Mereka tidak senang PAS berbaik dengan bukan Islam

UMNO DEDAH KEBEBALANNYA

 


Tuan Guru Haji Abd. Hadi Awang
KUALA TERENGGANU: Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abd. Hadi Awang berkata, melalui isu yang dimainkan oleh Umno sekarang menunjukkan ia tidak mempunyai matlamat untuk mengislamkan orang atau menyampaikan mesej Islam.

"Yang dikiranya ialah keuntungan politik untuk berkuasa dengan menghalalkan semua cara walaupun menghalang matlamat Islam yang wajib disampaikan kepada seluruh manusia," kata Tuan Guru Haji Abd. Hadi dalam satu kenyataannya mengenai jalinan hubungan PAS dengan orang bukan Islam.

Umno, katanya, merasa tidak senang dengan runtuhnya tembok yang dibina oleh mereka selama ini untuk memisahkan PAS dengan orang bukan Islam. Mereka, kata Tuan Guru Haji Abd. Hadi, melakukan ini dengan cara menakut-nakutkan orang bukan Islam mengenai negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Berikut ialah kenyataan penuh Tuan Guru Haji Abd. Hadi Awang:

"Akhir-akhir ini media massa cetak dan elektronik yang diperkudakan Umno menghalakan serangan terhadap PAS dengan memainkan isu kerjasama PAS dengan orang bukan Islam dan cadangan menerima mereka untuk menjadi ahli bersekutu. Cadangan ini masih lagi di peringkat perbincangan dalam perspektif hukum Islam dan merealisasikannya dalam amalan politik PAS yang tidak terkeluar dari orbit Islamnya.

Pihak Umno dan sekutunya mencuba untuk mengambil peluang daripada isu ini, dengan gambaran yang tidak tepat dan mengelirukan. Maka dikerahnyalah segala jentera media massa dengan komen daripada peringkat pemimpin, kalangan akademik upahan sehinggaah di peringkat ahli bawahan di kaki lima jalan.

Komen yang diberi dengan menggunakan hukum akal tanpa mempedulikan atau kebebalan merekaterhadap kesyumulan Islam yang merangkumi segala aspek, situasi dan realiti, di samping kesejagatan Islam yang mematikan pendukungnya bersikap terbuka dan positif terbuka dan positif terhadap semua pihak untuk menyampaikan mesej Islam tanpa sehingga Islam dianuti atau dilihat kebaikan, keadilan dan rahmatnya secara dan praktikal.

Melalui isu yang dimainkan jelas menunjukkan bahawa Umno tidak menjadi matlamatnya untuk mengislamkan orang atau menyampaikan mesej Islam ini, tetapi yang dikira ialah keuntungan politik untuk berkuasa dengan menghalalkan semua cara walaupun menghalang matlamat Islam yang wajib disampaikan kepada seluruh manusia. Maka Umno merasa tidak senang dengan pecahnya tembok yang dibina oleh mereka selama ini untuk memisahkan PAS dengan orang bukan Islam dengan cara menakutkan orang bukan Islam dengan cara menakutkan orang bukan Islam tentang negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS dengan pelbagai cara.

PAS dengan rasa penuh tanggungjawab terhadap Islam yang dianutinya mengikuti dan melibatkan diri dengan semua program Islam termasuk yang ditaja oleh BN yang dipimpin Umno seperti Perkim dalam aspek dakwah kepada bukan Islam, Institusi-institusi pendidikan Islam, IKIM dalam aspek kajian, Bank Islam dan sebagainya dalam aspek ekonomi dan lain-lain. Walaupun menyedari ianya masih ada kelemahan, dan ada niat politik Umno yang berpegang kepada sekularisme yang tidak sekali-kali bercita-cita untuk menegakkan negara Islam dan bersikap pragmatik yang tidak istiqamah dengan Islam yang diucapkannya kerana dalam masa yang sama mengizinkan melesenkan dan memberi kemudahan kepada maksiat dan kemungkaran, namun ianya merupakan sedikit ruang untuk PAS menyatakan Islam walaupun tidak lengkap oleh sekatan dan kawalan yang dilakukan oleh kerajaan yang dipimpin Umno.

Sebenarnya program itu lebih bersifat untuk memancing undi orang Islam kerana Umno mesti melenting atau digerakkan kepada pembuka minda ke arah kesedaran untuk mendaulatkan Islam dan kerana Islam tidak boleh dilaksanakan mengatasi perlembagaan Umno dan perjuangannya yang tidak menjadikan Islam memerintah berdaulat tetapi Islam mestilah berada di bawah perintahnya, mengikut selera dan kemahuannya maka ada pendakwah yang digamnya, mufti disingkir dan sebagainya.

PAS wajib mengambil peluang untuk menyampaikan mesejnya apabila seluruh rakyat yang beragama Islam dan bukan Islam terbuka fikiran oleh kejutan peristiwa yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disingkirkan secara konspirasi politk yang menjijikkan dan peristiwa Lim Guan Eng yang membela seorang puteri Melayu-Islam yang dirosakkan hidupnya sehingga orang yang membelanya yang menjadi mangsa dipenjarakan mengikut undang-undang. Dan apakah orang yang dikatakan terlibat dengan peristiwa itu dibawa ke muka pemgadilan? Pembunuh boleh diampun, tetapi tiada ampun bagi sesiapa yang mengganggu kepentingan Umno dan pemimpinnnya.

Ramai orang yang menyedari bahawa natijahnya akan berlainan jika sekiranya dibawa kepada mahkamah Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Rakyat juga merasai kegagalan kerajaan BN dalam menangani pelbagai masalah yang lain yang sangat menggawatkan seperti gejala sosial, politik wang campurtangan politik yang melampau dalam urusan pentadbiran, merundunnya ekonomi dan pengagihannya yang sangat tidak adil dan lain-lain, sehingga menyebabkan ramai orang yang ingin mengetahui apakah program PAS sekiranya menjadi kerajaan alternatif, atau mengadakan kerjasama dengan pihak lain untuk menumbangkan kerajaan BN dan menukar BN supaya menjadi pembangkang. Ada pula yang lebih cepat bertindak sehingga berduyun-duyun menyertai PAS dan kalangan orang bukan Islam juga mahu menjadi ahli PAS.

Tidak salah atau luar biasa mengikut hukum Islam dan hukum akal demokrasi apabila PAS meminta ahlinya yang pakar, mengkaji dan berfikir secara kembali kepada Quran, sunnah Rasulullah, Ijmak para ulama dan qias yang menjadi rujukan tertinggi mengikut perlembagaan PAS (yang berbeza dengan Umno) untuk melaksanakan ahjaran Islam, menyampaikan risalahnya kepada seluruh manusia dan berkomunikasi dengan semua pihak dengan cara-cara yang dinyatakan oleh nas Quran, sirah Rasulullah S.A.W. dan berijtihad secara kajian mendalam dan ikhlas.

Allah berfirman:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik kepada orang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan kamu dan menghalau dari tanah air kamu.

Rasulullah s.a.w. menyatakan cara yang berbeza di antara Abu Talib yang mempertahankannya walaupun tidak menganut Islam dengan Abu Jahal, Abu Lahab yang terlalu bermusuh dengan Islam, membawa Abdullah bin Uraiqit yang tiak Islam untuk menjadi pemandu dalam perjalanan hijrah dan tidak menerima tawaran seorang musyrik untuk membantunya dalam masa yang lain. Apabila mendirikan negara Islam di Madinah dan mewujudkan masyarakat madani telah menerima wujudnya masyarakat majmuk berbilang kaum dan berbilang agama yang wajib ditegakkan keadilan politik, ekonomi, undang-undang dan lain-lain memaksa orang-orang bukan Islam menganut Islam sehingga orang bukan Islam merasai keadaan yang lebih baik daripada pemimpin sebelumnya yang sebangsa dan seagama dengan mereja Islam memberi kedudukan kepada orang bukan Islam dengan cara yang tidak boleh dilakukan oleh kerajaan komunis terhadap orang yang tidak komunis dan oleh parti kerajaan terhadap pembangkang dalam negara demokrasi Barat.

Apabila Umno telah menjadikan perkara ini senjatanya untuk menyerang PAS maka senjata ini menikam Umno sendiri apabila mendedahkan rupanya mereka menganut ajaran Umno sealam ini kerana kejahilan yang amat sangat terhadap ajaran Islam dan sejarahnya. Adapun yang berpengajian agama dalam Umno adalah golongan opportunis yang mencari makan dan pangkat daripada Umno yang kebetulannya menjadi parti kerajaan mereka digunakan sekadar untuk melawan PAS dan merka menyedari bahawa mereka tidak dapat bermuzakarah dengan PAS. Oleh kerana itu, seringkali cadangan muzakarah ditolak dengan pelbagai dalih dan helah, atau apa yang disifatkan oleh presiden Umno mereka penakut apabila peristiwa debat tahun 1984 dibatalkan di saat-saat akhir oleh Penyimpan Mohor Majlis Raja-Raja.

Kepada mereka yang makan gaji dan mencari makan melalui RTM, TV3, akhbar dan lain-lain yang mahu campur tangan dan dipergunakan dalam isu ini, saya nasihatkan bahawa tugas kamu janganlah melampaui batas syariat Allah kerana sebenarnya rezeki kamu di tangan Allah. Tepuk dada tanya iman, jangan tepuk dada tanya selera, kalau pengetahuan agama panjang sejengkal jangan mengail di lautan Ilmu Islam, agama Islam yang sempurna dan lengkap ini dan takutlah kepada amaran Allah:

"Dan takutlah kamu akan hari di mana kamu semua akan dikembalikan kepada Allah, kemudian setiap orang akan ditunai akan mengikut apa yang diusahakan (di dunia ini) dalam keadaan mereka akan dizalimi."

Janganlah meletakkan isi perut menjadi matlamat hidup, kerana kita hidup bukan untuk makan tetapi makan untuk hidup mengabdikan diri kepada Allah, barangsiapa hidupnya untuk makan maka ia menjadi lebih hina daripada 'shit' yang dikandungnya. Wallahu alam.

Umno kerah medianya putarbelitkan kenyataan

Pihak Umno dan sekutunya mencuba untuk mengambil peluang daripada isu ini, dengan gambaran yang tidak tepat dan mengelirukan. Maka dikerahnyalah segala jentera media massa dengan komen daripada peringkat pemimpin, kalangan akademik upahan sehinggalah di peringkat ahli bawahan di kaki lima jalan.

Komen yang diberi dengan menggunakan hukum akal tanpa mempedulikan atau kebebalan mereka terhadap kesyumulan Islam yang merangkumi segala aspek, situasi dan realiti, di samping kesejagatan Islam yang mematikan pendukungnya bersikap terbuka dan positif terbuka dan positif terhadap semua pihak untuk menyampaikan mesej Islam tanpa sehingga Islam dianuti atau dilihat kebaikan, keadilan dan rahmatnya secara dan praktikal.

Melalui isu yang dimainkan jelas menunjukkan bahawa Umno tidak menjadi matlamatnya untuk mengislamkan orang atau menyampaikan mesej Islam ini, tetapi yang dikira ialah keuntungan politik untuk berkuasa dengan menghalalkan semua cara walaupun menghalang matlamat Islam yang wajib disampaikan kepada seluruh manusia. Maka Umno merasa tidak senang dengan pecahnya tembok yang dibina oleh mereka selama ini untuk memisahkan PAS dengan orang bukan Islam dengan cara menakutkan orang bukan Islam tentang negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS dengan pelbagai cara.

PAS dengan rasa penuh tanggungjawab terhadap Islam yang dianutinya mengikuti dan melibatkan diri dengan semua program Islam termasuk yang ditaja oleh BN yang dipimpin Umno seperti Perkim dalam aspek dakwah kepada bukan Islam, Institusi-institusi pendidikan Islam, IKIM dalam aspek kajian, Bank Islam dan sebagainya dalam aspek ekonomi dan lain-lain. Walaupun menyedari ianya masih ada kelemahan, dan ada niat politik Umno yang berpegang kepada sekularisme yang tidak sekali-kali bercita-cita untuk menegakkan negara Islam dan bersikap pragmatik yang tidak istiqamah dengan Islam yang diucapkannya kerana dalam masa yang sama mengizin melesenkan dan memberi kemudahan kepada maksiat dan kemungkaran, namun ianya merupakan sedikit ruang untuk PAS menyatakan Islam walaupun tidak lengkap oleh sekatan dan kawalan yang dilakukan oleh kerajaan yang dipimpin Umno.

Sebenarnya program itu lebih bersifat untuk memancing undi orang Islam kerana Umno mesti melenting atau digerakkan kepada pembuka minda ke arah kesedaran untuk mendaulatkan Islam dan kerana Islam tidak boleh dilaksanakan mengatasi perlembagaan Umno dan perjuangannya yang tidak menjadikan Islam memerintah berdaulat tetapi Islam mestilah berada di bawah perintahnya, mengikut selera dan kemahuannya maka ada pendakwah yang digamnya, mufti disingkir dan sebagainya.

PAS wajib mengambil peluang untuk menyampaikan mesejnya apabila seluruh rakyat yang beragama Islam dan bukan Islam terbuka fikiran oleh kejutan peristiwa yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disingkirkan secara konspirasi politik yang menjijikkan dan peristiwa Lim Guan Eng yang membela seorang puteri Melayu-Islam yang dirosakkan hidupnya sehingga orang yang membelanya yang menjadi mangsa dipenjarakan mengikut undang-undang. Dan apakah orang yang dikatakan terlibat dengan peristiwa itu dibawa ke muka pengadilan? Pembunuh boleh diampun, tetapi tiada ampun bagi sesiapa yang mengganggu kepentingan Umno dan pemimpinnya.

Ramai orang yang menyedari bahawa natijahnya akan berlainan jika sekiranya dibawa kepada mahkamah Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Rakyat juga merasai kegagalan kerajaan BN dalam menangani pelbagai masalah yang lain yang sangat menggawatkan seperti gejala sosial, politik wang campurtangan politik yang melampau dalam urusan pentadbiran, merudumnya ekonomi dan pengagihannya yang sangat tidak adil dan lain-lain, sehingga menyebabkan ramai orang yang ingin mengetahui apakah program PAS sekiranya menjadi kerajaan alternatif, atau mengadakan kerjasama dengan pihak lain untuk menumbangkan kerajaan BN dan menukar BN supaya menjadi pembangkang. Ada pula yang lebih cepat bertindak sehingga berduyun-duyun menyertai PAS dan kalangan orang bukan Islam juga mahu menjadi ahli PAS.

Tidak salah atau luar biasa mengikut hukum Islam dan hukum akal demokrasi apabila PAS meminta ahlinya yang pakar, mengkaji dan berfikir secara kembali kepada Quran, sunnah Rasulullah, Ijmak para ulama dan qias yang menjadi rujukan tertinggi mengikut perlembagaan PAS (yang berbeza dengan Umno) untuk melaksanakan ajaran Islam, menyampaikan risalahnya kepada seluruh manusia dan berkomunikasi dengan semua pihak dengan cara-cara yang dinyatakan oleh nas Quran, sirah Rasulullah S.A.W. dan berijtihad secara kajian mendalam dan ikhlas.

Allah berfirman:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik kepada orang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan kamu dan menghalau dari tanah air kamu.

Rasulullah s.a.w. menyatakan cara yang berbeza di antara Abu Talib yang mempertahankannya walaupun tidak menganut Islam dengan Abu Jahal, Abu Lahab yang terlalu bermusuh dengan Islam, membawa Abdullah bin Uraiqit yang tidak Islam untuk menjadi pemandu dalam perjalanan hijrah dan tidak menerima tawaran seorang musyrik untuk membantunya dalam masa yang lain. Apabila mendirikan negara Islam di Madinah dan mewujudkan masyarakat madani telah menerima wujudnya masyarakat majmuk berbilang kaum dan berbilang agama yang wajib ditegakkan keadilan politik, ekonomi, undang-undang dan lain-lain memaksa orang-orang bukan Islam menganut Islam sehingga orang bukan Islam merasai keadaan yang lebih baik daripada pemimpin sebelumnya yang sebangsa dan seagama dengan mereka Islam memberi kedudukan kepada orang bukan Islam dengan cara yang tidak boleh dilakukan oleh kerajaan komunis terhadap orang yang tidak komunis dan oleh parti kerajaan terhadap pembangkang dalam negara demokrasi Barat.

Apabila Umno telah menjadikan perkara ini senjatanya untuk menyerang PAS maka senjata ini menikam Umno sendiri apabila mendedahkan rupanya mereka menganut ajaran Umno semalam ini kerana kejahilan yang amat sangat terhadap ajaran Islam dan sejarahnya. Adapun yang berpengajian agama dalam Umno adalah golongan oportunis yang mencari makan dan pangkat daripada Umno yang kebetulannya menjadi parti kerajaan mereka digunakan sekadar untuk melawan PAS dan mereka menyedari bahawa mereka tidak dapat bermuzakarah dengan PAS. Oleh kerana itu, seringkali cadangan muzakarah ditolak dengan pelbagai dalih dan helah, atau apa yang disifatkan oleh presiden Umno mereka penakut apabila peristiwa debat tahun 1984 dibatalkan di saat-saat akhir oleh Penyimpan Mohor Majlis Raja-Raja.

Kepada mereka yang makan gaji dan mencari makan melalui RTM, TV3, akhbar dan lain-lain yang mahu campur tangan dan dipergunakan dalam isu ini, saya nasihatkan bahawa tugas kamu janganlah melampaui batas syariat Allah kerana sebenarnya rezeki kamu di tangan Allah. Tepuk dada tanya iman, jangan tepuk dada tanya selera, kalau pengetahuan agama panjang sejengkal jangan mengail di lautan Ilmu Islam, agama Islam yang sempurna dan lengkap ini dan takutlah kepada amaran Allah:

"Dan takutlah kamu akan hari di mana kamu semua akan dikembalikan kepada Allah, kemudian setiap orang akan ditunai akan mengikut apa yang diusahakan (di dunia ini) dalam keadaan mereka akan dizalimi."

Janganlah meletakkan isi perut menjadi matlamat hidup, kerana kita hidup bukan untuk makan tetapi makan untuk hidup mengabdikan diri kepada Allah, barang siapa hidupnya untuk makan maka ia menjadi lebih hina daripada 'shit' yang dikandungnya.

 

Ke Laman Utama