Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

Perutusan Tahun Baru 2003

Ketua Pemuda PAS, Haji Mahfudz Omar, pula menyeru seluruh rakyat mengambil segala ruang dan kesempatan yang ada untuk menyedarkan seluruh keluarga dan sahabat handai tentang kezaliman tajaan BN yang semakin melata kini.

Katanya, perpaduan ini mesti dimanfaatkan bukan sahaja untuk menyelamatkan negara daripada pelbagai penyelewengan dan salah laku BN, tetapi juga untuk membangunkan negara ini. "BN sudah tidak relevan dalam soal perpaduan kerana pada tahun 2002 sahaja pelbagai perpecahan dan pergeseran berlaku di kalangan parti-parti komponen mereka sehingga ada parti yang diharamkan dan wakil rakyat yang digantung keahliannya," jelasnya lagi.

Tambahnya, sepanjang tahun 2002 ini, negara kita telah dilingkari oleh pelbagai kerumitan akibat sikap dan dasar pemerintah BN yang tidak telus, berunsur penyelewengan dan tindakan yang berbau politik sempit. "Dalam tahun 2002 ini berlakunya pencabulan ke atas bahasa kebangsaan, di samping serangan ke atas guru-guru agama dan sekatan geran perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)," tambah beliau.

Mahfudz juga berkata, rakyat turut dikejutkan dengan perkembangan politik tidak sihat ekoran permainan politik BN dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya.