Mat Jenin. Sebab itulah ada pertandingan bolasepak pasukan Mat Jenin. Kononnya hendak memajukan bolasepak Kedah. Apa yang jadi semenjak dia menjadi Presiden KFA, bolasepak Kedah merosot teruk. Datuk Basri Akil bapa bolasepak moden Kedah terus dipinggirkan.

Kalau Osman Aroff ada projek mega 17 billion di Gunung Jerai yang tak jadi, dia juga ada projek mega menambak laut bernilai 30 billion, katanya ditangguh dulu sebab kegawatan ekonomi. Kroni-kroninya sepatutnya mendapat banyak kontrak projek ini yang termasuk membawa tanah dan pasir drp. Sumatera, pulau asal keturunannya.

Di antara projek-projek membazir duit rakyat ialah: menanam padi atas bumbung, ubahsuai quarters kerajaan dekat Wisma Darulaman jadi restauran mewah yang kemudian rugi (projek PKNK) dan komplek Paya Pahlawan.

Rakyat Baling susah nak beli makan sebab getah murah, dia ada projek Safari di sana. Beberapa ekor zirafah, mungkin harimau dan gajah akan dipelihara untuk pelancung-pelancung pergi tengok dalam 4 wheel drive dan kereta.

Duit kerajaan negeri dalam fix deposit tinggal lagi 12 juta menurut Saifudin Nasution (orang Pdg. Terap) semasa ceramah pelancaran Parti keadilan di Sg. Petani. Hutang dengan kerajaan pusat mencapai angka billion.

Tentang projek sungai di Alor Setar ini, khabarnya ingin menandingi Venice di Italy. Italy tak mengapalah tak ramai rakyat miskin dan kebulur.

Setakat menjadi MB, tindakannya yang baik hanyalah membatal konsert KRUMANIA dan satu konsert pelbagai artis di perkarangan komplek RTM kerana dekat dengan mesjid.

Ingatkah kita satu kes di mana satu pasangan suami isteri telah disumbat dalam lokap oleh pasukan pencegah maksiat jabatan Ugama. Pasangan drp. KL itu telah mengalami kerugian dan susah payah kerana sikap tiada budi bicara pihak berkuasa. Sanusi telah mengecam pihak jabatan ugama dan berjanji segala gantirugi akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

Baru-baru ini pasangan itu ada membuat kenyataan bahawa cuma duit jaminan dibayar balik tetapi segala ganti rugi berulang alik KL-Kedah untuk menyelesaikan kes dan kerugian pendapatan tidak pernah dibayar. Tiada kenyataan drp. pejabat MB atau Aziz Desa mengulas tentang perkara ini.

Projek pulau bunga di Langkawi juga gagal kerana kekurangan bekalan air untuk menyiram. Projek pekan buku begitu hebat bunyinya (pekan seumpamanya ada satu lagi di Eropah), tapi sepatutnya manusia menjadi lebih cerdik kalau banyak membaca buku???