Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

Resolusi Konvensyen Pendidikan Rakyat

anjuran 
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
29 Rejab 1423 bersamaan 6 Oktober 2002

Menyedari bahawa: 

· pendidikan adalah hak yang dijamin oleh Piagam Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dan Perlembagaan Malaysia;

· pendidikan merupakan salah satu pendekatan penting dalam membina dan mengukuhkan tamadun bangsa dan masyarakat Malaysia;

· tanggungjawab memastikan hak mendapat pendidikan dan keperluan mendapat pendidikan adalah tanggungjawab sosial kerajaan yang memerintah;

· bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang mencerminkan jatidiri rakyat Malaysia yang bukan sahaja merupakan bahasa perpaduan tetapi juga bahasa ilmu; dan

· sumbangan bahasa ibunda dapat membantu dalam memupuk serta mengekalkan warisan nilai, budaya, adat resam, kepercayaan dan gaya hidup yang sihat bagi sesebuah masyarakat.

maka Kongres Pendidikan Rakyat pada hari ini:

· mendesak pemimpin-pemimpin politik UMNO/BN supaya berhenti daripada mengeksploitasi dan campur tangan dalam dasar pendidikan serta birokrasi pendidikan negara;

· menyeru semua pihak supaya mengekalkan serta memperjuangkan matlamat dasar bahasa kebangsaan bagi memelihara jatidiri rakyat Malaysia;

· mendesak Kabinet Kerajaan BN membatalkan keputusan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris;

· mendesak Kementerian Pendidikan supaya tidak terikut-ikut dengan kehendak politik sempit pemimpin negara tetapi merombak atau memperkenalkan sesuatu polisi yang baru berdasarkan kepada keperluan pendidikan yang disokong oleh fakta dan dapatan kajian yang kukuh;

· mendesak supaya kerajaan BN dan rakyat mempertahankan keperluan bahasa ibunda dalam pendidikan;

· mendesak kerajaan BN membuang sikap prejudis mereka terhadap sekolah-sekolah agama; dan

· mendesak kerajaan BN meningkatkan peluang-peluang pendidikan melalui penyediaan prasarana dengan lebih terancang serta dana pendidikan yang lebih bersifat kebajikan dan bukan penindasan.