UMNO Kelantan Akan Gunakan Wang Untuk Kaut Undi?

27 September, 1999

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mohamad Shafie Apdal, menyeru supaya BN Kelantan menggunakan formula yang sama sebagaimana BN Sabah memenangi pilihanraya negeri Sabah Februari lalu, dalam pilihanraya umum negara akan datang.

Ini bermakna BN Kelantan akan menggunakan wang yang banyak sebagaimana RM50 juta yang diberikan kepada Datuk Haris Salleh untuk memecah undi bagi menyangkal pertandingan 2 penjuru antara BN dengan PBS.

Namun hasrat Datuk Mohamad Shafie Apdal juga perlu bersandarkan kepada hakikat sebenar bahawa kegawatan yang melanda negara sekarang akan menjejaskan hasrat BN itu disebabkan dana politik mereka telah kekeringan akibat pergerakan ekonomi yang semakin perlahan. Ini akan lebih terjejas jika pada minggu ini pelabur luar negara membawa keluar dana mereka dari pelaburan ke atas saham-saham di BSKL disebabkan keceluparan mulut Maha Firaun, pimpinan utama kerajaan BN.

Rakyat Kelantan lebih senang dengan taraf kehidupan mereka yang aman makmur dengan kehidupan  harian yang menjanjikan keselesaan serta kegiatan ekonomi yang membawa keuntungan kepada anak negeri, di bawah pimpinan ulama Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kejayaan mereka antara lain ialah mempertahankan hak tanah negeri Kelantan, tidak dengan sewenang-wenangnya dijual kepada orang asing.

Sebaliknya pembangunan yang dilaung-laungkan olen pimpinan BN di seluruh Malaysia kecuali Kelantan hanya menyaksikan bahawa nikmat pembangunan adalah untuk mereka yang mampu walaupun dari negara jiran. Sebaliknya rakyat yang miskin terus menderita dan gagal mendapat perlindungan asas iaitu sebuah rumah kediaman.

Dengan tertegakkan KLCC, menara tertinggi di dunia itu juga adalah lambang kegagalan orang Melayu di negara sendiri yang terus merempat mengharap simpati, walaupun bangunan megah itu hanya kosong tidak berpenghuni!!


KEMBALI