Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

MASJID LENGANG SELEPAS KETUA UMNO AMBIL ALIH

HARAKAH (1631DIS)
BAGAN JERMAL:Masjid Jame Bagan Jermal di Tanjung Tokong,Pulau Pinang tidak terlepas daripada permainan politik Umno.Dahulunya meriah dengan begitu ramai jamaah,tetapi kini lengang dan hambar.Keadaan menjadi begitu kerana pengerusi,imam dan ajk masjid dipegang oleh orang Umno.

Pengerusi hanya datang ke masjid seminggu sekali (hari jumaat) dan tidak pernah datang pada hari lain.Masjid tersebut begitu sepi sekali selepas ia diambil oleh orang Umno.

Apa yang lebih menyedihkan kini ialah apabila tiba waktu solat,kematian dan kenduri-kendara tidak ada imam datang untuk menjalankan tugasnya.Sejak ketua Cawangan Umno Bagan Jermal mengambil alih jawatan sebagai pengerusi masjid,mereka tidak pernah mengedarkan surat pekeliling mesyuarat agung kepada anak kariah di kawasan itu.Sejak 2 tahun ini anak kariah tidak pernah tahu apa yang telah belaku dan mereka hanya mengadakan perbincangan sesama mereka sendiri di kedai kopi.