28 September, 1999
Keyakinan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum akan datang tidak terserlah jika parlimen tidak
dibubarkan dakwaan para pemimpinnya tidak ditunaikan.
Pak La B mendakwa dengan rekod pencapaian parti itu yang baik selama ini dalam pilihanraya lalu, selain mempunyai pengaruh yang besar, rakyat lebih
mudah menerima BN.
Beliau meminta anggota BN supaya terus mewujudkan suasana baik, bekerjasama, muhibah dan bertoleransi agar
segala keputusan dapat dijalankan secara bersama.
Abdullah mendakwa formula perpaduan kaum BN selama ini, kini mulai diterima pembangkang dan mereka sendiri cuba mewujudkan barisan alternatif.
Pak La B sebenarnya lupa bahawa rakyat tidak mudah lupa kezaliman yang berlaku dalam pemerintahan kerajaan BN selama ini. Pemecatan DSAI telah menjadi titik perubahan sejarah politik negara yang secara terang-terangan menyatakan isyarat kepada BN supaya runtuh dari takhta kekuasaan negara setelah menguasainya lebih 42 tahun lalu.~MR