Make your own free website on Tripod.com

IBRAHIM ALI TERFITNAH UMNO!

Gara-gara ghairah memfitnah, maka Ibrahim Ali Al-Kataki dengan tidak sengaja mendedahkan keaiban UMNO. Ibrahim Ali Al-Kataki dilaporkan meneruskan agenda 'perang fitnah dengan fitnah' UMNO yang dilancarkan oleh Mamanda PM Maha Firaun dua minggu lalu.

Kali ini beliau disifatkan berkata gara-gara ingin mendapatkan keuntungan RM150 dengan memasangkan bendera sebuah parti politik pembangkang di puncak sebatang pokok, seorang lelaki terpaksa menyewa kren RM250 bagi membolehkannya turun dari pokok itu.

Lelaki itu yang ingin mendapat keuntungan sebaliknya kerugian sebanyak RM100.

Kejadian itu di sebuah kampung di Kelantan. Beliau berkata setelah bersetuju dengan upah sebanyak RM150 yang dijanjikan lelaki itu akhirnya memanjat pokok yang tinggi itu pada awal pagi bagi mengelakkan dilihat orang. Beliau gagal turun dan diselamatkan dengan bantuan sebuah kren.

Sepanjang pengtahuan Minda Rakyat parti pembangkang di Kelantan ialah UMNO. Jika demikian Ibrahim Ali-AlKataki terfitnah UMNO dan dirinya sendiri.