utama

PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN 
   Badan Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda 
   Dewan Muslimat
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
POLITIK
ARKIB

laman sabah

Kenalilah Sabah
Kerajaan Sabah 

akhbar borneo

Daily Express
Sarawak Tribune

    

SELAYANG PANDANG

 
Pemandangan Bandaraya kota Kinabalu dari Signal Hill

Detik 2.2.2000 bermakna Kota Kinabalu kini dengan rasminya menjadi kota Bandaraya, Bandaraya yang keenam dinegara kita.

Detik bersejarah ini juga menandakan satu permulaan era baru kepada warga Kota khususnya di Sabah.

Kota Kinabalu sebenarnya mencatat sejarah beberapa pejuang Islam yang semakin dilupakan.

Tokoh pertama itu ialah Datu Paduka Mat Saleh yang berjuang mempertahankan tanah air Sabah daripada penjajahan British. Peristiwa terbakarnya Pulau Gaya.pada tahun 1867 adalah lambang penentangan orang-orang Islam pada masa itu terhadap penjajahan British. Peristiwa ini juga menyebabkan lahirnya Bandar Jesselton (kini kota Kinabalu) sehingga sekarang sebagai Pusat Pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan budaya.

Tokoh kedua yang semakin dilupakan ialah Imam Hj Mohd Suhaili Hj. Yakub. Imam Suhaili adalah Imam Daerah Jesselton (Kota Kinabalu) pada tahun 1940. Beliau adalah seorang ulamak yang gigih berdakwah dan mengajar ilmu agama kepada penduduk disekitarnya. Ketegasan beliau terhadap beberapa tindakan pemerintah British pada masa itu seperti membantah arahan supaya binatang yang disembelih ditembak terlebih dahulu dan membantah keras pemindahan masjid Bandar Jesselton dan penduduk kampung Air ke Kampung Sembulan menimbulkan rasa kurang senang pemerintah british.

Menghala ke Bandaran Berjaya, di atas sebuah bukit bersebelahan Padang Merdeka berdiri disitu sebuah masjid yang dahulunya sebuah gereja. USIA di bawah pimpinan Allayarham Tun Datu Mustapha Datu Harun, telah membeli gereja tersebut daripada Seventh Day Adventish (S.D.A) berharga 1,050,000. Ia kemudiannya diubahsuai dan dijadikan sebuah masjid dan pusat kegiatan umat Islam pada masa itu.

Di tengah arus Bandaraya Kota Kinabalu ini juga masih wujud beberapa perkampungan orang-orang Islam seperti Kg. Sembulan dan Kg. Likas. Sejarah menunjukkan mereka ini adalah penduduk asal tanah bandaraya ini yang terdiri daripada nelayan dan petani.

Di Bandaraya ini juga PAS mula bertapak sejak tahun 1986 dan untuk sekian kalinya PAS bertanding di DUN Likas dan Parlimen Gaya pada pilihanraya lepas (1999).

Kini PAS Kawasan Tanjung Aru sedang dalam proses penubuhan dan akan menyusul PAS Kawasan Gaya. Dengan berbekal 5 buah PASTI bandaraya Kota Kinabalu akan terus diwarnai dengan bulan punama di masa-masa akan datang.

Jalinan berkaitan
http://www.kkcity.com.my


Rujukan
1. Islam di Sabah, Muhidin Yusin
2. Dilemma Umat Islam Sabah, Musli Oli
3. Islam di Putatan, Jamdin Buyong

" Peristiwa terbakarnya Pulau Gaya.pada tahun 1867 adalah lambang penentangan orang-orang Islam pada masa itu terhadap penjajahan British. Peristiwa ini juga menyebabkan lahirnya Bandar Jesselton (kini kota Kinabalu) sehingga sekarang sebagai Pusat Pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan budaya."

  

 

Laman ini diterbit dan diselenggara oleh
Lujnah Teknologi Maklumat,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

E-Mail: pas.sabah@usa.net
PAS SABAH HOMEPAGE (R) ALL RIGHT RESERVED