Pemuda Pas Bukit Bendera
Debat - SAR
Home
MELAYU TERPINGGIR PULAU PINANG 1
Majlis Ramah Mesra &Dailog bersama Pemangku Presiden PAS
FORUM PERDANA SAR
Kuliah Agama
BN Undur BA Masuk
MENANGANI ISU TANGKAPAN POLIS
Umno kebas dewan orang ramai
MASJID DI PULAU PINANG
Memorandum SAR kepada Raja-Raja Melayu
Jangan Percaya Apa Kata BN Tentang SAR
Debat - SAR
Penerangan isu SAR anjuran Umno tidak dapat sambutan
Pemuda PAS kesal polis tangkap macam penjenayah
KOMPLEK TERMINAL BAS TANJUNG BUNGAH RM 4.38 JUTA
Pemuda PAS Pulau Pinang tubuh BARA
Memorandum Merayu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja Melayu
web info Pilihan Raya
KEHAKIMAN ( 2 )
KEHAKIMAN ( 3 )
YANG DI-PERTUAN AGONG
BAGAIMANAKAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG DILAKUKAN?
KEHAKIMAN ( 1 )
EKSEKUTIF
KEM KECEMERLANGAN JATIDIRI PELAJAR
Prosuder beli hartanah / rumah
Prosedur Perhimpunan
MASJID LENGANG SELEPAS KETUA UMNO AMBIL ALIH
Hari Kelepasan Am
PAS Pulau Pinang tambah 14 cawangan baru
Penduduk bantah Umno bina bangunan atas kubur
MEMORANDUM MEMBANTAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Perutusan Tahun Baru 2003
TOLAK TOL ( PORR )
JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI
PORR ( PROJEK ZALIM BN 1 )
PROJEK ZALIM BN ( PORR &BORR)
MASALAH MELAYU P.PINANG BUKAN SALAH KETUA MENTERI
MANTAPKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANINASI PAS
TEKANAN MENTAL DAN PEKERJAAN
PROGRAM BULAN RAMADHAN
KERAJAAN BN CUBA MATIKAN KEADILAN
KERAJAAN PUSAT ANTI ISLAM
TAKWIM 1423H/2002
JANGAN PERCAYA APA BN KATA
PENIAGA MELAYU TERPINGGIR
PAS gagal dekati remaja
Penduduk Air Itam TERSEKSA
Memorandum Bantahan Dan usul Parlimen
Tanah Wakaf Malaysia
PERGGAJIAN PEKERJA WANITA
SUARA RAKYAT
Pimpinan
RESOLUSI KONVENSYEN PENDIDIKAN RAKYAT
Masjid di P.Pinang

Debat SAR- Umno hanya tahu bercakap
 
Printer Friendly Page

Monday, February 17 @ 16:40:47 MYT


KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) - Debat umum Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang bertemakan Cabaran, Masa Depan dan Harapan antara PAS dan Umno malam tadi menyaksikan betapa Umno cuba memperlekehkan isu masa depan umat Islam di negara ini tetapi gagal.

Debat tersebut berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah DBP, Dato Haji Abdul Aziz Deraman.

Media asing turut membuat liputan

Seorang menteri yang pada mulanya begitu bersungguh-sungguh berdebat sehingga sanggup mencabar bersumpah dengan menggunakan ayat Al-Quran, Nazri hadir dengan penampilan baju Melayu dan berkain pelikat serta memakai kopiah putih. Turut menemani beliau Setiausahanya, Shamsul Anuar Nasarah berpakaian sama seperti Nazri.

Sebaliknya Salahuddin yang ditemani Setiausahanya, Misbahul Munir berpakaian kemas dengan mengenakan baju Melayu serta bersongket dan bersongkok hitam.

Imej berpakaian antara kedua-dua pemimpin pemuda itu dilihat seolah-olah Salahuddin mewakili Umno dan Nazri mewakili PAS.

Orang ramai di luar kawasan Dewan Bahasa dan Pustaka

Lebih kurang 800 hadirin hadir yang terdiri daripada penyokong kedua-dua parti. Turut hadir tokoh akademik antaranya Prof Syed Hussin Al Attas dan Penasihat DBP Dr Awang Sarian.

Memang sepatutnya sudah dijangka Nazri tidak akan bersedia kerana sejak awal lagi, beliau telah memulangkan 300 kad jemputan yang diperuntukkan oleh DBP untuk penyokong parti.

Sedangkan di pihak PAS, kad jemputan yang peruntukkan tidak mencukupi sehingga menyebabkan para penyokong yang tidak berpeluang mengikuti secara langsung siaran debat di DBP, terpaksa bergegas ke Markaz Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar yang menyiarkan siaran debat terus menerus di layar skrin menerusi internet.

Persoalan timbul, mungkin kerana Umno tidak mengiktiraf Nazri mewakili parti? Dan dengan berpakaian sepertimana beliau berjumpa dengan orang kampung, beliau berfikir orang PAS akan terpengaruh dengannya?

sebab itu, tidak hairan jawapan-jawapan yang diberikan Nazri adalah sekadar rentetan bahawa SAR tidak akan ditutup sepenuhnya. Beliau juga memberi jaminan sekiranya dalam masa setahun ini, SAR masih beroperasi ia bererti SAR tidak akan ditutup.

Hujah yang dangkal menghampakan penonton yang ingin melihat seorang menteri mengeluarkan hujah bernas dan logik.

Berkali-kali Nazri, mempertahankan dirinya sebagai salah seorang jemaah menteri yang bertanggungjawab terhadap SAR yang ditegaskan beliau tidak akan ditutup.

Bagaimanapun hujah beliau itu dipatah Salahuddin dengan mengatakan beliau hanya seorang menteri kabinet sedang Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir Mohamad berkuasa di atas segala keputusan.

Mungkin ini yang membuat seorang ahli media dari media Umno sendiri menganggap jawapan beliau itu memakan dirinya sendiri.

Nazri pula menjelaskan jamaah menteri bertanggung jawab di atas segala keputusan yang dibuat berkaitan apa saja termasuk SAR dan beliau tidak terkejut ada tuduhan yang dibuat bahawa kerajaan telah memutuskan penutupan SAR.

Katanya, "saya adalah jamaah menteri dan keputusan itu datang dari jamaah menteri".

"Saya tidak boleh izinkan perkara itu. SAR tidak boleh ditutup kerana keputusan itu adalah keputusan saya, saya tahulah apa yang saya buat,"katanya.

Katanya, beliau berani untuk bersumpah dengan al-Quran menyatakan bahawa tidak ada keputusan dari kerajaan untuk menutup SAR.

Beliau juga menyatakan,"saya orang Melayu beragama Islam mana boleh nak tutup SAR. Tidak seperti Terengganu tutup tadika Kemas, saya pula tutup Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) itu tidak ada masalah tapi jangan tutup sesuatu yang berbentuk agama, saya cukup takut".

Nazri beralasan bahawa SAR merupakan satu institut yang memberi pendidikan agama kepada orang Melayu, dibawah kuasa jabatan Agama Islam negeri-negeri dan Sultan.

Di sini kedengaran ahli media perdana menyoal apakah Nazri rela memakan diri?

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menegaskan, terdapat tiga tindakan kerajaan Barisan Nasional menghapuskan Sekolah Agama Rakyat (SAR) iaitu pemberhentian bayaran perkapita, menarik guru-guru SAR ke Sekolah Kebangsaan dan menggugut ibu bapa dan pelajar meninggalkan SAR.

Ini katanya, satu taktik terbaik untuk membunuh SAR dan langkah ini juga katanya SAR dengan perlahan-lahan akan berkubur dalam tanah air sendiri.

Dalam pada itu, Salahuddin juga memberitahu walaupun hanya 74,000 pelajar yang belajar di SAR berbanding setengah juta pelajar di sekolah kebangsaan tetapi golongan minoriti yang ingin belajar agama Islam sebenar dihina dan dinista oleh kerajaan BN.

Malah hujahnya lagi, keputusan yang dilaksanakan Dr Mahathir merupakan keputusan 'politik panas bara'.

"Keputusan ini tidak ada kajian terperinci dan tidak boleh dipertanggungawabkan mengenai pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap SAR," katanya.

Bagi hadirin, debat seperti tidak ada climaxnya apabila debat selama dua jam itu berakhir dengan kedua-dua pihak menandatangani pengisytiharan bersama yang disediakan penganjur.

Walaupun tidak ada pengisytiharan pemenang, yang jelas PAS bersedia mempertahan apa yang diperjuangkan, dan Umno hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu mempertahan.


Printer Friendly Page

Enter supporting content here