Pemuda Pas Bukit Bendera
KERAJAAN BN CUBA MATIKAN KEADILAN
Home
MELAYU TERPINGGIR PULAU PINANG 1
Majlis Ramah Mesra &Dailog bersama Pemangku Presiden PAS
FORUM PERDANA SAR
Kuliah Agama
BN Undur BA Masuk
MENANGANI ISU TANGKAPAN POLIS
Umno kebas dewan orang ramai
MASJID DI PULAU PINANG
Memorandum SAR kepada Raja-Raja Melayu
Jangan Percaya Apa Kata BN Tentang SAR
Debat - SAR
Penerangan isu SAR anjuran Umno tidak dapat sambutan
Pemuda PAS kesal polis tangkap macam penjenayah
KOMPLEK TERMINAL BAS TANJUNG BUNGAH RM 4.38 JUTA
Pemuda PAS Pulau Pinang tubuh BARA
Memorandum Merayu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja Melayu
web info Pilihan Raya
KEHAKIMAN ( 2 )
KEHAKIMAN ( 3 )
YANG DI-PERTUAN AGONG
BAGAIMANAKAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG DILAKUKAN?
KEHAKIMAN ( 1 )
EKSEKUTIF
KEM KECEMERLANGAN JATIDIRI PELAJAR
Prosuder beli hartanah / rumah
Prosedur Perhimpunan
MASJID LENGANG SELEPAS KETUA UMNO AMBIL ALIH
Hari Kelepasan Am
PAS Pulau Pinang tambah 14 cawangan baru
Penduduk bantah Umno bina bangunan atas kubur
MEMORANDUM MEMBANTAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Perutusan Tahun Baru 2003
TOLAK TOL ( PORR )
JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI
PORR ( PROJEK ZALIM BN 1 )
PROJEK ZALIM BN ( PORR &BORR)
MASALAH MELAYU P.PINANG BUKAN SALAH KETUA MENTERI
MANTAPKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANINASI PAS
TEKANAN MENTAL DAN PEKERJAAN
PROGRAM BULAN RAMADHAN
KERAJAAN BN CUBA MATIKAN KEADILAN
KERAJAAN PUSAT ANTI ISLAM
TAKWIM 1423H/2002
JANGAN PERCAYA APA BN KATA
PENIAGA MELAYU TERPINGGIR
PAS gagal dekati remaja
Penduduk Air Itam TERSEKSA
Memorandum Bantahan Dan usul Parlimen
Tanah Wakaf Malaysia
PERGGAJIAN PEKERJA WANITA
SUARA RAKYAT
Pimpinan
RESOLUSI KONVENSYEN PENDIDIKAN RAKYAT
Masjid di P.Pinang

KENYATAAN MEDIA (15 NOVEMBER 2002) 

PINDA ISA : KERAJAAN BN CUBA MATIKAN KEADILAN 

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mengutuk keras keputusan Kabinet yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk meminda Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang bertujuan untuk menghalang sebarang penyalahgunaan ISA dicabar di mahkamah. DPP Pusat berpandangan bahawa tindakan zalim Kerajaan BN ini bertujuan untuk mematikan keadilan daripada dinikmati oleh rakyat. Pindaan ini juga secara langsung akan meningkatkan cengkaman kuku besi dikator BN ke atas rakyat sehingga rakyat tidak mempunyai sebarang hak untuk membela diri atas sebarang tuduhan yang melibatkan keselamatan negara. 

DPP Pusat mempergetaskan bantahan terhadap ISA keseluruhannya dan mendesak akta zalim ini dihapuskan dengan segera. ISA terbukti bukan sahaja zalim telah telah disalahgunakan oleh para pemimpin BN untuk kepentingan politik sempit mereka dalam meningkatkan cengkaman ke atas rakyat. DPP Pusat membantah pindaan yang akan dibuat oleh Kerajaan BN kerana ia akan menambahkan lagi kezaliman yang sedia ada. Dalam keadaan sebarang penangkapan tanpa bicara ISA boleh dicabar di mahkamahpun, Kerajaan BN telah bertali arus menyalahgunakannya, inikan pula jika tidak boleh dicabar langung. Ini merupakan kemuncak kezaliman BN melalui ISA. 

DPP Pusat melihat usaha yang cuba dilakukan oleh Kerajaan BN ini bertujuan secara khusus untuk mematikan demokrasi dan keadilan di negara ini. Dengan pembunuhan berdarah ke atas demokrasi dan keadilan ini, BN dapat bermaharajalela dan melakukan apa sahaja yang boleh memberikan keuntungan kepada politik zalim mereka. DPP Pusat mencabar Dr Rais supaya menyerahkan semula ijazag PhDnya kepada University of London jika beliau kini berpandangan ISA perlu dipinda untuk menghalang penahanan ISA dicabar di mahkamah. Tesis PhD beliau secara terbuka menganggap ISA yang boleh cabar sebagai zalim, apatah lagi jika tidak boleh dicabar. Apakah Rais telah hilang kejantanannya apabila berada bersama Kerajaan Zalim BN. 

DPP Pusat juga melihat polis dan Menteri Dalam Negeri sebagai badan kerajaan yang menjalankan tugas untuk menangkap sesiapa yang disyaki di bawah ISA mesti menjalankan tugasnya mengikut undang-undang. Sebarang penahanan yang berniat jahat oleh polis atau oleh Menteri Dalam Negeri melalui polis tidak boleh dipertahankan. Kenyataan Rais yang mendakwa hak menentukan seseorang itu mengancam keselamatan atau tidak adalah tugas polis tidak boleh dijadikan alasan. Ini kerana mahkamah telah beberapa kali membuktikan bahawa tahanan tersebut dilakukan secara berniat jahat terutama ke atas pemimpin-pemimpin politik pembangkang. Sebarang pindaan ke atas ISA untuk mempertahanan tindakan salah dan tidak menurut undang-undang polis dan Menteri Dalam Negeri adalah bercanggah sama sekali dengan semangat keadilan undang-undang. Tetapi ia lebih serasi dengan semangat kezaliman BN.  

DPP Pusat juga melihat pindaan ini sekali lagi telah merampas hak rakyat untuk menuntut keadilan yang sepatutnya diperolehi melalui undang-undang dan juga hak untuk membuat semakan undang-undang di atas sebarang tindakan yang dikenakan ke atas mereka. Kerajaan BN juga secara langsung telah turut merampas hak bidang kuasa badan kehakiman bagi menentukan kedudukan sesuatu undang-undang atau tindakan yang melibatkan undang-undang. Bahkan mahkamah sudah tidak ada apa-apa kuasa lagi untuk mempertahankan hak dan keadilan rakyat. Mahkamah bukan lagi benteng keadilan tetapi mahkamah turut berhadapan dengan bencana kezaliman Kerajaan BN. 

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat