Pemuda Pas Bukit Bendera
Pemuda PAS Pulau Pinang tubuh BARA
Home
MELAYU TERPINGGIR PULAU PINANG 1
Majlis Ramah Mesra &Dailog bersama Pemangku Presiden PAS
FORUM PERDANA SAR
Kuliah Agama
BN Undur BA Masuk
MENANGANI ISU TANGKAPAN POLIS
Umno kebas dewan orang ramai
MASJID DI PULAU PINANG
Memorandum SAR kepada Raja-Raja Melayu
Jangan Percaya Apa Kata BN Tentang SAR
Debat - SAR
Penerangan isu SAR anjuran Umno tidak dapat sambutan
Pemuda PAS kesal polis tangkap macam penjenayah
KOMPLEK TERMINAL BAS TANJUNG BUNGAH RM 4.38 JUTA
Pemuda PAS Pulau Pinang tubuh BARA
Memorandum Merayu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja Melayu
web info Pilihan Raya
KEHAKIMAN ( 2 )
KEHAKIMAN ( 3 )
YANG DI-PERTUAN AGONG
BAGAIMANAKAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG DILAKUKAN?
KEHAKIMAN ( 1 )
EKSEKUTIF
KEM KECEMERLANGAN JATIDIRI PELAJAR
Prosuder beli hartanah / rumah
Prosedur Perhimpunan
MASJID LENGANG SELEPAS KETUA UMNO AMBIL ALIH
Hari Kelepasan Am
PAS Pulau Pinang tambah 14 cawangan baru
Penduduk bantah Umno bina bangunan atas kubur
MEMORANDUM MEMBANTAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Perutusan Tahun Baru 2003
TOLAK TOL ( PORR )
JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI
PORR ( PROJEK ZALIM BN 1 )
PROJEK ZALIM BN ( PORR &BORR)
MASALAH MELAYU P.PINANG BUKAN SALAH KETUA MENTERI
MANTAPKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANINASI PAS
TEKANAN MENTAL DAN PEKERJAAN
PROGRAM BULAN RAMADHAN
KERAJAAN BN CUBA MATIKAN KEADILAN
KERAJAAN PUSAT ANTI ISLAM
TAKWIM 1423H/2002
JANGAN PERCAYA APA BN KATA
PENIAGA MELAYU TERPINGGIR
PAS gagal dekati remaja
Penduduk Air Itam TERSEKSA
Memorandum Bantahan Dan usul Parlimen
Tanah Wakaf Malaysia
PERGGAJIAN PEKERJA WANITA
SUARA RAKYAT
Pimpinan
RESOLUSI KONVENSYEN PENDIDIKAN RAKYAT
Masjid di P.Pinang

Pemuda PAS Pulau Pinang tubuh BARA

 

TASEK GELUGOR:Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang menubuhkan Badan Bertindak Selamatkan Sekolah Agama Rakyat (Bara) bagi membantu 14 buah SAR yang bermasalah di negeri ini. Antara SAR ialah Sekolah Agama Tarbiah Islamiah,Kampung Rawa P.Pinang,Madrasah Ahmadiah Al-Ijtimaiah Padang Lalang Bukit Mertajam,Madrasah Al-Aminiah Permatang Pauh,Sekolah Menengah Agama Maarifil Wataniah (2) Guar Perahu,Madrasah Manabil Ulum Penanti,Madrasah Khariah Islamiah Pokok Sena,Madrasah Faqiyah Daimiah Permatang Pauh,Maahad Al-Imam An Nawawi Lahar Minyak,Sekolah Menengah Agama (Arab) Al-Masyirah Bukit Mertajam,Maktab Wan Jah Butterworth,Maahad Al-Mashoor Al-Islami Teluk Kumbar,Sekolah Menengah Agama Maarifil Wataniah (1) Kepala Batas,Madrasah Irshad Al-Ashraf Al-Wataniah Sungai Bakap.

Pemangku Dewan Pemuda PAS Negeri, Abdul Jalil Saleh berkata, matlamat penubuhan itu ialah untuk bersama-sama SAR bagi megendali masalah yang mereka hadapi. "Pemuda Negeri berjaya menubuhkan Bara bagi mengkaji dan meneliti masalah SAR di negeri ini, " katanya ketika dihubungi.

Bara terang beliau, dipengerusikan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustas Hafiz Nordin. Pemuda Negeri akan bertindak sebagai pemantau terhadap kempen tersebut yang dirasmikan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Haji Mahfuz Haji Omar (24.01.2003) di Cawangan PAS Kampung Guar Kepayang baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Bara, Hafiz Nordin memberitahu, selepas pelancaran program selanjutnya ialah sembahyang hajat dan Taklimat Perdana oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Idris Ahmad di Sungai Acheh, Nibung Tebal pada 31 Januari ini.

Program berkenaan diatur tambahnya, bertujuan memberi penjelasan terperinci kepada rakyat bahawa SAR dipandang hina oleh Umno dan Barisan Nasional (BN). "Sudah sampai masanya rakyat perlu membuat pilihan tepat sebab jika lambat rakyat yang akan menerima musibah hasil pemerintahan yang berfikiran lapuk, " ujarnya.

Guru-Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) diminta tidak terburu-buru menerima pelawaan Kementerian Pendidikan untuk menerapkan mereka sebagai guru sementara di sekolah kebangsaan,kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Haji Mahfuz Haji Omar.

Menurutnya lagi, Pemuda PAS bimbang ianya mainan politik untuk menarik psikologi guru berkenaan supaya memikirkan masa depan mereka sekiranya masih mengajar di SAR. "Guru-guru SAR kena berhati-hati dengan pelawaan kementerian berkenaan kerana ia mungkin boleh membunuh kerjaya mereka. Apa tidaknya, mereka hanya diserap sebagai guru sementara selama tiga bulan sahaja dan selepas itu terpulanglah kepada kementerian untuk mengambil atau sebaliknya, " ujar beliau dalam kenyataan pada media selepas merasmikan Pelancaran Kempen Selamatkan SAR anjuran Badan Bertindak SAR Pulau Pinang (Bara), semalam.

Tindakan mereka katanya, tidak mustahil boleh menutup terus SAR yang sudah dilumpuhkan kerana penarikan semula bantuan perkapita daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN). Ujar Mahfuz, PAS bimbang kerana Kementerian Pendidikan boleh membuang mereka bila-bila masa sahaja berikutan pengambilan tidak dibuat mengikut peraturan biasa iaitu menerusi latihan di Maktab Perguruan.

"Kita bimbang apa yang dicari tidak dapat, yang dikendung pula berciciran atau peribahasa lain dengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan, " tegas beliau. Menyentuh mengenai pertemuan dengan Raja-Raja Melayu untuk menyerahkan memoradum hari ini, Haji Mahfuz memberitahu, ianya akan dibuat secepat mungkin bergantung pada mesyuarat raja-raja yang akan diadakan sebelum Mac ini.

"Setakat ini saya telah mengadap Sultan Terenganu dan akan disusuli pula Sultan Kedah. Akhir sekali, kami akan mengadap semua raja-raja sebelum Mac ini, " ujar beliau.

 

Enter content here

Enter supporting content here