Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

Sisa babi kritikal
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
Berita harian 05/11/2003.

GEORGETOWN: Kerajaan negeri tidak teragak-agak mengarahkan 38 ladang ternak babi di seluruh negeri ditutup kerana menyebabkan pencemaran yang teruk akibat sisa buangan dan najis haiwan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Lalu lintas negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan, berkata ini kerana kajian pihak berkuasa mendapati sisa buangan dari ladang berkenaan mencapai tahap kritikal.

Beliau berkata, sisa buangan ladang ternakan babi yang kebanyakannya di Seberang Prai mencapai kadar yang dibenarkan tuntutan-oksigen-biologi (BOD) iaitu tahap 50.

Sehubungan itu, beliau meminta pemilik ladang ternakan babi menyediakan sistem pembuangan sisa yang sistematik bagi mengurangkan masalah itu.

"Cara yang boleh dianggap paling berkesan ialah membina lubang sampah untuk sisa buangan yang mempunyai saliran terus ke sungai, parit dan longkang.

"Jika gagal membinanya, kerajaan negeri akan mengarahkan ladang ternakan babi itu ditutup," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat bersama Jabatan Veterinari Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri dan persatuan penternak babi negeri.

Kini ada 252 ladang ternakan babi di negeri ini termasuk di Seberang Prai dan Pulau Pinang.

Sementara itu Dr Teng berkata, kerajaan negeri akan mengambil tindakan mahkamah terhadap penternak babi yang masih mengguna pakai beta agonist ketika memberi makanan kepada haiwan itu.