Pemuda Pas Bukit Bendera
KERAJAAN PUSAT ANTI ISLAM
Home
MELAYU TERPINGGIR PULAU PINANG 1
Majlis Ramah Mesra &Dailog bersama Pemangku Presiden PAS
FORUM PERDANA SAR
Kuliah Agama
BN Undur BA Masuk
MENANGANI ISU TANGKAPAN POLIS
Umno kebas dewan orang ramai
MASJID DI PULAU PINANG
Memorandum SAR kepada Raja-Raja Melayu
Jangan Percaya Apa Kata BN Tentang SAR
Debat - SAR
Penerangan isu SAR anjuran Umno tidak dapat sambutan
Pemuda PAS kesal polis tangkap macam penjenayah
KOMPLEK TERMINAL BAS TANJUNG BUNGAH RM 4.38 JUTA
Pemuda PAS Pulau Pinang tubuh BARA
Memorandum Merayu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja Melayu
web info Pilihan Raya
KEHAKIMAN ( 2 )
KEHAKIMAN ( 3 )
YANG DI-PERTUAN AGONG
BAGAIMANAKAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG DILAKUKAN?
KEHAKIMAN ( 1 )
EKSEKUTIF
KEM KECEMERLANGAN JATIDIRI PELAJAR
Prosuder beli hartanah / rumah
Prosedur Perhimpunan
MASJID LENGANG SELEPAS KETUA UMNO AMBIL ALIH
Hari Kelepasan Am
PAS Pulau Pinang tambah 14 cawangan baru
Penduduk bantah Umno bina bangunan atas kubur
MEMORANDUM MEMBANTAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Perutusan Tahun Baru 2003
TOLAK TOL ( PORR )
JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI
PORR ( PROJEK ZALIM BN 1 )
PROJEK ZALIM BN ( PORR &BORR)
MASALAH MELAYU P.PINANG BUKAN SALAH KETUA MENTERI
MANTAPKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANINASI PAS
TEKANAN MENTAL DAN PEKERJAAN
PROGRAM BULAN RAMADHAN
KERAJAAN BN CUBA MATIKAN KEADILAN
KERAJAAN PUSAT ANTI ISLAM
TAKWIM 1423H/2002
JANGAN PERCAYA APA BN KATA
PENIAGA MELAYU TERPINGGIR
PAS gagal dekati remaja
Penduduk Air Itam TERSEKSA
Memorandum Bantahan Dan usul Parlimen
Tanah Wakaf Malaysia
PERGGAJIAN PEKERJA WANITA
SUARA RAKYAT
Pimpinan
RESOLUSI KONVENSYEN PENDIDIKAN RAKYAT
Masjid di P.Pinang

KENYATAAN MEDIA (4 NOVEMBER 2002) 

SAR : KERAJAAN PUSAT ANTI ISLAM 

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius tindakan Kerajaan Pusat yang menyekat geran tahunan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) atas alasan yang sangat rapuh iaitu kerana SAR terlibat dengan pembangkang. Tindakan Kerajaan Pusat ini adalah meneruskan sikap dangkal yang pernah dilakukan oleh Kerajaan BN Pahang sebelum ini. DPP Pusat menyifatkan kedangkalan Kerajaan Pusat ini sebagai satu petanda bahawa Kerajaan BN adalah anti Islam. 

SAR adalah institusi pendidikan yang telah diusahakan oleh para ulama dengan dukungan rakyat bagi menyediakan pendidikan alternatif kepada rakyat dan menampung kegagalan kerajaan menyediakan prasara pendidikan yang secukupnya. SAR bukanlah sebuah institusi politik walaupun ia dikuasai oleh tokoh-tokoh politik terutama pimpinan PAS. Sebaliknya penglibatan pimpinan PAS adalah kerana kesedaran mereka tentang penting pendidikan Islam diberikan kepada tunas-tunas Islam supaya mereka dapat menjadi insan yang berguna kepada agama, negara dan bangsa. Tidak timbul soal pengaruh PAS ke atas SAR kerana SAR adalah bukan sasaran politik kepartian tetapi merupakan pusat pendidikan yang berteraskan Islam.  

Tetapi oleh sebab sikap dengki, iri hati dan dendam pemimpin-pemimpin BN terhadap sebarang bentuk perkembangan Islam, maka tindakan ini diambil ke atas SAR. Sebelum ini kerajaan BN pernah berusaha untuk merobohkan Institut Berakan di Terengganu, merampas tanah milik Muassasah Darul Ulum di Kedah, tidak mengiktiraf sijil STU, mengurangkan masa belajar agama di UiTM, dan cuba menutup PASTI di seluruh negara, tetapi ternyata atas dukungan rakyat, sebahagian usaha-usaha jahat tersebut gagal. BN lebih selesa melihat umat Islam berada dalam kejahilan supaya mereka boleh terus diperalatkan oleh BN. Sikap busuk hati BN ini membuktikan bahawa dakwaan Malaysia sebagai negara Islam adalah palsu, tetapi sebaliknya Malaysia adalah negara anti Islam. 

DPP Pusat mempersoalkan mengapakah Kerajaan BN boleh bertolak ansur dengan masyarakat Cina dalam isu Sekolah Wawasan dan SRJK(C) dalam isu Bahasa Inggeris tetapi bertindak tegas terhadap institusi pendidikan Islam. Ini menunjukkan bahawa kerajaan BN lebih mengutama kepentingan politik sempit daripada masa depan anak bangsa. Sebarang sikap negatif dalam isu pendidikan Cina boleh memberi kesan buruk kepada politik BN dan sebarang perkembangan positif pendidikan Islam pula boleh menyebabkan sokongan umat Islam terhadap Umno akan terjejas. Kerana itu BN menekan sebarang usaha untuk menubuhkanm institusi pendidikan Islam dan bersedia untuk menunaikan apa sahaja kenhendak orang Cina termasuk menubuhkan universiti. DPP Pusat tidak menentang pendidikan Cina, tetapi mempersoalkan sikap kerajaan BN terhadap pendidikan Islam.  

MISBAHUL MUNIR MASDUKI

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat