Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

Adun enggan mohon maaf

KETUA pembangkang, Abdul Rahman Abdul Kadir (Keadilan-Penanti), berkata beliau tidak akan meminta maaf berikutan kenyataannya mengenai konsert oleh penyanyi British, Craig David, baru-baru ini.

Saya tidak akan meminta maaf kepada dunia seperti yang dikatakan oleh Datuk Kee Phaik Cheen," katanya mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri yang meminta beliau berbuat demikian.

Sebelum ini, Abdul Rahman berkata, konsert yang diadakan itu memberikan kesan negatif kepada generasi muda.

"Kalau dia anggap konsert itu tidak rosak akhlak, itu adalah pandangan dia tapi saya tetap kata ia bukan budaya kita.

"Jika Kee memperkatakan bahawa memakai subang di kening dan pusat tidak menjatuhkan moral, maka itu adalah pandangan Exco berkenaan," katanya.

Semalam, Kee mempertahankan tindakan kerajaan negeri yang membenarkan penganjuran konsert rev-Elation oleh David.

16/10/2003 ( berita harian )