Rentetan Peristiwa Cubaan Menamatkan Riwayat Sdr. Anwar

Oleh Awang Siber

Laporan HUKM telah memberi modal baru untuk Mahathir berselindong kegiatan durjana beliau selama ini. Walaupun laporan ini tidak menolak sama sekali kemungkinan Sdr. Anwar diracun, tetapi media boneka Mahathir telah menwarwarkan seolah-olah Sdr. Anwar dan Kak Wan Azizah yang bersalah membuat laporan palsu.

Mengapa laporan-laporan lain yang Sdr. Anwar tidak diwarwarkan? Adakah laporan tersebut telah sah betulnya? Kalau tidak mengapakah polis tidak mengambil tindakan terhadap Sdr. Anwar membuat laporan palsu?

Terlalu banyak persoalan telah timbul akibat dari kegagalan cubaan meracun Sdr. Anwar ini. Disini ingin dipaparkan peristiwa-peristiwa cubaan membunuh Sdr. Anwar semenjak beliau berada dalam kerajaan lagi. Perkara ini selama ini hanya dilihat sebagai kemalangan sahaja. Setelah menyelidik secara rapi sahlah peristiwa-peristiwa ini berlaku kerana adanya perancanaan teliti oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya untuk menamatkan riwayat Sdr. Anwar.

Walaubagaimanapun mereka boleh merancang tetapi ALLAH juga mempunyai Perancanaan NYA. Ingatlah bahawa Perancanaan ALLAH yang akan Menang.

  1. Helikopter Angkatan Tentera Terhempas- Sebuah helikopter PUMA Angkatan Tentera telah ditugaskan untuk membawa Sdr. Anwar dari Perlis ke Kepala Batas. Tetapi dalam perjalanannya ke Perlis untuk mengambil Sdr. Anwar helikopter tersebut terhempas dekat Sungai Petani dan dua Anggota Angkatan Tentera terbunuh. Walaupun dinasihatkan supaya Sdr. Anwar menaiki kereta untuk pulang tetapi sebagai seorang pemimpin berwibawa beliau terus menaiki helikopter pengiring dan sempat melawat tempat kejadian helikopter terhempas. Inilah seorang Pemimpin Agong yang perlu disanjung bukan sahaja oleh Angkatan Tentera tetapi juga rakyat jelata. Beliau menunjukkan sifat keperwiraan beliau walaupun membahayakan nyawanya sendiri. Dengan ini maruah Angkatan Tentera terbela walaupun pada ketika itu rombongan Sdr. Anwar ketar lutut dan kecut perut takut apa-apa akan berlaku terhadapnya semasa menaiki helikopter pengiring yang dibawa oleh Angkatan Tentera.           Sesampai di Kepala Batas, Presiden Habibie menalipon beliau dan menyatakan bahawa tidak mungkin helikopter tersebut terhempas sedemikian rupa melainkan disabotaj.
  2. Brek Kereta Rosak Dan Hampir Jatuh Gaung-Mesyuarat kabinet pertama yang diadakan diluar Kuala Lumpur ialah di pusat peranginan  Gunung Rawa?..... di Pulau Langkawi pada pertengahan 1996. Perjalanan ketempat tersebut melalui jalan yang berliku-liku dan bergaung. Sampai di satu selekoh yang cukup bahaya drebar Sdr. Anwar tersedar bahawa kereta yang dibawanya tidak mempunyai brek. Kereta pun terbabas, berpusing beberapa kali dan hampir masuk kedalam gaung. Walaubagaimanapun ALLAH menyelamatkan Sdr. Anwar dari kejadian yang tidak diingini. Kereta disediakan oleh kerajaan Kedah.            Mahathir pada waktu itu menaiki helikopter dan melihat apa akan terjadi kepada Sdr. Anwar. Cemas juga rasanya apabila melihat Sdr. Anwar terselamat dari nahas kemalangan.tersebut, takut-takut komplotnya terbongkar!!!
  3. Nahas Helikopter Tan Sri Yahya.-Peristiwa terhempas helikopter Tan Sri Yahya bersama isterinya berlaku dengan penuh misteri. Sdr. Anwar sepatutnya menaiki helikopter tersebut bersama Tan Sri Yahya pada pagi keesokannya. ALLAH telah menyelamatkan nyawa Sdr. Anwar dengan berlakunya sesuatu peristiwa kritikal terhadap ibu Tan Sri Yahya yang menyebabkan Tan Sri Yahya terpaksa pulang ke Terengganu pada malam itu juga. Perjalanannya ke Terengganu pada malam itu tidak dijadualkan. Sepatutnya jadual penerbangan ialah pada pagi esoknya bersama Sdr. Anwar. Dalam perjalanannya ke Terengganu helikopter yang telah disabotajkan meletup diudara, maka Sdr. Anwar terselamat dari nahas tersebut. Para konspirator sepatutnya bertanggongjawab diatas kematian Tan Sri Yahya bersama isterinya. Walaubagaimanapun segala bukti yang menunjukkan berlaku sabotaj telah dipadamkan kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi negara.  
  4. Peristiwa Penangkapan 20 September 1998 - Pada malam penangkapan Sdr. Anwar, beratus polis Unit Tindakan Khas dihantar dengan bertopeng dan bersenjatakan Sub-machine gun dan buloh runcing untuk menangkap Sdr. Anwar. Wal hal pada masa itu rumah Sdr. Anwar terbuka luas kerana beliau sedang mengadakan sidang akhbar diruang tamu rumahnya. Polis UTK merempuh masok tanpa membuang kasut dan memecah pintu rumah Sdr. Anwar sedangkan sejadah tempat sembahyang masih berselerak lagi. Pada masa yang sama Sdr. Anwar telah memberi jaminan kepada Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sekiranya beliau dikehendaki melaporkan diri ke balai polis mana-mana pun beliau sanggup pergi tanpa perlu ditangkap. Alhamdulillah Sdr. Anwar sempat menenangkan para penyokongnya supaya jangan bertindak balas atau melawan tindakan kurang ajar polis tersebut. Sekiranya berlaku pergaduhan pada malam itu sudah tentu akan berlakulah pertumpahan darah didalam rumah Sdr. Anwar. Dan mangsanya tidak lain tidak bukan Sdr. Anwar sendiri. Secara sulit ada beberapa polis yang menyerbu itu membuat pengakuan bahawa mereka diarahkan supaya menamatkan riwayat Sdr. Anwar tetapi melihat wajah Sdr. Anwar mereka tidak sanggup dan ada yang menangis dan tidak sanggup mengikut arahan durjana bos mereka.
  5. Peristiwa Ketua Polis Negara Membelasah Di Bukit Aman  - Peristiwa yang berlaku di Bukit Aman menjadi titik hitam dalam sejarah tamaddun Bangsa Melayu. Peristiwa seorang Ketua Polis Negara yang diamanahkan menjaga keselamatan awam membelasah seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang disayangi rakyat dalam jagaannya amat memalukan Bangsa, Negara dan Ugama. Menurut seorang doktor pukulan yang dikenakan terhadap Sdr. Anwar memanglah pukulan yang boleh membawa maut. Setelah dipukul Sdr. Anwar tidak dibenarkan dirawat sehingga empat hari kemudian. Dalam keadaan kesakitan sebelum diberi rawatan Sdr. Anwar dipaksa menaiki bangunan empat tingkat untuk disoalsiasat dan memaksanya membuat pelbagai pengakuan tetapi sebagai seorang pahlawan beliau tidak tunduk sedikitpun kepada tekanan dan paksaan polis durjana tersebut.           Empat hari berlalu dalam keadaan kesakitan barulah beliau dibenarkan dirawat oleh seorang doktor perempuan andartu bangsa India. Menurut laporan Suruhanjaya Di Raja, perjalanan yang membawanya pergi berjumpa dokto tersebut memakan masa lebih kurang 50 minit, dan beliau dibawa dengan tangan bergari, mata ditutup dan dalam keadaan bertelanjang bulat. Begitulah layanan yang diberikan oleh polis terhadap seorang pemimpin negara.             Setelah rakyat sedar apa yang berlaku terhadap Sdr. Anwar, maka Mahathir menuduh Sdr. Anwar memukul dirinya sendiri, jawapan seorang pemimpin yang penuh bertanggongjawab? Orang yang memukulnya pula, Rahim Nor memberi jaminan bahawa Sdr. Anwar berada dalam keadaan "sound and safe' (Selamat dan Terjamin). Rafidah Aziz pula menyatakan Sdr. Anwar membekam matanya dengan gelas supaya rakyat bersimpati dengannya. Inilah jawapan-jawapan yang bertanggongjawab yang diberi oleh pimpinan negara. Mana nak letak muka negara. Memalukan yang teramat sangat!!! Inikah pimpinan negara yang masih rakyat nak beri sokongan???
  6. Peristiwa Keracunan Arsenik       -    Kegagalan percubaan meracun Sdr. Anwar didalam penjara amat mengecewakan para konspirator. Memang dalam skrip mereka tidak ada cubaan untuk memeriksa kesan-kesan keracunan terhadap Sdr. Anwar. Sdr. Anwar sepatutnya mati secara perlahan-lahan tanpa disedari oleh sesiapapun. Tetapi ALLAH menggerakkan hati Dr. Wan Azizah untuk membuat ujian air kencing yang diseludup keluar dari mahkamah. Rakyat terkejut dengan keputusan ujian yang dibuat di Melbourne, Australia.  Menggelabah mereka cuba menutup perbuatan durjana mereka. Air kencing yang mula-mula diambil oleh para doktor di HUKM tidak dibenarkan dibuat ujian. Hanya setelah hampir seminggu setelah Sdr. Anwar mendapat rawatan barulah air kencingnya dibenarkan dibuat ujian. Kononya ikut procedure Polis. Selama ini procedure tersebut tidak pernah dipakai. Hanya dalam kes Sdr. Anwar sahaja maka pelbagai procedure diperkenakan. Bukankah ini cubaan untuk menutup sesuatu???  Beberapa peristiwa yang pelik juga berlaku dimakmal ujian HUKM. Ibu kunci makmal hilang, pembantu makmal yang tidak dikenali berada dikawasan makmal, para penguji dikuti rapat oleh orang yang tidak dikenali, sampel yang dihantar ke luar negara dilambatkan, keputusan berlainan diantara para penguji didapati, dan pelbagai peristiwa yang mencurigakan berlaku. Jadi pengumuman keputusan HUKM tidak mengejutkan sesiapapun. Yang terkejut hanyalah orang-orang yang sudah tahu akan keputusannya seperti Mahathir, polis, Abdullah Badawi dan sebagainya. Mereka buat terkejut supaya rakyat nampak perbuatan cubaan meracun tidak benar. Rakyat sebenarnya terkejut dengan reaksi pimpinan negara sahaja. Lepas tembelang mereka terbongkar sepertimana tembelang pukulan terhadap Sdr. Anwar  terbongkar maka mereka akan dikejar sehingga kelubang cacing. Buatlah pelbagai kejutan, rakyat akan gelak ketawa nanti seperti melihat para Clown beraksi didalam pertunjukan serkas.

Peristiwa-peristiwa diatas hanyalah merupakan peristiwa yang disedari oleh penulis. Mungkin banyak lagi peristiwa yang tidak disedari. Hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui. Mereka cuba memadamkan Cahaya ALLAH. tetapi ALLAH Tetap Pasti Memastikan CahayaNYA Bersinar. Mereka Merancang tetapi ALLAH Juga Merancang, Dan Perancanaan ALLAH Tetap Pasti Terlaksana. Perancangan jahat mereka hanya mengakibatkan kejahatan dan kegagalan sahaja.

WALLAHU'ALAM
 Salam Perjuangan

 http://www.freeyellow.com/members5/reformasi691998/index.html