Pemuda Pas Bukit Bendera
Jangan Percaya Apa Kata BN Tentang SAR
Home
MELAYU TERPINGGIR PULAU PINANG 1
Majlis Ramah Mesra &Dailog bersama Pemangku Presiden PAS
FORUM PERDANA SAR
Kuliah Agama
BN Undur BA Masuk
MENANGANI ISU TANGKAPAN POLIS
Umno kebas dewan orang ramai
MASJID DI PULAU PINANG
Memorandum SAR kepada Raja-Raja Melayu
Jangan Percaya Apa Kata BN Tentang SAR
Debat - SAR
Penerangan isu SAR anjuran Umno tidak dapat sambutan
Pemuda PAS kesal polis tangkap macam penjenayah
KOMPLEK TERMINAL BAS TANJUNG BUNGAH RM 4.38 JUTA
Pemuda PAS Pulau Pinang tubuh BARA
Memorandum Merayu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja Melayu
web info Pilihan Raya
KEHAKIMAN ( 2 )
KEHAKIMAN ( 3 )
YANG DI-PERTUAN AGONG
BAGAIMANAKAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG DILAKUKAN?
KEHAKIMAN ( 1 )
EKSEKUTIF
KEM KECEMERLANGAN JATIDIRI PELAJAR
Prosuder beli hartanah / rumah
Prosedur Perhimpunan
MASJID LENGANG SELEPAS KETUA UMNO AMBIL ALIH
Hari Kelepasan Am
PAS Pulau Pinang tambah 14 cawangan baru
Penduduk bantah Umno bina bangunan atas kubur
MEMORANDUM MEMBANTAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Perutusan Tahun Baru 2003
TOLAK TOL ( PORR )
JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI
PORR ( PROJEK ZALIM BN 1 )
PROJEK ZALIM BN ( PORR &BORR)
MASALAH MELAYU P.PINANG BUKAN SALAH KETUA MENTERI
MANTAPKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANINASI PAS
TEKANAN MENTAL DAN PEKERJAAN
PROGRAM BULAN RAMADHAN
KERAJAAN BN CUBA MATIKAN KEADILAN
KERAJAAN PUSAT ANTI ISLAM
TAKWIM 1423H/2002
JANGAN PERCAYA APA BN KATA
PENIAGA MELAYU TERPINGGIR
PAS gagal dekati remaja
Penduduk Air Itam TERSEKSA
Memorandum Bantahan Dan usul Parlimen
Tanah Wakaf Malaysia
PERGGAJIAN PEKERJA WANITA
SUARA RAKYAT
Pimpinan
RESOLUSI KONVENSYEN PENDIDIKAN RAKYAT
Masjid di P.Pinang

BN Kata Tentang SAR

JANGAN PERCAYA APA UMNO/BN KATA

DENGARLAH DARI MULUT SAR SENDIRI.. 

UMNO/BN TELAH MELAKUKAN PERBAGAI FITNAH DAN PUTARBELIT MELALUI MEDIA UNTUK MEMBURUKKAN SAR.

Berikut isu yang dibangkitkan SAR oleh mereka.

1.UMNO/BN kata SAR:SAR SEBENARNYA: TIDAK MENGAJAR AGAMA ISLAM YANG SEBENAR.

SEBENARNYA:SAR telah lahirkan ramai alim ulama terkenal termasuk mufti ,Iman masjid dan surau,guru Al-quran,guru sekolah agama,kadi dan berbagai jawatan lain.Kalau fakta UMNO/BN benar para Mufti yang di lantik oleh sultan itu membawa ajaran sesat dan menyeleweng ajaran Islam kerana belajar di SAR.(FIKIR) 

2. UMNO/BN kata SAR:SAR MENYEMAI SIKAP MEMBENCI KERAJAAN.

SEBENARNYA:Islam tidak mengizinkan kezaliman termasuk kecenderungan kepada kezaliman.Guru dan pelajar SAR tidak menyokong kezaliman dan Islam mengajar umatnya cintakan keadilan dan anti kezaliman.Guru dan pelajar SAR mempunyai sikap displin tertinggi kepada negara. 

3.UMNO/BN KATA SAR:WANG SAR DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN POLITIK PEMBANGKANG.

SEBENARNYA:Kewangan yang cukup mampu SAR memberi kemudahan asas sekolah sempurna tapi ia telah lama dianak tiri oleh kerajaan UMNO/BN dari sejak merdeka lagi.Tuduhan happrak UMNO/BN mana bisa SAR membantu menyalurkan kewangan kepada PAS sedangkan SAR sendiri tidak mampu untuk berdiri tanpa sokongan rakyat dan kerajaan. 

4. UMNO/BN KATA SAR:SAR TIDAK DAPAT MELAHIRKAN ILMUAN DAN BIJAK PANDAI MASYARAKAT.

SEBENARNYA:Para mufti,kadi,imam masjid,peguam syariah,saintis,tokoh politik,tokoh polis,tokoh tentera,

tokoh korporat,profesional,ahli akademik pengajian Islam sampai kepada pengurusan jenazah adalah lahir dari ilmuan SAR.Mampukah SK mengurus masalah ummah berkait dengan agama Islam. 

5. UMNO/BN KATA SAR:PELAJAR SAR TIDAK ADA MASA DEPAN.

SEBENARNYA:Tuduhan pelajar SAR tidak ada peluang kerjaya adalah bohong,tipu kepada rakyat sebenarnya pelajar SAR mempunyai sijil peperiksaan awam iaitu UPSR,PMR,SPM,STPM dan sijil-sijil agama SMRA,STA,sijil IDADI,sijil EMPAT SENAWI dan STAM .Kemahiran bercakap tiga bahasa iaitu bahasa Melayu,bahasa Arab dan Inggeris.Peluang kerjaya lebih luas samada pelajar SAR berkerja dengan kerajaan,swasta atau berkerja sendiri. 

6. UMNO/BN KATA SAR:GURU-GURU SAR TIDAK TERLATIH.

SEBENARNYA:Guru SAR mempunyai sikap dedikasi terhadap profesion mereka kerana pegangan agama dan bersemangat tinggi untuk memajukan bangsa dan agama.SAR memberi penekanan usaha membenteras masalah keruntuhan moral,menekankan pembentukan sifat-sifat mulia,imam dan hukum Allah kepada pelajar.Guru SAR menjadi contoh teladan yang baik kepada pelajar serta mempunyai kepakaran mengajar berbagai ilmu pengetahuan akademik. 

7. UMNO/BN KATA SAR:SAR SARANG BIAK PENGGANAS.

SEBENARNYA:Para penjenayah yang dikenal pasti bukan lahir daripada pendidikan SAR.Para pengganas , para penagih dadah,para perompak colar putih dan para juvana bukan lahir dari sarang biak pengganas.Pertanyaan BARA kepada pihak polis berapa banyak pelajar SAR menjadi pengganas terkenal.Ini menunjukkan bahawa SAR bukanlah sarang pengganas. 

8. UMNO/BN KATA SAR:SAR MELAHIRKAN BANYAK MASALAH SOSIAL.

SEBENARNYA:SAR melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan mengurus diri dalam masyarakat mampu memimpin majlis bacaan yasin,tahlil,pengurusan jenazah,imam solat waktu,jumaat dan sebagainya.Pelajar SAR apabila tamat pengajian sekolah mampu berinteraksi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam. 

9. UMNO/BN KATA SAR:PELAJAR SAR TIDAK ADA PEMIKIRAN ANTARABANGSA.

SEBENARNYA:SAR telah lahirkan ramai tokoh-tokoh pemikir Islam antarabangsa.Tokoh-tokoh SAR telah dikenali di Malaysia dan dunia antarabangsa. 

10. UMNO/BN KATA SAR:SAR TIDAK RELEVEN LAGI MASA SEKARANG.

SEBENARNYA:SAR ditubuhkan sebelum zaman British dan melahirkan ramai tokoh ulama ulama.Pendidikan agama yang SAR wujud berjaya mempertahankan aqidah umat Islam amnya.SAR berkonsep agama dan akademik melahirkan masyarakat madani yang kita inginkan.SAR perlu diperbanyakkan lagi.Sistem pendidikan SAR mementingkan keseimbangan antara pendidikan akademik dan agama. 

11. UMNO/BN KATA SAR:SAR TIDAK LAYAK TERIMA BANTUAN GERAN PERKAPITA.

SEBENARNYA:Sepatutnya bantuan geran perkapita dan bantuan bentuk lain wajib disalurkan kepada SAR demi tingkatkan mutu pendidikan Islam.Cara sekatan ekonomi hentikan bantuan geran perkapita UMNO/BN kepada SAR memberikan kesan yang buruk keatas pendidikan agama Islam.SAR layak terima bantuan geran perkapita seperti mana bantuan disalurkan kepada SRJK CINA dan TAMIL. 

12.UMNO/BN KATA SAR:SAR TIDAK MENYUMBANG KEPADA PEMISAHAN ANTARA KAUM.

SEBENARNYA:Sebenarnya jurang permisahan antara kaum tidak wujud SAR,SRJK CINA dan TAMIL dapat bersatu dalam tingkatkan sistem pendidikan dalam usaha masyarakat madani. 

13.SAR KATA:Bilangan SAR di negara ini Sekolah Agama Negeri ( 116 buah),

Sekolah Menengah Agama Rakyat (307 buah),Sekolah Rendah Agama ( 388 buah).

SAR di Pulau Pinang ada 15 sekolah.Mukaddimah Akta Pendidikan 1996 menjelaskan bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibubapa masing-masing.Kalau SRJK Cina danTamil mempunyai hak untuk hidup,SAR juga mempunyai hak yang sama untuk wujud.

Pemuda PAS Bukit BENDERA.