27 September, 1999
Pertemuan empat mata dengan ADUN Manjoi Nazri Ismail menjelaskan bahawa pentingnya peranan JKKK dalam membawa undi kepada BN dalam pilihanraya umum negara akan datang, khususnya di DUN Manjoi.
Para JKKK dinasihatkan supaya segera bertindak melasanakan apa yang sepatutnya dilakukan di saat-saat akhir mereka meraih perhatian dan minat rakyat untuk kembali memilih BN dalam pilihanraya umum negara akan datang.
Justeru itu apa sahaja permintaan rakyat tempatan saat ini perlu ditunaikan hatta seperti membina sebuah terowong massa di Pasir Salak bernilai RM4 juta. JKKK perlu menginsafi bahawa perlantikan mereka adalah atas restu pimpinan UMNO peringkat bahagian dan negeri.
Justeru itu mereka adalah alat dan 'ulat' yang akan membalas budi kerajaan dan pimpinan UMNO yang telah meletakkan mereka dalam darjat JKKK yang disandang.
Nazri berkata demikian kepada JKKK Chemor di Balai Penghulu Chemor, Jumaat lalu.