HINDARKAN DIRI DARIPADA
TERMAKAN FITNAH
HINDARKAN
DIRI DARIPADA MEMBACA AKHBAR HARIAN UM, BH, STAR, SUN & NEW STRAITS
TIMES,
HINDARKAN
DIRI DARIPADA MENONTON BERITA RTM & TV3.
|
DEKLARASI SETINGGAN 28 OGOS
BERSATU MENYELAMATKAN SETINGGAN
KAMI para setinggan yang berhimpun hari ini menyedari bahawa;
-
Kerajaan BN telah mengabaikan sama sekali nasib para setinggan di seluruh
negara,
-
Dasar-dasar pembangunan Kerajaan BN hanya menguntungkan golongan kapitalis
sehingga menindas Kami para setinggan,
-
Pembangunan perumahan kerajaan BN tidak seimbang, tidak diagihkan sama
rata untuk rakyat keseluruhan,
-
Kerajaan BN tidak memberi jaminan dan hak setinggan untuk mendapatkan keadilan
dan pengiktirafan yang sewajarnya,
-
Kerajaan BN menyebelahi kapitalis ketika proses perundingan pemaju dan
setinggan,
-
Kerajaan melalui para kapitalis telah menghalau para setinggan dan meroboh
rumah setinggan tanpa diberi tempat tinggal ganti yang sesuai,
-
Para kapitalis dilindungi oleh pihak pemerintah dalam semua tindakan mereka
menghalau para setinggan dari kediaman mereka,
-
Kami penduduk setinggan tidak dihargai sebagai penyumbang ekonomi negara,
-
Kami penduduk setinggan sering tertipu janji untuk meluluskan permohonan
oleh wakil rakyat BN setiap kali menjelang pilihan raya,
-
Rumah-rumah panjang yang disediakan pemaju dan kerajaan terlalu daif dan
tidak sesuai untuk didiami,
-
Akta Perusahaan, Akta Polis, Akta Pengambilan Tanah, Ordinan Darurat 69,
Kanun Tanah Negara, Kanun Prosuder Jenayah dan Perintah 89 digunakan untuk
mengusir rakyat dan seterusnya meroboh dan merosakkan harta benda penduduk
setinggan.
-
Kami penduduk setinggan dinafikan kemudahan asas dan jaminan keselamatan
serta ugutan kapitalis.
Oleh itu Kami para setinggan hari ini dengan sekeras-kerasnya menuntut,
-
Para setinggan hendaklah diberi hak mereka dengan sewajarnya untuk mendapat
kediaman yang sesuai sebagai warga yang merdeka,
-
Kerajaan BN hendaklah mengkaji dasar pembangunan negara supaya berlaku
pengagihan secara adil.
-
Perumahan hendaklah diagihkan secara adil tanpa campurtangan politik.
-
Kerajaan BN hendaklah mematuhi resolusi suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 10 Mac 1993 di Geneva yang bersabit dengan
perobohan rumah dan pengusiran secara paksa,
-
Kerajaan BN hendaklah bersikap orang tengah dan memastikan setinggan mendapat
pembelaan dan pampasan sewajarnya.
-
Kerajaan BN hendaklah memastikan proses perundingan diselesaikan dengan
kerelan kedua belah pihak sebelum rumah setinggan diroboh.
-
Semua mangsa yang telah dihalau dari tempat kediaman yang mereka terokai
diberikan kembali hak mereka untuk mendapatkan kediaman yang sempurna atau
diberi pampasan sewajarnya.
-
Kerajan BN hendaklah mengakui hakikat sejarah dan perkembangan industri
awal 70 an menyebabkan kerajaan terpaksa mengarahkan penduduk luar bandar
berhijrah ke bandar untuk menyahut pembangunan negara,
-
Kerajan BN hendaklah memastikan permohnan tanah dilulus bukan kerajan kepentingan
politik dan wakil rakyat mereka.
-
Kerajan BN hendaklah menyerdiakn penempatan sementara jika perlu (rumah
panjang) tidak melebihi 5 tahun.
-
Kerajaan BN hendaklah mengkaji akta terbabit akta yang tidak menguntungkan
rakyat sebaliknya lebih memihak kepada pemaju disamping mewujudkan akta
yang menjaga dan melindungi setinggan.
-
Sesuai dengan rakyat Malaysia yang turut membangunakan sekonomi nnegara
Kami setinggan mesti diberikan kemudahan, keselamtan daripada gangguan
kapitalis.
Maka, Perhimpunan Setinggan hari ini menyeru setinggan seluruh negara
untuk;
-
Bersatu padu memperjuangkan hak setinggan daripada terus dicerobohi oleh
kapitalis yang mendapat perlindungan kerajaan zalim BN,
-
Bersama menubuhkan jawatan kuasa perpaduan dan bertindak untuk menangani
semua masalah yang dihadapi oleh para setinggan yang menjadi mangsa keserakahan
kapitalis diseluruh negara, dan
-
Menolak sepenuhnya kerajaan BN yang bersekongkol dan diperalatkan oleh
para kapitalis yang menindas rakyat.
-
Menuntut perubahan politik negara kepada pemerintah yang lebih adil dan
bertanggungjawab.
Diisytiharkan di Markas Tarbiyah PAS Pusat , Taman Melewar
Pada 28 Ogos 1999 / 16 Jamadil Awal 1420
Sempena Himpunan Setinggan Seluruh Negara
Anjuran Lujnah Hal Ehwal Buruh dan Setinggan PAS Pusat.