JABATAN FARMASI & BEKALAN HOSPITAL KUDAT

Pengenalan

Farmasi & Bekalan

Skop Perkhidmatan

Masa Perkhidmatan

 

PENGENALAN

Mula beroperasi pada 23.07.1984 terbahagi kepada beberapa buah wad dan mengandungi perata 180 buah katil . Dengan keluasan 35 ekar dan tenaga kerja seramai 398 kakitangan. Terletak di Pantai Barat Utara Sabah. Jarak dari Ibu Kota lebih kurang 203km, jarak dari Pekan Kudat lebih kurang 3 KM

Back to top

FARMASI DAN BEKALAN

Merangkumi beberapa bahagian tertentu, bahagian Farmasi Pesakit Luar, Farmasi Wad (Farmasi Pengeluaran dan Farmasi Satelit), Farmasi Stor dan Integrasi Stor ( 8 Pusat Kesihatan dibawah jagaan)

MISI PERKHIDMATAN FARMASI

Misi Perkhidmatan Farmasi ialah untuk memastikan semua warga Malaysia memperolehi produk farmaseutical dan produk pemelihara kesihatan yang berkualiti, selamat dan berkesan termasuklah nasihat mengenai penggunaannya secara rasional.

OBJEKTIF PERKHIDMATAN FARMASI

  1. Memastikan bahawa pesakit-pesakit yang menerima rawatan dibawah Kementerian Kesihatan memperolehi perkhidmatan Farmasi berkonsepkan ""Total Pharmaceutical Care "
  2. Memastikan pendidikan orang awam terhadap penggunaan ubat-ubatan secara rasional dipertingkatkan.

Back to top

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Membekalkan ubat-ubatan (drug) serta menyampaikan arahan-arahan tentang cara-cara penggunaan/pengambilan ubat-ubatan.
  2. Membekalkan persediaan galenikal disinfektan dan sediaan-sediaan extemporaneous berpandukan format standard kepada unit Pengguna Hospital dan Kesihatan.
  3. Membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit dalam melalui sistem ‘ Unit Of Use ‘
  4. Membekalkan ubatan (drug) dan bahan-bahan bukan ubatan (Non drug) kepada unit Pengguna Hospital dan Kesihatan.

Back to top

Masa Perkhidmatan

 

MASA KAUNTER FARMASI PESAKIT LUAR DI BUKA :-

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS

8.00am – 12.45 am

2.00pm - 4.15 pm

HARI JUMAAT

8.00am – 11.30 am

2.00pm - 4.15 pm

HARI SABTU

8.00am - 12.45am

HARI KELEPASAN AM/AHAD

8.00am – 12.00am

 

KESIMPULAN

Setelah Pegawai Farmasi YM berhenti pada 08 hb. Ogos 1995, secara amnya perkhidmatan farmasi di Hospaital Kudat adalah Memuaskan memandangkan belum ada surat aduan untuk unit farmasi. Namun begitu pihak Farmasi & Bekalan berpendapat seorang Pegawai Farmasi adalah lebih sesuai dan amat diperlukan untuk memikul tanggungjawab yang membebankan disamping perkembangan matlumat yang cepat dan diperlu masa kini untuk mencapai Standard Quality (MS ISO 9000) seperti yang disarankan oleh kerajaan.

Back to top