PETIKAN SHIT@PukiMak (siri 1)

"Tan Sli!"

"Tan Sli Isa !"

"Tan Sli Isa !" Jerit tukang jaga khinzir sambil termengah-mengah berlari.

"Tan Sli punya khinzir ala manyak mati… haiya……" sambung lelaki separuh umur itu.

Tan Sri Isa Somad terkejut. Dia yang dari tadi asyik membelek-belek pekong yang penuh di dadanya tiba-tiba tersentak. Lamunannya untuk menggomol perempuan muda seperti Umi Half-Felda yang mengaku ‘masih dara’ tiba-tiba hilang.

"Haiya Jui Meng…lu manyak ‘Chuai’ la.... sudah berapa kali gua cakap, tak bole panggil khinzir, nanti itu PM marah…cakap babi tatak apa… haiya…. Lu memang tak bole halap la Chuai…. Wa ingat mau kasi itu Lim Kheng ‘Taik’ jaga wa punya babi ganti sama lu.….", kata Isa Somad. Beliau nampak seperti kecewa sebab Chuai Jui Meng tidak pandai menyimpan rahsia yang beliau adalah tauke babi terbesar di Negeri-9. Sebenarnya Tan Sri Isa Somad tidak begitu gemar kepada Lim Kheng Taik. Ini disebabkan Lim Kheng Taik kerap menyemburkan air liur ketika bercakap. Pernah satu ketika semasa Tan Sri Isa ke rumah Lim Kheng Taik, beliau mendapati air teh yang telah beliau hirup berkali-kali tetap juga tidak berkurangan bahkan sentiasa penuh. Beliau amat hairan sehinggalah beliau perasan bahawa air liur Kheng Taik lah yang memenuhkan cawan beliau.

"Jangan itu macam Tan Sli,… wa manyak soli…….., tapi aaa…. Tan Sli punya babi ala banyak mati… wa tak tau apa mau bikin….", sambung apek itu sambil menggaru-garu kelangkangnya. Sesekali dia mencium jari-jari tangannya.

"Tak bole… Tan Sli tak bole buang sama wa… nanti wa kasi bocor ini lahsia….", apek cuba mengugut Tan Sri Isa Somad. Dia amat mengetahui banyak rahsia mengenai Tan Sri Isa Somad. Berbagai rahsia, semuanya telah dikategorikan dalam Akta Rahsia Rasmi. Membocorkannya akan menyebabkan sipelaku akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA. Tan Sri Isa Somad amat berbangga mengenai ISA. Itulah sebabnya beliau amat gementar apabila GERAK meminta kera-jaan menghapuskan ISA. Beliau amat gerun dengan teriakan HAPUSKAN ISA! Ada dua kegerunan, pertama – dengan hapusnya ISA bermakna beliau tidak lagi dapat mengugut sesiapapun dari membocorkan rahsianya, dan yang kedua - beliau amat bimbang jika yang dimaksudkan dengan ISA itu ialah dirinya sendiri. Dia sentiasa tidak senang duduk. Punggungnya yang dipenuhi bisul menyebabkannya bertambah tidak senang duduk.

"Okay…okay…. Lu telus kilija…..nanti wa cali jalan apa mau bikin sama itu babi….", Isa Somad menenangkan hati pekerja ladang ternakan babinya.

Isa Somad tetap tidak senang duduk. Telah ada pekerja ladang babinya yang berani untuk mengugutnya.

Dulu semasa kera-jaan mengharamkan penjualan daging babi di semua hotel di Malaysia pun dia tak senang duduk. "Bukankah babi-babi itu telah disembelih, kenapa mesti diharamkan?", rungut beliau menampakkan ketinggian ilmu agamanya yang sama tinggi juga dengan ketinggian tubuhnya yang tak seberapa. Beliau amat berbangga kerana beliau merupakan penternak terbesar babi di Malaysia, kalah Tan Sri Romli Nyah-Talib. Tewas juga Abu-Hassssan On-Mars. Dia berbangga kerana sebagai salah seorang pemimpin AMNO, beliau telah berjaya menjadikan industri penternakan babi sebagai yang sangat menguntungkan. Krisis JE sekarang menjadi satu titik penting kepada industri ternakan beliau. Sebagai orang kuat AMNO, beliau akan meminta kera-jaan memusatkan penternakan tersebut, menjadikannya lebih besar. Lantas beliau dapat berbangga kerana menjadikan Bolehland satu-satunya negara Islam yang mampu menjadi pengeksport babi di dunia. Namun beliau tetap bersedih kerana salah satu program melawat Negeri-9, ia itu ‘Pig Farm Holiday’ terpaksa ditangguhkan.

Petang itu selepas mandi Isa Somad terus bergegas ke ladang babinya. Dia memakai rambut palsu dan seluar pendek yang menampakkan sopak-sopak dipehanya. Dia memeriksa setiap satu bangkai babi.

"Aneh! Aneh!", bisik Isa Somad.

"Babi ni mati bukan sebab JE". Isa Somad semakin musykil.

"Kalau sebab JE aku boleh mintak pampasan dari Pak Lah B", bisiknya lagi.

"Eh Chuai! Apa pasal ini bangkai babi punya mata ada kesan lebam? Apa sudah jadi?", Isa Somad mula bertanya.

"Ini satu lagi ada kesan karate-chop. Ini sapa punya kilija?", Isa Somad mula menganalisa.

"Ya ka? Tan Sli sulah tengok butut-butut ka?", balas Chuai Jui Meng. Beliau bimbang kalau ada sebab terbaru yang menyebabkan kematian babi-babi tersebut.

"Haiya, balu wa ingat. Simalam Tan Sli Lahim No ada mali. Dia mali sama Lahim Kichi Tambi. Wa ala nampak itu babi ala sondol sama Lahim No. Itu olang putih cakap ‘plovok’ la….. Wa ingat itu Lahim No sulah hantam sama Tan Sli punya babi", jelas Chuai Jui Meng.

"SHIT@Pu**Mak betul Lahim No"', kata Tan Sri Isa Somad.

"SHIT@Pu**Mak betul PM ni. Ni mesti dia yang suruh Lahim No datang sini sebab dia jealous dengan kejayaan aku!!". Geram betul Tan Sri Isa Somad.

"SHIT@Pu**Mak@PM", ulang Tan Sri Isa Somad.

Dia asyik mengulang perkataan itu. Berulang-kali. Kuat dan kuat lagi ulangannya.

"Hoi Isa Somad!! Apa kau cakap tu? Celaka kau!!".

Isa Somad tiba-tiba terjaga apabila mendengar teriakan bak halilintar.

Air liur penuh di sekeliling mulutnya, meleleh-leleh sampai ke atas meja.

Rupa-rupanya dia tertidur semasa mesyuarat Majlis Tertinggi Parti AMNO.

Dia mengesat-ngesat air liurnya.

Melihat sekeliling.

Semua memandang ke arahnya. Semua orang cuba mentertawakannya tetapi tidak berdaya kerana PM ada dihadapan mereka.

"SHIT@Pu**Mak betul PM ni, memalukan aku aje", kata Isa Somad dengan kuat di dalam hatinya.

Bersambung….

Ihsan: CityHaja