Pemuda Pas Bukit Bendera
MEMORANDUM MEMBANTAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Home
MELAYU TERPINGGIR PULAU PINANG 1
Majlis Ramah Mesra &Dailog bersama Pemangku Presiden PAS
FORUM PERDANA SAR
Kuliah Agama
BN Undur BA Masuk
MENANGANI ISU TANGKAPAN POLIS
Umno kebas dewan orang ramai
MASJID DI PULAU PINANG
Memorandum SAR kepada Raja-Raja Melayu
Jangan Percaya Apa Kata BN Tentang SAR
Debat - SAR
Penerangan isu SAR anjuran Umno tidak dapat sambutan
Pemuda PAS kesal polis tangkap macam penjenayah
KOMPLEK TERMINAL BAS TANJUNG BUNGAH RM 4.38 JUTA
Pemuda PAS Pulau Pinang tubuh BARA
Memorandum Merayu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja Melayu
web info Pilihan Raya
KEHAKIMAN ( 2 )
KEHAKIMAN ( 3 )
YANG DI-PERTUAN AGONG
BAGAIMANAKAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG DILAKUKAN?
KEHAKIMAN ( 1 )
EKSEKUTIF
KEM KECEMERLANGAN JATIDIRI PELAJAR
Prosuder beli hartanah / rumah
Prosedur Perhimpunan
MASJID LENGANG SELEPAS KETUA UMNO AMBIL ALIH
Hari Kelepasan Am
PAS Pulau Pinang tambah 14 cawangan baru
Penduduk bantah Umno bina bangunan atas kubur
MEMORANDUM MEMBANTAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Perutusan Tahun Baru 2003
TOLAK TOL ( PORR )
JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI
PORR ( PROJEK ZALIM BN 1 )
PROJEK ZALIM BN ( PORR &BORR)
MASALAH MELAYU P.PINANG BUKAN SALAH KETUA MENTERI
MANTAPKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANINASI PAS
TEKANAN MENTAL DAN PEKERJAAN
PROGRAM BULAN RAMADHAN
KERAJAAN BN CUBA MATIKAN KEADILAN
KERAJAAN PUSAT ANTI ISLAM
TAKWIM 1423H/2002
JANGAN PERCAYA APA BN KATA
PENIAGA MELAYU TERPINGGIR
PAS gagal dekati remaja
Penduduk Air Itam TERSEKSA
Memorandum Bantahan Dan usul Parlimen
Tanah Wakaf Malaysia
PERGGAJIAN PEKERJA WANITA
SUARA RAKYAT
Pimpinan
RESOLUSI KONVENSYEN PENDIDIKAN RAKYAT
Masjid di P.Pinang

Kepada; 

YB Senator Tan Sri Dato Seri Musa Mohamad

Menteri Pendidikan Malaysia,

Kementerian Pendidikan Malaysia,

Paras 7, Blok J(U),

Pusat Bandar Damansara,

50490 KUALA LUMPUR       30 DISEMBER 2002 

YB Tan Sri, 

MEMORANDUM MEMBANTAH PENINDASAN KERAJAAN BN KE ATAS SEKOLAH AGAMA RAKYAT DAN MEMBANTAH PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM SUBJEK SAINS DAN MATEMATIK DI SEKOLAH 

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius dasar terbaru Kerajaan BN yang telah bertindak meminggirkan sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) dengan cara menghentikan bantuan geran perkapita kepada sekolah-sekolah tersebut. Sekatan ekonomi ke atas SAR bukan sahaja memberikan kesan buruk terhadap pendidikan agama Islam dan masa depan umat Islam, tetapi turut memberikan kesan langsung kepada kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan. DPP Pusat juga memandang serius dasar Kerajaan BN yang memaksa pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Dasar ini secara jelas telah mencabul kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan menggugat usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. 

Sekolah Agama Rakyat (SAR) 

DPP Pusat sangat bimbang terhadap masa depan ribuan anak-anak umat Islam yang sedang menuntut di SAR dan juga yang bakal menuntut di SAR. Para pelajar SAR hari ini berkemungkinan akan menghadapi masalah dalam meneruskan pengajiannya walaupun diserapkan ke sekolah kebangsaan kerana terpaksa menghadapi aliran pelajaran yang baru. Kepada bakal pelajar SAR, mereka kini tidak lagi berpeluang untuk memilih aliran agama sebagai latar belakang pendidikannya walaupun belajar di sebuah negara yang mengaku kononnya negara Islam dan mengamalkan pendemokrasian pendidikan. Dua keadaan ini bukan sahaja menimbulkan polemik kepada para pelajar tetapi juga ibu bapa. 

DPP Pusat sangat terpanggil untuk memantau perkembangan SAR ini kerana semenjak geran perkapita kepada SAR dihentikan, semua SAR menghadapi masalah pengurusan dan pembayaran gaji guru-guru. Tindakan biadap Kerajaan BN ini bukan sahaja memangsakan pengurusan sekolah, para pelajar dan ibu bapa, tetapi turut meragut hak dan masa depan guru-guru SAR yang selama ini telah berbakti kepada agama dan negara. Penarikan balik peruntukan yang berjumlah ratusan juta ringgit itu telah menyebabkan SAR tidak bertahan lagi dan menghadapi kemungkinan ditutup. Tambahan pula apabila terdapat pemimpin BN yang bersikap liar dengan menggunakan media untuk mengugut ibu bapa dengan pelbagai ancaman sekiranya ibu bapa terus menghantar anak-anak mereka ke SAR. 

DPP Pusat menyedari tindakan ganas Kerajaan BN ke atas SAR ini bertolak daripada perlaksanaan dasar luar Amerika yang mahukan semua sekolah agama dipantau dan ditutup selepas tragedi 11 September 2001. Amerika yang memfitnah sekolah agama dalam kegiatan keganasan ini telah mendesak semua negara umat Islam yang menjadi baruanya supaya bertindak ke atas SAR. Keadaan menjadi lebih tertekan bagi Amerika dan barua-baruanya apabila lulusan-lulusan institusi pendidikan agama dikenal pasti sebagai penggerak utama yang membantu kejayaan parti Islam di Turki dan Pakistan. Menyedari hakikat inilah, maka Amerika dan baruanya di Malaysia berusaha keras untuk menghapuskan pendidikan agama supaya aqidah umat Islam runtuh dan kezaliman mereka dapat dilangsungkan. 

Kerajaan BN semenjak kebelakangan ini telah melakukan pelbagai usaha untuk menjatuh imej SAR yang akhirnya akan memaksa SAR ditutup. Tindakan Kerajaan BN tidak mengiktiraf Sijil Tinggi Ugama (STU) yang dikeluarkan oleh SAR dan menghalang lulusannya ke Universiti Al-Azhar adalah antara langkah awal Kerajaan BN. Kerajaan BN kemudian bertalu-talu memfitnah bahawa pelajar STU tidak berkualiti, SAR menyelewengkan aqidah umat Islam, SAR menyuburkan faham anti kerajaan, pelajar SAR tidak ada masa depan, SAR gagal melahirkan ulama dan ilmuan Islam dan bermacam-macam lagi tuduhan lain yang berbau politik sempit.  

Apakah tuduhan-tuduhan ini benar? Adakah SAR telah menyeleweng dan menyesatkan aqidah umat Islam. SAR telah menjadi benteng aqidah umat Islam semenjak ratusan tahun yang lalu dan lulusannya diiktiraf oleh rakyat sebagai tokoh-tokoh agama termasuk beberapa pemimpin BN. Pemimpin BN seperti Abdul Hamid Othman, Hamid Zainal Abidin, Zainal Abidin Kadir, Wan Mohktar Ahmad, Yusof Noor, Abdullah Ahmad Badawi dan Zainuddin Maidin semuanya adalah lepasan SAR dan SAN. Apakah mereka ini sedang mengalami kesesatan. Walhal SAR hanya mengajarkan subjek seperti nahu, saraf, balaghah, fiqh, usul fiqh, ulum Quran, ulum Hadis, tasuf, usuluddin dan beberapa lagi. Apakah semua subjek ini membawa kepada kesesatan atau penyelewengan. Bagaimana dengan tokoh-tokoh agama seperti mufti dan pengerusi majlis fatwa kebangsaan, adakah mereka ini lepasan daripada pusat pendidikan Islam yang sesat. Pemimpin BN patut berfikir lebih dalam sebelum menaburkan fitnah. 

SAR juga dituduh gagal melahir pelajar berkualiti, membunuh masa depan pelajar dan gagal melahirkan ulama dan ilmuan Islam. Adakah tokoh-tokoh yang disebutkan di atas bukan dari kalangan pelajar yang berkualiti. Adakah mufti-mufti yang ada semuanya tidak berkualiti. Apakah penasihat agama Perdana menteri sangat tidak berkualiti. Adakah Ketua Pengarah JAKIM dan menteri yang menjaga hal ehwal agama juga tidak berkualiti. Adakah Ketua Pengarah YADIM amat tidak berkualiti. Mereka semua adalah antara lepasan SAR. Sekiranya pelajar SAR tidak berkualiti, mengapakan universiti-universiti Islam yang terkemuka di Timur Tengah termasuk Universiti Al-Azhar menerima mengiktiraf kelayakan mereka untuk belajar di sana. Mengapa pula lulusan SAR diiktiraf pula oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadi guru agama di sekolah kebangsaan dan juga menjadi pensyarah di universiti. 

Pelajar-pelajar SAR sebenarnya lebih berkualiti dan mempunyai masa depan yang lebih cerah. Pelajar-pelajar SAR bukan sahaja mengikuti aliran agama di SAR tetapi juga aliran kebangsaan. Tuduhan Menteri Pendidikan bahawa pelajar SAR terpinggir daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan (SPK) adalah tidak benar. Para pelajar SAR bukan sahaja mengambil perperiksaan Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU), Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Tinggi Ugama (STU), tetapi juga telah mengambil perperiksaan kerajaan yang dianjurkan oleh kementerian pendidikan seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Bahkan mereka juga turut mengambil perperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang dikendalikan oleh kerajaan. Bukankah mereka masih berada dalam SPK, bahkan mereka menguasai dua aliran dan belajar tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris. Apakah ini tidak berkualiti dan tiada masa depan. 

DPP Pusat juga tidak dapat menerima alasan yang mengatakan SAR sebagai institusi yang mempunyai pelbagai kelemahan termasuk prasarana, maka ia perlu ditutup. Apakah sekolah kebangsaan tidak ada kekurangan maka ia perlu dikekalkan? Ada laporan yang menyebutkan bahawa terdapat 300,000 kes salah laku yang dilakukan oleh pelajar sekolah kebangsaan. Perdana Menteri sendiri sering menyalahkan pengurusan sekolah kebangsaan sebagai punca ramai ibu bapa menghantar anak-anak ke SAR. Ini adalah satu kelemahan, tetapi kami tidak menuntut supaya sekolah kebangsaan ditutup. Sebaliknya, Kementerian Pendidikan memsti meningkatkan usaha untuk memperbaiki kelemahan ini. Kementerian Pendidikan juga tidak boleh terus membiarkan Perdana Menteri membuat tuduhan terhadap pengurusan sekolah kebangsaan kerana itu adalah kelemahan kementerian. Begitu juga dengan SAR, kelemahan yang berbangkit mesti sama-sama ditangani oleh pihak SAR dan kerajaan, bukannya menindas SAR dengan menarik geran perkapita.  

DPP Pusat ingin menarik perhatian Kementerian Pendidikan bahawa beberapa kesan negatif akan diterima oleh negara sekiranya berlaku penutupan SAR dan penyerapan pelajar ke sekolah kebangsaan. Sekolah kebangsaan tidak berupaya melahirkan pakar-pakar agama kerana sistem pendidikannya tidak menghala kepada aliran agama. Bahkan sekolah kebangsaan akan terjerat dengan sikap Perdana Menteri yang sering menyalahkan unsur-unsur Islam sebagai satu kelemahan di sekolah kebangsaan. Perdana Menteri amat tidak selesa dengan sebarang unsur Islam yang diserapkan kepada pelajar di sekolah kebangsaan. DPP Pusat percaya, 20 tahun akan dating tidak ada lagi ulama yang akan menasihati rakyat dan kerajaan tentang agama yang akan menyebabkan kerajaan bertambah sesat daripada aqidah Islam yang sebenar.  

DPP Pusat sangat kesal dengan sikap Kementerian Pendidikan yang terlalu mengikut rentak pemimpin politik BN terutama Perdana Menteri yang selalu bersikap negatif terhadap Islam. Sebagai seorang bekas ahli akademik, Menteri Pendidikan sepatutnya membuat kenyataan atau merangka dasar berdasarkan kajian-kajian dan bukti yang saintifik bukannya bertindak melulu untuk mengiyakan apa sahaja cakap politik pemimpin BN. Kementerian Pendidikan sepatutnya bertindak professional dalam mengurusan pendidikan rakyat kerana ia akan menentukan masa depan negara, bukannya bertindak berdasarkan kepentingan politik yang sempit. 

Isu Bahasa Inggeris 

DPP Pusat juga membantah keras dasar Kerajaan BN yang cuba memaksa para pelajar belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. DPP Pusat melihat pemaksaan penggunaan bahasa Inggeris ini akan memberikan kesan yang buruk kepada para pelajar terutama pelajar Melayu miskin yang berada di luar bandar. Analisa pencapaian pelajar Melayu dalam mata pelajaran sains dan matematik yang sebelum ini diajar dalam bahasa Melayu menunjukkan prestasi yang tidak terlalu tinggi akan menjadi merosot sekiranya bahasa Inggeris digunakan kerana sebahagian besar pelajar luar bandar amat lemah dalam bahasa Inggeris. Ini akan menyempitkan lagi peluang penduduk miskin luar Bandar untuk memperbaiki status mereka melalui pendidikan. 

DPP Pusat mendapati Kementerian Pendidikan cuba memperkenalkan dasar baru ini tanpa melalui sebarang kajian yang menyeluruh terhadap kemampuan prasarana, kesan dan persedian para pelajar. Sebaliknya, ia dijadikan dasar kerajaan dengan kerana satu ucapan spontan oleh Perdana Menteri ketika menjawab soalan wartawan. Adalah amat tidak munasabah sama sekali satu dasar yang melibatkan sebahagian besar rakyat negara ini iaitu golongan pelajar dan akan menentukan masa depan negara dibuat secara spontan tanpa melalui sebarang kajian.  

Alasan yang diberikan oleh Kerajaan BN bahawa tujuan pemaksaan bahasa Inggeris ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar adalah tidak logik. Jika kerajaan bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, mengapakah kerajaan tidak meningkatkan prasarana subjek bahasa Inggeris termasuk kemahiran guru-guru, pedagogi, alatan belajar dan sebagainya. Adakah Kerajaan BN telah membuat kajian sebelum ini bahawa kelemahan penguasaan bahasa Inggeris berpunca daripada subjek sains dan matematik yang diajar dalam bahasa Melayu atau daripada punca yang lain. Lalu mengapa Kerajaan BN memilih untuk memangsakan subjek sains dan matematik, tidak kembali kepada punca asalnya. 

Alasan Kerajaan BN yang mahukan rakyat menguasai bahasa Inggeris sebagai strategi untuk menuju negara maju yang menguasai sains dan tekonologi juga tidak berasas. DPP Pusat mendapati bahawa negara-negara maju yang mencapai kemajuan teknologi yang tinggi seperti Jerman, Perancis, Jepun, Taiwan dan Korea tidak menggunakan bahasa Inggeris untuk meningkatkan pencapaian rakyat mereka dalam bidang sains dan teknologi. Sebaliknya mereka menggunakan sepenuhnya bahasa kebangsaan mereka dan sebahagian daripada mereka tidak mengetahui langsung tentang bahasa Inggeris. Tetapi mereka mencapai kemajuan tekonologi yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa bahasa Inggeris bukan menjadi asas kepada pencapaian kemajuan sesebuah negara. 

DPP Pusat tidak menentang sebarang usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat menguasai bahasa kedua termasuk bahasa Inggeris. Tetapi DPP Pusat tidak boleh menerima cara kerajaan memaksa kepada rakyat sehingga membelakangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sebelum ini pelbagai usaha telah dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Tetapi dasar terbaru Kerajaan BN ini secara terbuka telah berpaling ke belakang dengan meminggirkan bahasa Melayu. Apabila orang-orang Melayu sendiri hilang keyakinan kepada bahasa mereka dan lebih yakin dengan bahasa penjajah, ini bermakna pemikiran dan jiwa mereka masih dijajah walaupun fizikal mereka merdeka. Adakah Kerajaan BN mahu orang Melayu menjadi seperti rakyat Amerika Latin dan Amerika Tengah yang sehingga hari ini menggunakan bahasa penjajah walaupun telah merdeka. 

 

 

 

Tuntutan Kami 

Berdasar hujah-hujah di atas, maka DPP Pusat menuntut daripada pihak Kerajaan BN terutama Kementerian Pendidikan Malaysia supaya: 

  1. Membatalkan semula dasar menarik balik geran perkapita kepada SAR;
  2. Menambahkan peruntukan kepada SAR untuk membolehkan pembangunan prasarana dapat ditingkatkan termasuk membina makmal komputer;
  3. Menghentikan semua tomahan sama ada oleh pemimpin BN atau media masa ke atas SAR;
  4. Mengiktiraf lulusan SAR sebagai sumber manusia yang berkualiti untuk pembangunan negara dan menyediakan latihan kemahiran kepada mereka;
  5. Mengiktiraf sumbangan SAR kepada sektor pendidikan negara;
  6. Membatalkan dasar penggunaan bahasa Inggeris untuk subjek sains dan matematik di semua sekolah;
  7. Meningkatkan prasarana pendidikan bahasa Inggeris di semua sekolah;
  8. Meningkatkan peranan bahasa Melayu dalam sektor industri dan teknologi;
  9. Mengiktiraf semua bahasa ibunda sebagai hak asasi semua kaum; dan
  10. Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
 

Penutup 

DPP Pusat sekali lagi mempertegaskan penentangan kami terhadap sikap biadap Keajaan BN terhadap SAR yang selama ini telah memberikan sumbangan besar kepada pendidikan negara. DPP Pusat juga menentang usaha memartabatkan bahasa Inggeris dengan meminggirkan bahasa Melayu dalam subjek sains dan matematik. DPP Pusat sekali-kali tidak menentang sebarang usaha meningkatkan pengetahuan rakyat tentang bahasa asing termasuk bahasa Inggeris, tetapi membantah sebarang peminggiran bahasa kebangsaan.  

SAR yang menjadi pusat pendidikan Islam di negara ini dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini merupakan dua jati diri umat Islam yang mesti dipertahankan. Sebarang unsaha untuk mencabul kedua-duanya adalah pencabulan ke atas jati diri umat Melayu Islam yang secara langsung turut mencabul Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak istimewa orang Melayu, kuasa Raja-raja Melayu dan hak asasi rakyat negara ini. 

Kerana itu DPP Pusat berharap pandangan-pandangan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Kerajaan BN. 

Sekian, terima kasih.  

 

Yang menjalankan amanah, 

 

 

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Enter content here

Enter supporting content here