28 September, 1999
MB Perak Tan Sri Ramli Marcos berkata sistem PINTAS (Pelan Tindakan Sosial) yang diperkenalkan oleh Kementerian
Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat akan berjaya menangani gejala sosial di peringkat negeri Perak.
Sistem itu akan mula digerakkan di peringkat Negeri hingga ke peringkat kampung akan cuba untuk menarik minat serta penglibatan semua lapisan
masyarakat. Ia akan dijalankan secara berpringkat-peringkat iaitu peringkat penggalakkan, pencegahan, pencelahan dan peringkat pemulihan.
Sistem PINTAS akan mula digerakkan melalui peringkat Kerajaan Negeri, daerah, mukim, organisasi, komuniti, keluarga dan individu untuk membendung
gejala sosial terutama di kalangan remaja, di masa akan datang.
Sistem apa pun diperkenalkan, jika kerajaan tidak jujur untuk membawa umat manusia kembali kepada Allah, maka pastilah akan berlaku kehancuran. Sudah semestinya peranan dan tugas kerajaan bermula dengan perlaksanaan program bercorak keugamaan. Tindakan yang pertama perlu dilakukan ialah dengan menukar dasar yang ada sekarang kepada yang lebih bermiripkan Islam.~MR