Pemuda Pas Bukit Bendera
MELAYU TERPINGGIR PULAU PINANG 1
Home
MELAYU TERPINGGIR PULAU PINANG 1
Majlis Ramah Mesra &Dailog bersama Pemangku Presiden PAS
FORUM PERDANA SAR
Kuliah Agama
BN Undur BA Masuk
MENANGANI ISU TANGKAPAN POLIS
Umno kebas dewan orang ramai
MASJID DI PULAU PINANG
Memorandum SAR kepada Raja-Raja Melayu
Jangan Percaya Apa Kata BN Tentang SAR
Debat - SAR
Penerangan isu SAR anjuran Umno tidak dapat sambutan
Pemuda PAS kesal polis tangkap macam penjenayah
KOMPLEK TERMINAL BAS TANJUNG BUNGAH RM 4.38 JUTA
Pemuda PAS Pulau Pinang tubuh BARA
Memorandum Merayu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja Melayu
web info Pilihan Raya
KEHAKIMAN ( 2 )
KEHAKIMAN ( 3 )
YANG DI-PERTUAN AGONG
BAGAIMANAKAH PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG DILAKUKAN?
KEHAKIMAN ( 1 )
EKSEKUTIF
KEM KECEMERLANGAN JATIDIRI PELAJAR
Prosuder beli hartanah / rumah
Prosedur Perhimpunan
MASJID LENGANG SELEPAS KETUA UMNO AMBIL ALIH
Hari Kelepasan Am
PAS Pulau Pinang tambah 14 cawangan baru
Penduduk bantah Umno bina bangunan atas kubur
MEMORANDUM MEMBANTAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Perutusan Tahun Baru 2003
TOLAK TOL ( PORR )
JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI
PORR ( PROJEK ZALIM BN 1 )
PROJEK ZALIM BN ( PORR &BORR)
MASALAH MELAYU P.PINANG BUKAN SALAH KETUA MENTERI
MANTAPKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANINASI PAS
TEKANAN MENTAL DAN PEKERJAAN
PROGRAM BULAN RAMADHAN
KERAJAAN BN CUBA MATIKAN KEADILAN
KERAJAAN PUSAT ANTI ISLAM
TAKWIM 1423H/2002
JANGAN PERCAYA APA BN KATA
PENIAGA MELAYU TERPINGGIR
PAS gagal dekati remaja
Penduduk Air Itam TERSEKSA
Memorandum Bantahan Dan usul Parlimen
Tanah Wakaf Malaysia
PERGGAJIAN PEKERJA WANITA
SUARA RAKYAT
Pimpinan
RESOLUSI KONVENSYEN PENDIDIKAN RAKYAT
Masjid di P.Pinang

PULAU PINANG:-Penduduk sekitar perkampungan Jelutong mengakui kebenaran dakwaan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad bahawa pembangunan yang tidak seimbang membuatkan banyak kawasan di negeri itu kelihatan seperti di zaman perang dunia kedua.

Tinjauan Harakah ke beberapa buah kampung sekitar Jelutong lalu mendapati keadaan rumah yang tidak tersusun menyebabkan fenomena itu berlaku.

Baunya yang hanyir, kotor dan meloyakan memedihkan mata yang memandang.

Ramai penduduk yang ditemui mengesahkan apa yang dikatakan Dr Mahathir kerana pembangunan yang tidak seimbang membuatkan mereka terus berputih mata daripada menikmati pembangunan sebenar.

Wakil penduduk Kampung Kota Giam, Abdul Majid Khan, 58 berkata, selama 27 tahun menetap di sini semua pembangunan yang dicanangkan tidak pernah dirasai sebaliknya sekadar melihat kerana harganya yang terlalu tinggi.

Tambah beliau, penduduk tidak mampu membeli rumah yang ditawarkan kerana rata-rata mereka berpendapatan rendah dan sederhana.

"Kami hanya berputih mata bila melihat pembangunan didirikan kerana tidak mampu memilikinya, " jelasnya yang juga seorang pesara.

Hamid Othman, 49, pula membidas kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana tidak menyediakan pembangunan yang seimbang dengan rakyat sebaliknya terlalu mengutamakan projek tertaraf mewah.

"Kita tidak tentang pembangunan yang membawa kebaikan kepada semua. Cuma apa yang kita kesal ialah pembinaan projek terlalu mewah sehingga kami diabaikan, " ujar beliau.

Menurutnya lagi, sebagai contoh pembangunan di Kampung Tengah, Jelutong di mana pemaju lebih suka mengejar keuntungan dengan mengutamakan projek besar seperti Pangsapuri Idaman yang bernilai RM80 ribu dan Pangsapuri Mutiara Idaman berharga RM90 ribu ke atas.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Jelutong, Ustaz Taqiyudin Hamzah ketika mengulas perkara itu menjelaskan, kerajaan Kerajaan Negeri sepatutnya mengutamakan pembangunan mesra rakyat bukannya membiarkan pemaju mendirikan projek mewah sahaja.

"Buatlah perubahan dalam pilihan raya ini sebagai hukuman kepada BN yang tidak langsung prihatin terhadap pembangunan seimbang terutamanya membabitkan kawasan melayu, " tegasnya kesal.

 

Enter content here

Enter supporting content here