MAGERAN AKAN AMBILALIH NEGARA, JIKA BN KALAH!

Maklumat yang diterima menyatakan bahawa UMNO akan melancarkan satu gerakan di bawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang akan menjadi "senjata" utama dan terakhir pihak UMNO/Barisan Nasional untuk terus berkuasa.

Segala persiapan penubuhan MAGERAN sudah hampir pasti tersusun sebagaimana Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN). Mengikut sumber yang memberitahu MR, MAGERAN akan dilaksanakan kalau UMNO/Barisan Nasional kalah di dalam Pilihanraya umum nanti atau keadaan ekonomi menjadi terlalu teruk dan buruk.

Apa yang menjadi percaturan UMNO hari ini, apabila keadaaan ekonomi menjadi terlalu teruk dan buruk maka situasi kekacauan kaum akan diada-adakan (created) sebagai alasan kepada melaksanakan melaksanakan MAGERAN.

Ada kemungkinan sebab-sebab kepincangan sosial seperti bohsia, penagihan dadah, pelacuran dan lain-lain juga turut akan dijadikan alasan. Beberapa fakta yang mendorong kepada penubuhan MAGERAN ini ialah seperti berikut:

    1. Abdullah Badawi merupakan seorang yang amat 'familiar' mengenai MAGERAN semasa MAGERAN dilaksanakan pada tahun 1969 di mana ianya dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak, dimana beliau merupakan pegawai kerajaan yang melaksanakan tugas-tugas sekeretariat MAGERAN.
    2. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) adalah mirip kepada MAGERAN di mana hampir semua unsur-unsur, struktur dan elemen-elemen penting MAGERAN sudah sedia ujud. MTEN boleh ditukar fungsinya kepada MAGERAN dengan cepat dan pantas.
    3. UMNO/Barisan Nasional amat gusar dengan suasana politik kini dan pendirian pengundi yang mirip kepada pembangkang. Rujuk surat S/U Agung UMNO kepada semua Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dan semua Ketua Bahagian bertajuk "Pergolakan Politik" Bil UMNO/B/PBT/1 JLD:3 bertarikh 14 April 1999. https://members.tripod.com/~mahazalimx/umyes.html
    4. Hubungan dengan negara seperti Libya dan Iraq semakin aktif dengan lawatan anak Gadafi pada ahkir bulan April 1999 (tiada dalam berita - blackout) dan lawatan Naib Presiden Iraq, Taha Ramadan yang tidak diberi publisiti muka depan akhbar adalah tanda-tanda perbincangan-perbincangan bagi mempelajari pengalaman Libya dan Iraq dalam menangani krisis yang sama yang akan dihadapi di Malaysia.
    5. Berita-berita di akhbar yang sudah 'psycho' orang awam yang menegaskan bahawa masalah sosial (pengedaran dadah) perlu diperangi sebagaimana memerangi komunis. Seperti tersiar di muka hadapan Berita Harian pada awal Mei dan usaha melaksanakannya telah bermula dengan penangkapan 'maknyah" baru-baru ini di sekitar KL.
    6. Kedaaan ekonomi yang gawat dan kenaikan KLSE yang mendadak adalah Merupakan 'artificial' dan dijangka akan merudum selepas bulan September 1999. Proses pemberhentian pekerja akan berterusan dan ini akan memberi kesan negatif kepada sokongan terhadap UMNO/Barisan Nasional.

MAGERAN mungkin tidak mendapat sokongan pihak tentera sepenuhnya. Maka pihak tentera perlu "didisiplinkan" melalui pemaparan berita-berita kepincangan projek ATM (e.g. Pularek dan pemalsuan cek baru-baru ini). Mula-mulanya difikirkan paparan tersebut adalah ditujukan kepada Syed Hamid atau Najib atau Samy Vellu, tetapi berita-berita selanjutnya jelas menunjukan ianya ditujukan kepada pihak tentera Pularek.

Kesan paling nyata apabila terlaksananya MAGERAN ini ialah terhadap semua pemimpin parti pembangkang, NGO yang kritis terhadap kerajaan, pengedar dadah, ibu/bapa ayam, bohsia dan pemimpin-pemimpin agama yang dianggap "salah" akan ditangkap.

Akhbar-akhbar tempatan akan memaparkan betapa MAGERAN perlu diadakan dan ianya akan dapat menyelesaikan masalah-masalah sosial dan ekonomi. Seperti di masa dahulu "operasi lalang" pemimpin parti pembangkang akan bercuti di Kemunting, Perak selama 2 tahun atau mungkin lebih.

Selepas MAGERAN, Daim akan menjadi PM selama tidak kurang 2 tahun sebelum digantikan oleh Abdullah Badawi. Sekiranya semua perancangan berjalan baik, maka Najib, Abdulah Badawi, Syed Hamid adalah merupakan calun-calun Presiden di arena perhimpunan agung UMNO ketika itu nanti. Daim akan ditahtakan oleh Mahathir dan kroninya sehingga beliau bersedia untuk bersara.

Sumber: Ibrahim Baba
20Mei, 1999