Pemuda Pas Bukit Bendera
Memorandum Bantahan Dan usul Parlimen
Home
MELAYU TERPINGGIR PULAU PINANG 1
Majlis Ramah Mesra &Dailog bersama Pemangku Presiden PAS
FORUM PERDANA SAR
Kuliah Agama
BN Undur BA Masuk
MENANGANI ISU TANGKAPAN POLIS
Umno kebas dewan orang ramai
MASJID DI PULAU PINANG
Memorandum SAR kepada Raja-Raja Melayu
Jangan Percaya Apa Kata BN Tentang SAR
Debat - SAR
Penerangan isu SAR anjuran Umno tidak dapat sambutan
Pemuda PAS kesal polis tangkap macam penjenayah
KOMPLEK TERMINAL BAS TANJUNG BUNGAH RM 4.38 JUTA
Pemuda PAS Pulau Pinang tubuh BARA
Memorandum Merayu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja Melayu
web info Pilihan Raya
KEHAKIMAN ( 2 )
KEHAKIMAN ( 3 )
YANG DI-PERTUAN AGONG
BAGAIMANAKAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG DILAKUKAN?
KEHAKIMAN ( 1 )
EKSEKUTIF
KEM KECEMERLANGAN JATIDIRI PELAJAR
Prosuder beli hartanah / rumah
Prosedur Perhimpunan
MASJID LENGANG SELEPAS KETUA UMNO AMBIL ALIH
Hari Kelepasan Am
PAS Pulau Pinang tambah 14 cawangan baru
Penduduk bantah Umno bina bangunan atas kubur
MEMORANDUM MEMBANTAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Perutusan Tahun Baru 2003
TOLAK TOL ( PORR )
JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI
PORR ( PROJEK ZALIM BN 1 )
PROJEK ZALIM BN ( PORR &BORR)
MASALAH MELAYU P.PINANG BUKAN SALAH KETUA MENTERI
MANTAPKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANINASI PAS
TEKANAN MENTAL DAN PEKERJAAN
PROGRAM BULAN RAMADHAN
KERAJAAN BN CUBA MATIKAN KEADILAN
KERAJAAN PUSAT ANTI ISLAM
TAKWIM 1423H/2002
JANGAN PERCAYA APA BN KATA
PENIAGA MELAYU TERPINGGIR
PAS gagal dekati remaja
Penduduk Air Itam TERSEKSA
Memorandum Bantahan Dan usul Parlimen
Tanah Wakaf Malaysia
PERGGAJIAN PEKERJA WANITA
SUARA RAKYAT
Pimpinan
RESOLUSI KONVENSYEN PENDIDIKAN RAKYAT
Masjid di P.Pinang

Memorandum Bantahan

TYT Mr. Kofi Annan,

Setiausaha Agung PBB,

NEW YORK. 

Melalui, 

UNDP Officer,

Wisma UN Blok C,

Komplek Pejabat Damansara,

Jalan Dungun,

50490 KUALA LUMPUR.       22 OKTOBER 2002 

MEMORANDUM MEMBANTAH TERHADAP LAPORAN PENYENARAIAN PAS, ABIM DAN KERAJAAN MALAYSIA (BN) SEBAGAI PENGGANAS 

 

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) membantah dan menolak laporan jahat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mengaitkan PAS, ABIM dan Kerajaan Malaysia (BN) sebagai badan yang mempunyai kaitan dengan keganasan dan pengganas. 

Tindakan PBB ini bersifat mala fide terhadap Kerajaan Malaysia, PAS dan ABIM. PBB telah menggunakan ISA versi global untuk mengekang gerakan Islam di seluruh dunia. 

Malaysia bukanlah sebuah negara pengganas dan begitulah juga dengan PAS dan ABIM. Bilakah masanya Malaysia menyerang mana-mana negara sebagaimana Amerika Syarikat yang sewenang-wenangnya menceroboh dan menyerang negara lain yang merdeka dan berdaulat ? Malangnya PBB buta dengan tindakan Amerika Syarikat yang mendokong kuat tindakan tidak berperi kemanusiaan Israel Zionis ke atas rakyat Palestin dan tindakan Amerika Syarikat sendiri yang mencabul kedaulatan negara-negara lain. PBB bisu untuk menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya sebagai tindakan keganasan. PBB sebenarnya menjadi budak suruhan kepada Amerika Syarikat dalam melaksanakan Amerikanisasi Global.  

Tuduhan liar dan jahat PBB adalah satu helah Amerika Syarikat untuk menekan PAS yang tidak sesekali bersekongkol kepada hegemoni Amerika Syarikat. PBB dilihat sebagai ingin bermusuh dengan negara-negara umat Islam yang dilabel oleh Amerika Syarikat sebagai negara pengganas. 

Harus diingat bahawa peranan utama PBB adalah sebagai sebuah badan dunia yang mewujudkan perdamaian dan keamanan dunia. Sedangkan laporan ini memberi kesan permusuhan antara negara yang dilabel oleh Amerika Syarikat sebagai pengganas dengan negara lain. Permusuhan dan kecurigaan ini tidak akan membawa keamanan dunia sebaliknya memuncakkan kecurigaan antara satu sama lain. Di manakah letaknya kredibiliti PBB dalam membuat laporan dengan bersumberkan dari penulis picisan yang sakit jiwa ? 

Kami DPP Pusat percaya bahawa laporan PBB yang didalangi oleh Amerika Syarikat adalah satu proses tekanan kepada kerajaan yang terbabit untuk menekan dan menghapuskan gerakan Islam yang mendokong keadilan, keamanan dan kemakmuran bersama. 

Perjuangan PAS di dalam sistem demokrasi telah teruji dengan kemenangan kami di Kelantan dan Terengganu. Biarpun antara kami menjadi mangsa keganasan dan pencabulan demokrasi oleh regim BN, namun kami menganggap ia sebagai pertarungan politik dalaman yang tidak memerlukan campur tangan daripada pihak luar. 

DPP Pusat sekali lagi mengutuk sekeras-kerasnya dengan sikap PBB yang jahat dan tidak adil terhadap kami dan rakyat Malaysia. Kami mendesak PBB dan Majlis Keselamatan untuk menarik balik dakwaan karut dan memohon maaf secara terbuka kepada kami dan seluruh rakyat Malaysia. 

 

Sekian, terima kasih. 

 

Yang Menjalankan Amanah, 

 

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Enter supporting content here