|
LATAR BELAKANG MAT
KILAU
- Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada
Mat Kilau
- Ibu Mat Kilau adalah Mahda iaitu anak kepada
Tok Kaut,Burau.
- Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun
1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar.
- Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti
kanak-kanak lain di kampung.
ZAMAN KANAK-KANAK MAT
KILAU
- Mat Kilau diserah mengaji Quran dengan
beberapa kanak-kanak lain.Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia
pandai membaca Quran dengan berbagai lagu.Apabila tamat Quran Mat Kilau
belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud.Setelah pandai
berzanji dan berdikir Maulud,barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana
yang lebih terkenal sebagai 'Dikir Pahang'.Oleh kerana suaranya
merdu,maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang pendikir yang terkenal di
Pulau Tawar.
HOBI MAT
KILAU
- Semasa kecil Mat Kilau suka bermain
gasing.Oleh itu kerana mat Kilau pandai main gasing,maka dialah yang
dijadikan jurumudi,iaitu orang yang memangkah terakhir.Apabila ada
perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu
Atau Burau di sebelah Hilir,Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung
Masjid.
- Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian
di dalam permainan orang-orang dewasa iaitu berlaga buah
keras.Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat,maka Mat Kilau
dijadikan orang tukang hencang. Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau
tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal
sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad sampai dan
bersemayam di Pulau Tawar.
- Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila
'peran tua'(ketua berburu) tidak berburu.Mat Kilau dijadikan
peran.Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran.Sebagai pemburu Mat Kilau
telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut dengan
hutan.
PERKAHWINAN MAT
KILAU
- Apabila berusia lebih kurang 20 tahun,Mat
Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam
Daud, Kampung Kedondong.
- asil perkahwinan ini Mat Kilau telah
dikurniakan tiga orang anak.
ILMU YANG
DIPELAJARI
- Setelah berkahwin barulah Mat Kilau
belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan.
- Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat
sebagaimana sahabatnya yang lain,bahkan beliau lebih mendalami silat
dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.
- Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak
menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan
diri.
- Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu
daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah.
- Ilmu kebatinan secara agama banyak
dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk
sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri
Pahang.
KEMBALI KE PAS PULAU TAWAR
|
SIKAP PERIBADI MAT
KILAU
- Mat Kilau mempunyai sifat-sifat
pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani
dan dihormati.
- Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang
matang.Pada bula Oktober,1888 semasa Tok Gajah berada di
Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan
berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri.Ini
menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.
- dengan setiap lapisan masyarakat.Maka Mat
Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh
dari masyarakat.
- Mat Kilau juga merupakan seorang yang
amat disegani.Ini bukan kerana dia adalah seorang anak
orang yang berpangkat tetapi kerana kejujurannya.
- Mat Kilau adalah seorang yang tegas mak
dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh
pengikut-pengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui
namanya ialah Awang Nong,The Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali(khatib),
Awang(Imam)dan Mat Tahir.Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat
Kilau.
KEMATIAN MISTERI MAT
KILAU
- Khabar yang menyatakan Mat Kilau
mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di
Singapura.
- The Straits Times dan The Free
Press menyatakan "Ketua Pendehaka,iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke
tanang pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895.
- The Free Press pula memberitahu
bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia
telah cedera di muka dan di kepalanya.Luka-lika itu sangat parah dan dia
telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan
banyak darah".
- Dengan tersiarnya berita kematian
Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober,1895,maka pada
pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang
sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatny
seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau),Pendekar Tok Demali,Raja
Ibrahim(Pak Him),Mat Kelantan dan beberapa orang
lain.
KEMUNCULAN MAT
KILAU
- Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai
'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri
dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin
di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang.Semejak 1930 Mat Kilau juga terpaksa
menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat
Siam.
- Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah
menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri
K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang
sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat
Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung
kelahirannya.
- Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka
Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau
Tawar.
- Pada hari Jumaat 26 Disember 1969,Mat
Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang
Jumaat.Selepas sembahyang,Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya
mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
- Pengistiharan ini telah mengemparkan
orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa
untuk menyiasat.Jawatan Kuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.Beberapa
orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat
Kilau.Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos
1970.Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar
Pahang.
- Setelah empat hari selepas pengumuman
pengiktirafan terhadap dirinya dibuat,Mat Kialu meninggal dunia kerana
keuzura.Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.Beliau tidak
sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih
lanjut.
|
|