Make your own free website on Tripod.com

TIANG ANTENA JADI PENEGAK PANJI-PANJI

Penduduk Taman Maju, Tronoh, 25 km dari bandaraya Ipoh menggantungkan bendera PAS di atas bumbung rumah mereka. Ada kedapatan di antara mereka menggunakan tiang antena untuk menggantungkan bendera tersebut. Selain itu menggunakan kayu penyapu atau tiang buluh bagi melahirkan kebanggaan mereka menyokong PAS.

Majoriti penduduk Taman Maju yang berugama Islam, sudah mendaftar menjadi ahli PAS. Taman tersebut yang tidak kurang 200 buah rumah telah mewarnai ruang angkasa mereka dengan bulan purnama berlangit hijau.

Sumber: agen MR
20 Mei, 1999