Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

Penyelewangan PROJEK BN (PORR).

DAP berpendapat bahawa terdapat sesuatu yang tidak betul dalam pemberian projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) yang bernilai RM1.02 bilion dan menggesakan ketelusan dan siasatan dalam projek ini

Kenyataan persidangan media Pengerusi DAP Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen bagi Tanjung, Chow Kon Yeow

Pulau Pinang, 21 Jun 2002 - Pada hari Selasa, 18 Jun 2002, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu membalas soalan saya di Parlimen dengan menghantar saya suatu jawapan tertulis. Soalan saya adalah mengenai sama ada kerajaan akan mengkaji semula penswastaan projek PORR.

Beliau menekankan bahawa pemegang konsesi akan diberi insentif kewangan khas untuk memastikan tol yang dikenakan di PORR tidaklah terlalu tinggi.

Beliau menjelaskan bahawa atas sebab kos pembinaan yang tinggi, bayaran tol dijangka agak tinggi.

Walau bagaimanapun, beliau berkata demi memastikan bayaran tol itu rendah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bersetuju untuk membenarkan pemegang konsesi menebus guna tanah seluas 500 ekar di sepanjang pantai utara, iaitu 139 ekar di Persiaran Gurney, 220 ekar di kawasan Middle-Bank dan 150 ekar di Tanjung Bunga.

Datuk Seri Samy Vellu juga mengatakan bahawa pemegang konsesi akan bertanggungjawab ke atas kos menebus guna tanah seluas 500 ekar. Sebagai langkah selanjutnya untuk meringankan bebas kewangan pemegang konsesi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bersetuju untuk memberi enam bidang tanah kepada mereka dengan tujuan pembangunan.

Menurut beliau, ini dapat memberi subsidi bagi sebahagian daripada kos pembinaan lebuhraya dan mengurangkan kadar tol.

DAP berpendapat bahawa modul kewangan yang digunakan bagi projek PORR tidak boleh diterima kerana ini adalah urusan yang tidak adil.

Kami mahu mempertikai tuntutan kerajaan bahawa pemegang konsesi terpaksa menanggung kos pembinaan yang tinggi.

Menurut dokumen projek yang dikemukakan kepada orang awam, projek ini mengandungi pampasan bagi pemerolehan tanah sebanyak RM 150 juta, dan jumlah ini akan diperuntuk oleh kerajaan Persekutuan. Kos pembinaan adalah kira-kira RM871 juta.

Walau bagaimanapun, kami telah menunjukkan bahawa kos pembinaan sebenar adalah kurang daripada RM871 juta. Ini adalah kerana pembinaan baru melibatkan kerja yang kurang memandangkan jalan itu dipendekkan sebanyak 4 kilometer dan pembinaan 4 terowong ditundakan.

Jurutera berpendapat bahawa kos projek boleh dikurangkan sebanyak RM200 juta kerana jumlah kerja telah dikurangkan, dan kos sebenar hanyalah kira-kira RM671 juta.

Kami mahu menunjukkan bahawa pakej kewangan itu memberi keuntungan yang lumayan kepada pemegang konsesi sehingga ia tidak perlu mengenakan bayaran tol.

Tanah seluas 500 ekar di Persiaran Gurney, Middle-Banks dan Tanjung Bunga dijangka bernilai RM2.5 bilion.

Pemegang konsesi juga dijangka mengaut keuntungan sebanyak RM350 juta daripada pembangunan enam bidang tanah kerajaan.

Jika ini adalah benar, mengapakah kerajan masih memberi modul kewangan yang dicadangkan kepada pemegang konsesi sedangkan mereka dapat membina jalan itu tanpa tol.

Kami menggesa supaya pemberian projek PORR dijalankan secara telus dan jika perlu, Badan Pencegah Rasuah akan diminta untuk menjalankan suatu siasatan atas sebab projek itu terlalu mahal.