KENAPA MAHATHIR MELENTING DENGAN SHAHNON?

Mahathir begitu marah dengan Sasterawan Negara Prof.Dato' Shahnon Ahmad, kerana menulis sebuah novelet berjudul SHIT yang telah menggamatkan seluruh negara dan juga luar negeri. Mahathir marah kerana pertama dia kata Shahnon maki emaknya. Kedua, dia marah kerana mengapa Shahnon tulis buku sedekimian yang dianggap mengehentamnya sedangkan beliau tidak pernah berselisih faham dengan Shahnon. Malah beliau turut mengungkit bagaimana Shahnon dapat Professor, anugerah Maal Hijrah dan bermacam-macam lagi. 

Kalau kita teliti buku Shahnon, satu pun tidak ada yang menyebut nama Mahathir atau nama emak Mahathir. Jadi apa yang Mahatir nak melenting sangat. Yang Shahnon sebut hanyalah sindiran dan kiasan, dan seperti biasa sindiran dan kiasan ini akan hanya terasa oleh mereka yang berkenaan sahaja, atau apa yang disebut 'siapa makan cili dia rasa pedasnya'. Kalau Mahathir terasa, itu biasalah orang lain juga terasa dengan kata-kata bisa Mahathir. Mahathir cukup pandai bercakap untuk menyakitkan hati orang, jauh sekali untuk mengajak rakyat bersatu adu dengan gaya bahasa yang lemah lembut atau memujuk. 

Mahathir juga tidak wajar mengungkit semua pemberian terhadap Shahnon kerana apa yang beliau dapat adalah hasil dari penat lelah  beliau dan ketokohan akademik  beliau - tidak ada kena mengena dengan mana-mana tokoh politik.Kualiti tulisan Shahnon jauh hebat berbanding tulisan Abdullah Hussein yang juga Sasterawan Negara. Shahnon sebenarnya satu-satunya sasterawan negara sejati. Malah Shahnon yang sudah berumur 66 tahun itu sudah sekian lama ingin melepaskan jawatan dari USM tetapi seringkali dipujuk untuk terus bersama USM kerana mereka kekurangan tokoh seperti beliau. Sebab itulah beliau dengan mudah dan senang hati melepaskan jawatan dari USM kelmarin. 

Orang yang kenal Shahnon, atau biasa dengan panggilan Cikgu Shahnon tahu siapa beliau sebenarnya. Seorang yang pada awal dahulu tidak suka terlibat dengan urusan politik negara, tetapi akhir-akhir ini kerana ianya terlalu menjijikkan, beliau terpaksa bersama arus kebangkitan rakyat untuk menyedarkan rakyat betapa kerajaan Mahathir yang memerintah hari ini terlalu jijik dan kotor yang perlu ditumbangkan. Beliau bukan ahli ceramah yang pandai berpidato seperti Mohd.Sabu atau Mahfudz, beliau adalah seorang sastera. Justeru itu sumbangan besar beliau hanyalah boleh dilakukan melalui sastera dan inilah yang beliau lakukan. 

Shahnon dikecam bukan kerana novelet SHIT beliau semata-mata tetapi kerana beliau menjadi ahli PAS seumur hidup. Itu yang UMNO Mahathir marah. Kalau dia menjadi ahli UMNO seumur hidup dan menulis sebuat novelet seperti itu menghentam PAS sudah tentu tidak mengapa kerana dalam UMNO buku 50 dalil boleh disebar dengan senang-senang. 

50 dalil dengan SHIT jauh kejam dan zalim 50 dalil lagi kerana ianya adalah himpunan surat-surat layang yang dibukukan dan disebarkan dengan restu Mahathir sendiri. Ianya mengandungi fitnah jijik, pembohongan, dan penipuan. Ianya ditulis untuk memalukan Anwar secara langsung, menyerang peribadi Anwar dan memfitnah akhlak Anwar, tetapi SHIT tidak begitu. Ianya sebuah satira politik yang di dalamnya tiada nama Mahathir dan juga pemimpin UMNO lain. Orang yang faham akan faham, tetapi ramai juga yang dungu dan bahalol seperti para perwakilan UMNO akan tidak faham. 

Masa sudah tiba untuk Mahathir mengundurkan diri dan meluangkan masa beribadat seperti yang beliau katakan. Beliau bukan sahaja perlu beribadat tetapi perlu mengembalikan semula segala harta rakyat yang beliau rompak dan bertaubat dari segala kejahatannya dan penyebaran fitnah beliau. Mahathir perlu meminta maaf bukan sahaja kepada Anwar tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia, dan jangan sekali-kali  mengharapkan rakyat sahaja  yang perlu berterima kasih kepada kamu. 

AWANG BONGSU