KENAPA RM 3 BILLION??

Awang Lepuk

Datuk Seri Anwar Ibrahim ada RM 3 billion ?
Kenapa RM 3 billion ?. Bukankah RM 3 billion terlalu banyak ?. Kenapa tak fitnah RM 1 billion ?. Ataupun RM 500 juta. Ataupun RM 100 juta sahaja. Bukankah jumlah ini lebih waras dan boleh diterima akal ?. Rupa-rupanya inilah taktik propaganda bodoh Dr Mahathir. Bukankah anak lelakinya yang tak tahu berniaga itu disogok wang Petronas RM 2 billion untuk langsaikan hutang syarikat Konsortium Perkapalan Berhad miliknya ?. Jadi Dr Mahathir cuba gunakan taktik dan alasan yang selalu digunakan oleh kanak-kanak.

Kebiasaannya, kanak-kanak bila dimarahi tentang sesuatu perkara suka memberi alasan, "Orang lain buat boleh, kenapa saya tak boleh ?". Jadi bila ada rakyat mempertikaikan kenapa anak lelaki Dr Mahathir disogok RM 2 billion, Dr Mahathir akan jawab, "Anak saya diberi RM 2 billion sebab nak selamatkan syarikat dia. Syarikat dia adalah syarikat Bumiputera. Kalau syarikat tu selamat dan untung, kerajaan akan dapat cukai 28% dan rakyat Malaysia dapat peluang pekerjaan".

Jika ada rakyat Malaysia lain yang persoalkan kenapa syarikat Bumiputera lain terutamanya di sektor IKS tidak diberi bantuan yang sama, sedangkan mereka juga turut membayar cukai. Dr Mahathir akan jawab, " Apanama .... Anak saya cuma dapat RM 2 billion, tapi apanama .... Anwar Ibrahim ada RM 3 billion. Kenapa tak sibuk ?".

Inilah Dr Mahathir. Masih gunakan taktik Yahudi dan menerima nasihat Yahudi. Juga masih gunakan propaganda lapuk dan kuno yang cuma sesuai digunakan di era 50 an dan 60 an. Dan juga masih lagi bergantung kepada sokongan ahli-ahli dan pemimpin totok buta tuli UMNO.

KENAPA HARI KHAMIS ?
Betul juga !. Kenapa hari Khamis baru diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ada RM 3 billion ?. Kenapa tak hari Isnin atau Jumaat ?. Kenapa juga tak diumumkan pada bulan lepas atau tahun lepas, tetapi diumumkan pada 28 Oktober 1999 ?. Rupa-rupanya ini juga taktik dan propaganda bodoh Dr Mahathir. Bukankah pada hari Jumaat (29 / 10 / 1999) akan dibentangkan Belanjawan 2000.

Rakyat pasti akan dihidangkan dengan angka-angka wang ringgit yang mencecah RM bilion-billion di dalam pembentangan tersebut. Bila diumumkan Anwar Ibrahim ada RM 3 billion pada hari Khamis, rakyat pasti akan mengingati angka RM 3 billion tersebut. Kemudian esoknya diumumkan pula belanjawan. Juga melibatkan angka-angka wang ringgit. Dan diumumkanlah juga kakitangan awam dapat bonus minimum RM 1,000 atau sebulan gaji (tetapi kena pula tolak RM 600). Rakyat lain pula disogok dengan pelbagai imbuhan pancing undi.

Strateginya ialah rakyat akan diprovok dan dihasut untuk membandingkan apa yang konon-kononnya dimiliki oleh Anwar Ibrahim sebanyak RM 3 billion dengan bonus dan imbuhan yang mereka perolehi. Dr Mahathir juga fikir rakyat dan kakitangan awam akan gembira dengan pelbagai imbuhan tersebut. Difikirnya kegembiraan itu akan membuatkan rakyat boleh lupa atau memaafkan keDURJANAan UMNO selama 42 tahun di Malaysia.

Oleh itu fikir Dr Mahathir rakyat dan kakitangan awam akan bertukar pendirian untuk menyokong semula UMNO. Kemudian, rakyat yang dalam keadaan gembira dan disangka mulai menyokong UMNO tersebut dengan tiba-tiba akan disogok dengan propaganda 'Anwar Ibrahim mempunyai wang dan aset sebanyak RM 3 billion'. Kata orang, taktik ini dinamakan "Potong Stim". Dr Mahathir merasakan rakyat pasti akan semakin membenci Anwar Ibrahim dan terus menyokong UMNO tanpa berbelah bahagi.

Soal PESARA yang tak dapat bonus ataupun elaun langsung tak dikisahkan. Dr Mahathir fikir semua pesara, 100% setia menyokong UMNO dan Barisan Nasional. Oleh itu mereka boleh diabaikan. Sunggh licik strategi dan propaganda yang digunakan oleh Dr Mahathir. Tetapi dia silap !. Bukan semua rakyat Malaysia bodoh seperti mana ahli totok buta tuli UMNO.

KENAPA SAYA MINTA MAAF ?
" Saya minta maaf kerana biarkan diri menjadi alat Datuk Seri Anwar Ibrahim ", kata Datuk Abdul Murad Khalid, bekas penolong Gabenor Bank Negara yang kini ditahan atas dakwaan tidak mengisytiharkan harta.

Ayat yang sama dan tidak berubah langsung dengan apa yang pernah diucapkan oleh ZAHID HAMIDI iaitu orang yang pernah ditahan beberapa hari sahaja dibawah Akta ISA dan kemudiannya terus hilang maruah diri. Selepas Zahid Hamidi ucapkan, " Saya minta maaf kerana biarkan diri menjadi alat Datuk Seri Anwar Ibrahim ", APA YANG BERLAKU KEPADANYA ?. Selamat ..... !. Langsung tak dikenakan apa-apa dakwaan dan tuduhan oleh Dr Mahathir. Dia boleh hidup bebas di banglo mewahnya di Country Heights. Boleh bergerak bebas dengan pelbagai jenis kereta mewah yang dimilikinya. Soal MARUAH sudah tidak penting lagi. Bagi orang jenis Zahid Hamidi ini, maruah boleh dipijak-pijak dan dijual beli, tetapi harta dan wang ringgit adalah 'AGAMA'. Orang seperti ini akan menjadi runsing, pening kepala dan ketakutan walaupun wang dan harta kepunyaannya berkurangan cuma satu ringgit sahaja.

Kini selepas Zahid Hamidi, muncul pula Datuk Murad. Skrip yang digunakan oleh Zahid Hamidi sebelum ini diberi pula kepada Datuk Murad. Yang diubah di dalam skrip tersebut cumalah watak sahaja. Sekarang kita tunggu sahaja apa yang akan berlaku kepada Datuk Murad seterusnya.

a) Adakah dakwaan tidak isytiharkan harta yang dihadapinya itu akan ditarik balik ?. Atau ....
b) Dia akan terus didakwa tetapi dengan hukuman yang paling minima. Atau ......
c) Dia akan selamat daripada senarai panjang dakwaan-dakwaan seterusnya yang telah sedia menunggu jika dia tidak bersedia berlakon di dalam Drama konspirasi "Fitnah Yang Belum Selesai", arahan pengarah import berketurunan Bollywood iaitu Dr Mahathir.

TAKTIK PROPAGANDA
Setiap masa dan setiap hari kita dipropaganda bodoh oleh Dr Mahathir dan UMNO. Mampukah rakyat Malaysia bertahan dengan propaganda bodoh tersebut ?. Tidak adakah rakyat Malaysia yang lama kelamaan akan terpedaya juga dengan propaganda bodoh tersebut ?.

Oleh itu, kuatkan pertahanan diri kita. Fahamilah propaganda. Kenali taktik-taktik propaganda supaya kita tidak terpedaya. INGAT ! Pembohongan yang berulang-ulang, lama kelamaan akan dianggap benar. Inilah prinsip utama propaganda. Enam jenis taktik propaganda yang perlu kita fahami ialah :

a) Memberi Gelaran - iaitu memberi gelaran baik atau buruk kepada sesuatu pendapat, gagasan, ideologi, parti politik, individu dan sebagainya secara berulang kali
b) Membuat Tuduhan Yang Melampau - kebaikan atau keburukan seseorang atau parti politik akan dipaparkan dengan dengan menyeluruh dan melampau sehinggakan rakyat seolah-olah terpaksa mempercayai dan menerima bulat-bulat perkara yang dipropaganda tersebut
c) Pemindahan Prestij & Pengiktirafan - prestij dan kedudukan tinggi lagi dihormati dan disanjungi yang dimiliki oleh seseorang individu atau kumpulan akan diputarbelitkan oleh media seolah-olah mereka menyokong dan memberi pengiktirafan kepada pihak yang menjalankan propaganda. Ini pernah dilakukan oleh Dr Mahathir terhadap ahli ekonomi terkenal Krugman yang konon-kononnya menyokong langkah kawalan modal yang dilaksanakan olehnya.
d) Menggunakan Orang-Orang Biasa - rakyat biasa akan diguna dan dieksploitasi oleh media seolah-olah mereka menyokong dan menyanjungi Dr Mahathir dan UMNO
e) Pemilihan & Pengaturan - media propaganda akan berterusan menyerang dan menghentam pihak yang mereka ingin jatuhkan. Soal moral dan kewarasan idea-idea serta rencana yang media gunakan langsung tidak dipedulikan. Rakyat dihidangkan dengan paparan dan maklumat palsu dari sebelah pihak sahaja. Hanya kebaikan Dr Mahathir dan UMNO sahaja yang dilaporkan. Maklumat tentang Reformasi dan Barisan Alternatif semuanya buruk belaka. Seolah-olah tak ada langsung kebaikan yang ada pada mereka.
f) Pengikutan Beramai-Ramai - prinsip taktik ini ialah : "Semua orang sudah menyokong Dr Mahathir dan UMNO, mengapa anda tidak turut serta ?". Soal betul atau tidak laporan yang dibuat itu dipersetankan sahaja oleh media propaganda. Yang penting rakyat mesti ditipu dan dipaksa mempercayai bahawa majoriti rakyat Malaysia menyokong Dr Mahathir dan UMNO. Oleh itu kita juga harus melakukan perkara yang sama iaitu "Undilah Barisan Nasional"®