Make your own free website on Tripod.com

ISTILAH ZALIM SEBENARNYA

Umat Islam dinasihatkan supaya jangan terkeliru dengan mana-mana pihak yang mudah melemparkan tuduhan zalim terhadap pihak yang lain, sebelum mengerti istilah zalim yang sebenarnya.

Menurut seorang tokoh ugama yang enggan namanya disiarkan, bahawa istilah zalim yang dimaksudkan itu bukanlah merujuk kepada perbuatan yang kejam seperti membunuh atau menganiaya manusia lain.

Sebaliknya umat Islam perlu merujuk kepada Al-Quran istilah zalim yang sebenarnya. Menurut Al-Quran seseorang manusia atau sesebuah kerajaan diistilahkan zalim berdasarkan beberapa ayat di bawah, antaranya:

  1. Mengubah Perintah Allah - seperti yang wajib menjadi ringan dan yang sunat diberatkan. Ia juga seperti halal diharamkan dan haram dihalalkan. Sila rujuk ayat 59 Surah AlBaqorah.
  2. Menyembah atau mengagungkan patung/mercu tanda dan seumpamanya - rujuk ayat 92 Surah AlBaqorah.
  3. Golongan yang melarang masjid dijadikan tempat ibadat dan mengagungkan Tuhan - rujuk ayat 114 surah AlBaqorah.
  4. Orang yang menyembunyikan hukum Allah kerana takutkan yang lain dari Allah. Ia mungkin ditujukan kepada ulama yang menyembunyikan hukum dan kebenaran itu dari Tuhan - rujuk ayat 140 Surah AlBaqorah.
  5. Tunduk kepada Yahudi dan keinginan mereka - rujuk ayat 145 Surah AlBaqorah.
  6. Alasan tidak mahu sembahyang kerana masalah kiblat - ayat 150 surah AlBaqorah.
  7. Melanggar hukum Allah - rujuk ayat 229 surah AlBaqorah.
  8. Orang-orang kafir - rujuk ayat 254 Al Baqorah.
  9. Mengadakan dusta terhadap hukum Allah - rujuk ayat 94 surah AlBaqorah.
  10. Makan harta anak yatim dengan jalan salah - rujuk ayat 10 surah AnNisa'.
  11. Tidak menghukum dengan apa yang Allah hukumkan - rujuk ayat 45 surah Al Maidah.
  12. Larangan mengambil orang Yahudi sebagai teman - rujuk ayat 51 surah AlMaidah.
  13. Mengingkari ayat-ayat Allah - ayat 33 surah AlAn'aam.
  14. Mengusir orang yang beribadat kepada Allah diwaktu pagi dan petang dan mengharapkan keredhoanNya - ayat 52 surah Al An'aam.
  15. Orang yang mempersenda atau mengolok-olokkan ayat Allah - ayat 68 surah Al An'aam.
  16. Orang yang tiada ilmu ugama bercakap tentang ugama dan menyesatkan orang lain - ayat 144 surah AlAn'aam.
  17. Firaun dan para pengikutnya termasuk sekarang - ayat 54 surah Al Anfaal.
  18. Mengambil pemimpin dari kalangan orang yang rendah iman dan sebaliknya mengutamakan kekufuran - ayat 23 At-Taubah.
  19. Menjadi pengacau di kalangan orang beriman - ayat 47 surah AtTaubah.
  20. Menyembah selain Allah - ayat 106 surah Yunus.
  21. Golongan yang menolak bahawa kandungan AlQuran itu sebagai penawar dan rahmat - ayat 82 surah Al Israa'.
  22. Tidak menerima kenyataan masa mati atau kenyataan dibangkitkan - ayat 99 Al Israa'.
  23. Mengambil Iblis (manusia bersifat iblis) sebagai sahabat atau pemimpin - ayat 50 surah Al Kahfi.
  24. Menuduh Nabi sebagai ahli sihir - ayat 8 surah AlFurqaan.
  25. Orang yang tiada ilmu dan mengikut kehendaknya sendiri - ayat 8 Ar Rum.
  26. Orang beriman yang tidak bertaubat - ayat 11 Hujurat.

Dalam ayat-ayat Allah tidak timbul soal miskin kaya jika nak dikaitkan dengan zalim. Justeru itu tuduhan bahawa PAS melakukan kezaliman kerana membiarkan rakyat Kelantan hidup dalam kemiskinan adalah perkataan orang yang zalim terhadap Allah kerana kekayaan dan kemiskinan adalah ujian Allah terhadap manusia beriman.

Wallahua'lam.