KEBUDAYAAN MELAYU SINGAPURA
|
PAKAIAN Baju KurungKurung’
ertinya ‘mengurung atau menutup. Baju Kurung pula dianggap popular dan
dipakai oleh kaum lelaki dan perempuan. Bezanya ialah cara ia dipakai dan
jumlah kocek iaitu tiga untuk kaum lelaki dan satu untuk kaum perempuan.
Terdapat
dua jenis baju kurung iaitu baju Melayu Teluk Belanga dan baju Melayu cekak
musang. Baju
Melayu Teluk Belanga Baju
Kurung Teluk Belanga mempunyai ansar-unsur Aceh-Bugis-Melayu. Pemakaian baju
kurung ini tersebar luas pada abad ke-19.
Baju ini juga disebut “Baju Melayu”. Baju kurung ini selalunya
dipakai dengan kain samping.
Kaum bangsawan atau golongan atasan akan memakai kain samping di luar baju
sementara orang kebanyakan memakai kain samping di bawah atau dalam baju.
Gaya tersebut menentukan status
setiap orang. Baju
kurung lelaki hanya sepanjang
satu meter ,dipakai dengan seluar, kain samping , bertanjak dan bercapal. Baju
kurung wanita labuh hingga ke bawah lutut. Bahagian rusuk tangan bersambung
dengan kekek dan kembang ke bahagian bawah baju.Ciri khasnya ialah leher
bulat yang berjahit kemas dan hiasan sulam, kancing dan kocek. Kaum
perempuan juga memakai kain sarung sebagai kain luar. Baju
Melayu Cekak Musang Ciri
istimewa tentang baju Melayu cekak musang ialah leher baju yang setinggi 2.5
c.m. melingkari leher. Baju ini mula dipakai oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan
Abu Bakar , baginda menggunakan
lima hingga tujuh butang (dua di lingkaran cekak dan yang lainnya di bawah).
Ia juga berkekek, berpesak dan berkocek seperti baju Melayu Teluk Belanga.
Baju ini kelihatan sepeti leher baju Siam atau Cina tetapi gaya sambungan
dibuat tepat dan bahagian dalamya berlidah untuk lubang kancing. Baju
kurung cekak musang untuk wanita dibuat dripada kain baldu dan dipakai
dengan kain songket berantai ikat gelombang ombak mengalun. Untuk lelaki
pula, baju tersebut lengkap dengan seluar dan kain samping. Baju kurung
cekak musang dikenali lebih bersifat
umum. Baju Kebaya
Baju kebaya popular pada tahun 1960s di dalam kalangan orang Melayu. Baju kebaya tidak selabuh baju kurung tetapi kelihatan lebih cantik dan kemas. Ia selalu dibuat daripada kain sutera yang dihiasi dengan jahitan corak dengan benang berwarna-warni.
Baju
Belah Kebaya Panjang Baju kebaya
lebih terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Secara tradisi,
potongannya labuh sehingga ke buku lali dan dipakai di luar rumah atau ke
upacara rasmi. Bajunya
yang labuh dan besar ini boleh diperbuat daripada kain sutera, songket,
muslin baldu atau broked. Ia dipakai dengan sarung ikat tindan kasih. Perhiasan KepalaPetam
dan Gendik Petam
dan gending merupakan perhiasan kepala pertama sebelum sanggul. Petam
berfungsi sebagai penutup dahi dan berbentuk mahkota yang berdiri tegak
merupakan gunung. Gending pula dibuat daripada emas berukir dan permata. Cucuk
Sanggul Rambut aadalah mahkota wanita. Rambut yang panjang akan disanggul dan dihiasi dengan bunga-bunga. Berihlamkan gubahan bunga-bunga ini cucuk sanggul dicipta. Cucuk sanggul ini disusun di sekelilingi sanggul, di sekitar telinga atau kepala pengantin perempuan atau menjadi bunga tanjak bagi pengantin lelaki. Cucuk sanggul diperbuat daripada emas atau perak yang dihiasi dengan batu permata. Selendang Tradisi pemakai busana Melayu tidak lengkap tanpa bergaya dengan kain panjang yang dikenali sebagai selendang. Selendang berfungsi sebagai penutup bahagian kepala bagi kaum perempuan manakala wali pula untuk menutup bahu dan leher orang lelaki. Selendang diperbuat daripada pelbagai jenis kain seperti kasa, baldu,sutera dan lain-lain lagi yang diperindahkan dengan tekat benang emas,perak, manik-manik dan sebagainya. Kini selendang menjadi pakaian perempuan dewasa terutama semasa memakai baju kebaya. Tanjak/Tengkolok
Tanjak
berbentuk tiga segi dengan pucuk daunnya behala ke atas. Tanjak atau
tengkolok menjadi simbol budaya Melayu.
Songkok
Kain
Batik Asal-usul
kain batik sukar untuk dipastikan kerana batik dijumpai di India, Turkey,
Japan dan Cina tetapi batik yang dihasilkan di Indonesia sejak abad ke 12
telah mendapat perhatian masyarakat dunia.. Batik dianggap sebagai simbol
diraja dan ia penting kepada wanita muda untuk mendapat kemahiran dalam
bidang kesenian ini. Kain
batik boleh dibuat daripada kain sutera supaya ia boleh menyerap penggilap
lilin. Kain mesti mempunyai kualit tinggi supaya hiasan-hiasan boleh
dikekalkan. Canting digunakan untuk menggilap lilin ke kain untuk coraknya
tetapi kerana ia mengambil banyak masa, cap digunakan. Kain
itu pula dicucikan supaya tiada kotoran. Selepas itu, kain tersebut dicelup
kedalam pewarna dan pengilip lilin digunakan selagi lagi. Kain itu dicelup
di dalam pewarna supaya warnanya menjadi lebih terang. Penggilip lilin
digesar supaya coraknya boleh dikelihatan. Kadangkala
emas digunakan untuk menghiasi batik dan selalunya mengambil masa beberapa
bulan dan harganya tinggi. Beberapa
reka bentuk batik Cuma boleh dipakai oleh raja atau pengantin-pengantin
lelaki dan perempuan. Batik
moden mempunyai corak yang lain seperti burung-burung. Batik yang berkualiti
tinggi dan dibuat dari tangan lebih mahal daripada batik yang dibuat di
factori. Batik digunakan sebagai pakaian atau alas meja dan lain-lain lagi. Kain
Samping
Harga
kain samping agak mahal kerana memerlukan
masa dan kemahiran. Bahan-bahan membuatnya juga mahal. Perhiasan Dada: Dokoh Dokoh dipakai oleh pengantin perempuan dan lelaki. Perhiasan ini dipakai melingkari leher dan memenuhi bahagian leher dan dada. Dalam adat pengantin tradisi, pemakaian dokoh diutamakan. Dokoh
juga dianggap sebagai buah kalung kerana bentuknya mirip sebari bulan.
Setiap buah disambungkan dengan rantai. Dokoh ada berbagai bentuk seperti
dokoh tiga tingkah, dokoh lima tingkah, dokoh rantai berjurai dan
dokoh daun sukun. Permukaan
dokoh dihiasi dengan pelbagai motif hingga menzahirkan ukiran timbul, dokoh
akan kelihatan lebih indah jika ia
dihiasi batu permata seperti delima, zamrus, nilam dan sebagainya. Perhiasan PinggangKeris
Keris
adalah pisau belati pendek yang mempunyai mata pisau yang unik dan hulu yang
berukir. Hulu dan sarung keris selalu mempunyai ukiran cantik dan batu-batu
permata. Cara
memakai keris mempunyai adat istiadat.
Keris selalu dipakai di upacara-upacara yang penting. Ada juga keris
yang menjadi pusaka sebuah keluarga. Pending Pending
dianggap sebagai alat kelengkapan penting dalam busana pengantin Melayu. Ia
dipakai di bahagian hadapan tengah pinggang. Ia boleh dipakai oleh kaum
lelaki dan wanita. Pending
boleh diperbuat dari emas, perak atau tembaga. Bentuknya seperti sehelai
daun dan dihiaskan dengan batu permata serta ukiran timbul dan berlarik
dengan motif-motif tumbuhan. Perhiasan Lain Gelang Gelang
Tangan berupa bulatan yang dipakai di pangkal lengan. Ciri khas gelang
tangan ialah bentuknya yang besar, tebal dan hiasan ukiran timbul, lilit dan
kancing kepala. Sekurangnya tiga hingga tujuh buah gelang dipakai di
pergelangan tangan kiri. Gelang
Kaki atau Keroncong lebih besar daripada gelang tangan. Ia juga dipanggil
keroncong kerana loceng kecil terlekat kepada gelang tersebut.
Rupanya agak sama kepada gelang tangan tetapi keroncong berkepala
ular naga. Kerongsang Kerongsang
digunakan seperti kancing dan dibuat
daripada emas atau perak yang dihiasi dengan batu-batu permata. Kerongsang
disematkan pada belahan baju kebaya labuh. Kerongsang
mempunyai banyak bentukseperti daun, bunga, bintang, bulan dan lain-lain
lagi. Subang Gadis sunti yang bakal dewasa selalunya akan ditindak di cuping telinga. Lubang kecil di cuping ini akan dihiasi dengan subang. Subang boleh dibuat daripada emas dan perak dan bertatah batu permata. Subang dipakai untuk menunjukkan keindahan dan kegadisan seseorang. Kain
Songket Kain songket merupakan hasil kerjatangan
tradisional masyarakat Melayu. Kainnya indah dan menarik. Kain songket
dibuat daripada benang sutera atau benang kapas. Corak atau bunga kain
songket dibuat daripada benang emas atau perak.
|