Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

Lapan keluarga tagih janji Umno Bukit Bendera
Oleh Mohd Sabri Said

TANJUNG BUNGAH, 22 Julai (Hrkh) - Lapan buah keluarga Melayu yang tinggal di rumah panjang Tanjung Bungah menagih janji Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail yang mahu membantu mereka mendapatkan rumah yang lebih selesa.

Tinjauan Harakah mendapati rumah panjang yang didiami semenjak 1996 itu terlalu usang, dikelilingi pokok hutan tebal serta di sebelah jalan utama, pangsapuri mewah masih dalam pembinaan. Seorang suri rumah, Rahama Taib berkata, perjanjian lisan yang dibuat oleh Ahmad Ismail ialah penduduk diberi masa tiga tahun sahaja mendiami rumah panjang sebelum pihaknya berusaha mendapatkan rumah yang lebih selesa. "Semua janji yang dilafazkan hanya tinggal kenangan. Dulu ketika kami membantah, beliaulah (Ahmad Ismail) merupakan orang pertama memujuk dan memberi jaminan akan mendapatkan gantian rumah yang sempurna, " terangnya kepada Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Abdul Rahman Kader dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Hamdan Abdul Rahman dalam lawatan mereka, Ahad lepas.

Beliau menjelaskan, sejak kebelakangan ini syarikat pemaju perumahan dikatakan bersikap dingin apabila tidak ada ikatan perjanjian yang kukuh antara syarikat itu dengan Ahmad Ismail yang mewakili penduduk. Akibatnya, beliau berkata, pemaju lebih mengutamakan pembangunan projek mewah daripada membina kediaman kos rendah untuk penduduk. Selain itu, seorang lagi wakil penduduk, Joe Afendy Johari, 29, melahirkan rasa kesal kerana Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera gagal menunaikan janji mereka kepada penduduk. "Sepatutnya beliau (Ketua Umno) menggunakan kedudukan beliau untuk membangunkan ekonomi orang Melayu kawasan ini dan bukannya melarikan diri apabila masalah penduduk gagal diatasi. "Kami sungguh kecewa dengan peranan Umno yang dikatakan tidak dapat membela nasib Melayu, " katanya.

BANNER YANG DIPOTONG OLEH SAMSENG UMNO : AWAS !!! DASAR PERCAYA KEPADA UMNO / GERAKAN SAMPAI ( AHLI UMNO ) DIPINGGIR SELAMA 7 TAHUN TANJUNG BUNGAH < AZURIA DRP: DEWAN PEMUDA PAS BUKIT BENDERA