Make your own free website on Tripod.com

Beribu Pelacur Kembali Ke Perak

Pelbagai acara Tahun Melawat Perak 2000 akan disambut beberapa ketika lagi menjelang akhir tahun ini. Sebagai memenuhi acara dan kalender TMP 2000 dan sebagai penawaran kepada permintaan, maka beribu-ribu pelacur mulai membanjiri beberapa bandar utama seperti Ipoh, Taiping dan Teluk Intan.

Perak yang dahulunya terkenal dengan perlombongan bijih timah di seluruh dunia itu seolah-olah mahu mengembalikan nostalgianya sempena TMP 2000. Justeru lambaian keindahan mengusik jiwa 'IPOH MALI' akan membantu membawa pelancong dari merata pelusuk tanah air ke negeri Perak

Tumpuan para pelacur ialah di tingkat 6 dan 7 Hotel Excelsior dan Hotel Syuen serta Hotel Causarina yang bertaraf 3 bintang. Kegiatan 'melombong' ini juga didapati berlaku di hotel murah dengan tawaran harga serendah RM30 sekali 'melombong'.

Tradisi sambutan TMP2000 tidak akan meriah jika sambutan sebegini tidak diadakan. Inilah satu bentuk maksiat yang mesti ditentang oleh sebuah kerajaan yang mengaku memperjuangkan Islam.

Kembali