Pemuda Pas Bukit Bendera
Prosedur Perhimpunan
Home
MELAYU TERPINGGIR PULAU PINANG 1
Majlis Ramah Mesra &Dailog bersama Pemangku Presiden PAS
FORUM PERDANA SAR
Kuliah Agama
BN Undur BA Masuk
MENANGANI ISU TANGKAPAN POLIS
Umno kebas dewan orang ramai
MASJID DI PULAU PINANG
Memorandum SAR kepada Raja-Raja Melayu
Jangan Percaya Apa Kata BN Tentang SAR
Debat - SAR
Penerangan isu SAR anjuran Umno tidak dapat sambutan
Pemuda PAS kesal polis tangkap macam penjenayah
KOMPLEK TERMINAL BAS TANJUNG BUNGAH RM 4.38 JUTA
Pemuda PAS Pulau Pinang tubuh BARA
Memorandum Merayu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja Melayu
web info Pilihan Raya
KEHAKIMAN ( 2 )
KEHAKIMAN ( 3 )
YANG DI-PERTUAN AGONG
BAGAIMANAKAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG DILAKUKAN?
KEHAKIMAN ( 1 )
EKSEKUTIF
KEM KECEMERLANGAN JATIDIRI PELAJAR
Prosuder beli hartanah / rumah
Prosedur Perhimpunan
MASJID LENGANG SELEPAS KETUA UMNO AMBIL ALIH
Hari Kelepasan Am
PAS Pulau Pinang tambah 14 cawangan baru
Penduduk bantah Umno bina bangunan atas kubur
MEMORANDUM MEMBANTAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Perutusan Tahun Baru 2003
TOLAK TOL ( PORR )
JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI
PORR ( PROJEK ZALIM BN 1 )
PROJEK ZALIM BN ( PORR &BORR)
MASALAH MELAYU P.PINANG BUKAN SALAH KETUA MENTERI
MANTAPKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANINASI PAS
TEKANAN MENTAL DAN PEKERJAAN
PROGRAM BULAN RAMADHAN
KERAJAAN BN CUBA MATIKAN KEADILAN
KERAJAAN PUSAT ANTI ISLAM
TAKWIM 1423H/2002
JANGAN PERCAYA APA BN KATA
PENIAGA MELAYU TERPINGGIR
PAS gagal dekati remaja
Penduduk Air Itam TERSEKSA
Memorandum Bantahan Dan usul Parlimen
Tanah Wakaf Malaysia
PERGGAJIAN PEKERJA WANITA
SUARA RAKYAT
Pimpinan
RESOLUSI KONVENSYEN PENDIDIKAN RAKYAT
Masjid di P.Pinang

DEWAN PEMUDA PAS  NEGERI PULAU PINANG

carta ringkas TATACARA PENGENDALIAN CERAMAH DI TEMPAT AWAM ATAU TEMPAT PERSENDIRIAN

Sebelum menjalankan apa-apa aktiviti ceramah dan sebagainya, kita hendaklah mematuhi       s. 27(2) Akta Polis 1967 iaitu :

1.       memohon permit untuk tujuan tersebut dari Ketua Polis Daerah dan ;

2.       permohonan tersebut hendaklah dibuat oleh sesebuah organisasi.

Kelulusan hanya boleh dipohon dan dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah sahaja. Kelulusan permit akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria-kriteria di bawah :

1.       tidak akan menjejaskan kepentingan keselamatan dalam negeri Malaysia / mana-mana bahagian Malaysia atau

2.       tidak akan mengancam keamanan.

Sekiranya kelulusan permit dikeluarkan, maka sesuatu ceramah / aktiviti bolehlah dijalankan. Kelulusan hanya boleh dipohon dan dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah sahaja.

Penolakan permohonan kelulusan permit dikeluarkan atas alasan mengancam dua faktor yang tersebut di atas. Ianya perlu dikeluarkan oleh KPD dalam tidak kurang dari masa 48 jam sebelum perhimpunan diadakan beserta alasan-alasan penolakannya. Seksyen  27(7) Akta Polis 1967 rayuan boleh dibuat kepada Ketua Polis Negeri dalam masa 48 jam dari tarikh/masa penolakan dimaklumkan kepada pemohon.

 

 

 

 

ATAU

KPD membisu samada kelulusan terhadap permit tersebut akan diperolehi atau tidak, maka, satu surat ingatan hendaklah dihantarserah kepada KPD untuk meminta dikeluarkan keputusan yang segera. Sekiranya KPD masih membisu setelah surat dihantarserah, terdapat 2 cara untuk menanganinya :

1.       membuat rayuan bertulis kepada Ketua Polis Negeri atau

2.       mengadakan perhimpunan di tempat persendirian.

 

INGATAN : Walaupun penolakan yang dilakukan oleh pihak polis adalah pada saat akhir, namun penerusan terhadap perhimpunan tersebut akan dianggap sebagai tidak sah dan salah di sisi undang-undang. Permit adalah merupakan perkara asas yang MESTI diperolehi sebelum menjalankan aktiviti ceramah di tempat awam secara sah di sisi undang-undang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERINGATAN :

 

1.       Sebarang surat-menyurat yang dihantarserah kepada mana-mana pihak hendaklah mempunyai beberapa perkara yang penting antaranya :

(a)      mempunyai nombor rujukan surat.

(b)      mempunyai ayat (ayat terakhir dalam surat rasmi tersebut) yang menyebut tentang kewajipan pihak yang menerimanya untuk menandatangani di salinan pendua surat tersebut. Contohnya ; Sila tuan / puan akui penerimaannya dengan menandatangani di salinan pendua surat ini.

(c)      tandatangan penerima

(d)     tarikh/masa penerimaan

(e)      jawatan penerima

(f)       cop rasmi jabatan / apa-apa yang berkenaan.

 

2.       Sebarang lampiran yang menunjukkan bukti tentang sesuatu perkara hendaklah disertakan dan dilampirkan bersama-sama surat tersebut dengan terang, jelas dan tepat. Sekiranya terdapat beberapa lampiran yang hendak disertakan, maka adalah disarankan agar ianya diasingkan antara satu sama lain dengan menetapkan Lampiran A, Lampiran B dan seterusnya. Dalam hal berkenaan dengan permohonan untuk kelulusan permit untuk diadakan perhimpunan awam, maka antara contoh lampiran yang boleh dilampirkan adalah borang-borang yang dihantarserah kepada pihak yang berkenaan sebelum ini.

 

3.       Surat yang dikeluarkan tersebut hendaklah mempunyai lambang rasmi sesuatu pertubuhan dan ditandatangani oleh mereka yang layak (menurut peruntukan Memorandum & Articles of Association) seperi setiausaha dan sebagainya.

 

Disediakan oleh :

Lajnah Unit Guaman & Undang-Undang

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

http://pemudapas_b.bendera.tripod.com

pemudapas_bukitbendera@yahoo.com

 

Enter content here

Enter supporting content here