UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
KEPIMPINAN
   Perhubungan
   Dewan Ulamak
   Dewan Pemuda
   Dewan Muslimat
KAWASAN
KENYATAAN RASMI
ARKIB
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Halaman ini diterbit 
Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah. 
 No. 10, Lorong 14, Kg. Sembulan Baru 88100 Kota Kinabalu Sabah.  
 E-mail: pas.sabah@usa.net
KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR MENJADI PEMILIH 

APAKAH URUSAN PENDAFTARAN PENGUNDI? 
Urusan Pendaftaran Pengundi merupakan satu jangkawaktu yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memberi peluang kepada warganegara yang berkelayakan mendaftar sebagai pengundi. Di samping itu, pengundi-pengundi yang telah berkelayakan dan ingin bertukar alamat juga boleh berbuat demikian semasa urusan ini dijalankan. 
  
MENGAPAKAH ANDA PERLU MENDAFTAR? 
Anda perlu mendaftar sebagai pengundi untuk menjamin hak anda mengundi dalam sesuatu pilihanraya dan menjalankan tanggungjawab anda sebagai warganegara. 
  
SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI? 

  • Warganegara Malaysia; 
  • Berumur 21 tahun pada atau sebelum 1 April 1999; 
  • Bermastataudin di dalam sesuatu bahagian Pilihan Raya 
  • BAGAIMANAKAH CARA MENDAFTAR? 

  • Datang sendiri ke Pusat Pendaftaran; 
  • Isi Borang A; 
  • Dapatkan Keratan IV kepada Borang A (Jangan lupa bawa Kad Pengenalan atau syarat JPN 1/9 atau 1/11) 
  • DI MANA ANDA BOLEH MENDAFTAR? 
    Di antara tempat-tempat yang ditetapkan sebagai pusat pendaftaran:- 
         Pejabat Pilihanraya Negeri; 
         Pejabat-pejabat Daerah/Majlis Perbandaran; 
         Pejabat Pos; 
         Pejabat-pejabat Penghulu/Penggawa; 
         Dewan Orang Ramai/Balairaya; 
         Pasar Malam/Pasar Tani; 
         Majlis Daerah; 
         Gedung-gedung membeli belah; dan 
         Tempat-tempat lain yang ditetapkan. 

    BILAKAH TEMPOH URUSAN PENDAFTARAN PENGUNDI DIJALANKAN? 
    Mulai 2 April - 1 Mei 1999 
      
    MAKLUMAT PENTING APABILA MENGISI BORANG PERMOHONAN (BORANG A) 
    1. Nama pemohon hendaklah ditulis mengikut nama di Kad Pengenalan. Sila guna  HURUF BESAR. 

    2. Masukkan nombor Kad Pengenalan yang lengkap iaitu: 

     2.1 No.Kad Pengenalan Baru; 
     2.2 No.KAd Pengenalan Lama. 

    3. Jika pemohon tidak mempunyai No. Kad Pengenalan Lama, sila nyatakan  “TIADA” pada ruang berkenaan. 
      
    4. Alamat pemohon hendaklah mengikut alamat tempat tinggal (bermastaudin) yang lengkap dan boleh dihubungi dengan surat
    (sila nyatakan nombor poskod). 

    5. Nyatakan jenis permohonan sama ada permohonan baru atau permohonan  pertukaran  alamat. 

    6. Dapatkan dan simpan keratan Bahagian IV kepada Borang A sebagai bukti pendaftaran. 

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi: 

    SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
    Paras 5-8, Menara Bank Pembangunan, 
    Jalan Sultan Ismail, 
    50690 Kuala Lumpur. 
    Tel: 03- 2920066 samb.100,115,128 dan 154 
    atau 
    Semua Pejabat Pilihan Raya Negeri (Rujuk Senarai) 
      
    ALAMAT PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI SABAH
    Tingkat 6, Rumah Persekutuan, 
    Jalan Mat Salleh, Peti Surat 10031, 
    88810 Kota Kinabalu. 
    No.Tel: 008-232277