BARISAN NASIONAL, UMNO DAN MAHATHIR SUDAH TIDAK RELEVAN

Ramai berkata BN, Umno dan Mahathir sudah tidak relevan. Kenapa jadi begitu? Banyak dosa, kesalahan, kesilapan, kekejaman, kezaliman, kemungkaran dan pelbagai perkara negatif yang timbul selama 42 tahun pemerintahan mereka, Renungkan sendiri apa yang disenaraikan di bawah…Buka minda anda dan buat keputusan yang betul dan wajar.
ISLAM
Menghina ulama:
Ulama dipersendakan, diperlekehkan, diejek-ejekkan dan paling ketara dituduh sebagai penipu. Semua orang tahu apa yang berlaku pada bekas Mufti Selangor Dato’ Ishak Baharom selepas tindakannya ke atas penyertaan 3 gadis Melayu dalam pertandingan ratu cantik. Sejumlah besar rakyat sudah mendengar rakaman penghinaan dan fitnah yang dilemparkan kepada Prof Harun Din. Ulama yang memasuki Persatuan Ulama dipersoalkan, seolah-olah semua orang boleh jadi ulama bila saja menyertai persatuan.

Tindakan memecat Mufti yang menjalankan tugas mengikut hukum tanpa mengira pangkat dan kedudukan seseorang dan menghalang para pendakwah (tindakan gam dari keluar di siaran TV) daripada menyatakan perkara yang hak adalah tindakan menghalang dakwah dan amalan amal makruf nahi mungkar yang disuruh oleh agama. Ulama penyokong pemerintah seperti telah dibutakan mata dan hatinya. Mereka sanggup melihat kemungkaran bermaharajalela di depan mata. Sampai hati mereka menafsir ayat-ayat Quran dan hadis secara dangkal atau sekadar melihat pada permukaan sahaja. Setiap isu yang diulas oleh mereka selalunya untuk menyetujui apa yang pemerintah mahukan. Bagi mereka ulama hanya diperlukan untuk membaca doa di majlis rasmi, menentukan anak bulan Syawal dan Ramadhan nampak atau tidak, menghakimkan tajuwid, mengendalikan nikah kahwin dan memberikan bimbingan fardhu ‘ain yang dibataskan skopnya. Tuan Guru Nik Aziz dihina sedemikian rupa bagi menunjukkan ulama tidak layak langsung untuk menjadi pemerintah. Terbaru, kedapatan tulisan "Ulama Penipu" di merata tempat, bagaikan tulisan tersebut sengaja direncanakan.

Ketiadaan sistem pembangunan rohani dalam perlembagaan negara dan sistem pemerintahan menjadikan masyarakat Malaysia pincang. Inilah antara punca meningkatnya keruntuhan moral muda-mudi, akidah dan akhlak remaja Melayu hancur lebur, umat Islam menjadi jahil, kepimpinan tidak berminat kepada Islam, remaja tidak tahu membaca al-Qur’an, hilang keyakinan pada Islam dan berbagai-bagai lagi masalah sosial. Apa tidaknya jika seorang pemimpin Islam sendiri menganggap ucapan salam sama saja seperti ucapan selamat pagi, jadi baginya semua di duniani sama ajela.
Menolak dan mempersendakan hukum hudud (hukum Al-Qur’an). Tiada penganut ugama lain yang sanggup mempersendakan agama sendiri biarpun sebahagian dari mereka sedar bahawa agama mereka banyak yang kurang. Tapi tidak pada kepimpinan Umno. Mereka memberi amaran akan mengambil tindakan jika Kelantan melaksanakan hukum hudud. Mereka juga perli, jika hudud terlaksana orang Islam ramai kudung tangan kerana mencuri dan akan habislah batu di jalan raya digunakan merejam penzina. Nak makan sup tangan pergilah Kelantan. Tapi, bila bercakap depan penyokong mereka…kenapa kerajaan Kelantan tak laksanakan hukum hudud sedangkan mereka yang memerintah Kelantan. Inilah manusia lidah bercabang di negara kita. Mahathir juga pernah mengatakan, " Hukum rejam kepada penzina adalah primitif" (Nilam Puri, 3 Mac 1994).
Menghina dan memperleceh sunnah Nabi s.a.w."Siapa pernah tengok janggut Nabi. Masa zaman dia tak ada Gillette, itu sebab dia tak cukur janggut." Diucapkan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi ketika membincangkan isu perlucutan jawatan Mufti Selangor dan bahaya fahaman Syiah.
Mempersendakan kaedah perubatan mengikut Al-Qur’an. Air yang dijampi dikatakan amalan kolot dan tak mengikut zaman. Prof. Harun Din dihina sebagai menjampi secara ‘mass production’ dan mendapat pendapatan lumayan dari penjualan air tersebut.
Menghina amalan memakai purdah/bertudung. Kata mereka zaman nabi orang Arab punya nafsu kuat, suka culik dan rogol wanita, sebab itu mereka pakai tudung. Orang tua tak perlu lagi pakai, kerana orang tengok pun dah tak ada nafsu. Isteri dan keluarga Mahathir serta sekutunya tidak dipaksa memakai tudung agar menutup aurat. Disebaliknya orang yang memakai pula diperkecilkan.
Membelakangkan syariah – kes DSAI yang difitnah melakukan hubungan seks sejenis adalah sangat serius. Setiap tuduhan yang dilemparkan mengikut syariah perlu dibawa 4 orang saksi yang boleh dipercayai, jika ketiadaan saksi maka orang yang dituduh itu hendaklah bersumpah bagi pihak dirinya bahawa beliau tidak melakukannya dan hukuman seterusnya terpulanglah ke atas keadilan Allah s.w.t. di kemudian hari kelak.
Mempersoalkan pejuang Islam yang mati syahid dalam ucapannya di Kuala Ketil suatu ketika dulu; "Sayyidina Hamzah yang gugur di Uhud tidak dimandikan kerana tidak ada air, kerana terkorban di tengah-tengah padang pasir".
Pusat Islam hanyalah sebagai alat propaganda kerajaan dan bukannya digunakan untuk kemaslahatan ummah. Ulamak yang ada dalam pemerintah hari ini bacul dan takut mempertahankan Islam demi menjaga hati Mahathir, mereka begitu takut sekali menasihati kemungkaran pemerintah.
Mengeksploitasi ahli jawatankuasa masjid, JKKK, imam dan bilal agar menjalankan dakyah dan propaganda pemerintah. Mereka dihalang malah diambil tindakan jika terdapat aktiviti atau program keagamaan yang berbau politik ataupun penentangan terhadap apa yang sedang berlaku di dalam negara.
Umno adalah parti anti Islam. Dalam perlembagaan Umno, Islam disebut sekali imbas sahaja. Umno mengamalkan sistem sekular yang membezakan ugama dan politik. Bagi mereka keduanya adalah bidang yang berlainan yang tidak boleh dicampur aduk. Islam juga disekat dalam sistem pendidikan (sepertimana kes 3 kanak-kanak sekolah berserban), Islam diajar hanya sebagai transparent antara guru dan murid, tak lebih dari itu sedangkan dalam Islam ilmu diajar untuk penghayatan. Pemimpin bukan Islam BN sudah berani menghina Islam, bilamana Samy Vellu berani cakap, "Apa Quran boleh bikin lebuhraya ka?" dalam satu ceramah di Sg Siput (Detik 15 Okt). Ling Liong Sik mengatakan kononnya "sebarang usaha untuk melaksanakan pemerintahan Islam seolah-olah memusing jam ke belakang". Sedangkan bagi mereka memang mahu melihat para remaja melepak di tempat hiburan, bar, kelab malam, disko, karaoke sambil minum arak dan menagih pil khayal dari malam hingga pagi kerana inilah lambang ‘kemakmuran ekonomi’, yang diidamkan oleh mereka; "Good business for them, why worry?."
Memperkecilkan soal murtad.


Soal murtad tidak langsung dianggap penting dan merbahaya bagi umat Islam. Hamid Osman mengulas, "murtad soal kecil, kita ada banyak agenda lain yang lebih penting" bila disoal. Dibawa usul ke Parlimen oleh PAS ditolak mentah-mentah. Dibuat janji nak perkenalkan undang-undang mencegah murtad, tapi hingga sekarang tak ada sikitpun usaha ke arah itu. Persoalannya sekarang tak ada siapapun tahu di Malaysia ini berapakah jumlah sebenar manusia Islam yang sudah murtad, kecuali Allah s.w.t. Mufti WP Datuk Hashim Yahya, mendedahkan terdapat 3,000 orang memohon untuk keluar dari Islam di KL. Merujuk pada bancian tahun 1980, dari 6.1 juta orang Melayu di Sem Malaysia, seramai 4,766 Melayu menganut Kristian, 522 Hindu, 746 Buddha dan 456 kembali menganut agama Confucianisma dan Taoisma. Ingatkah lagi dengan kes Suzie Teoh dan Jassiza Zurich (1988), Norbaizura Abdullah (1990), Hartina Kamaruddin dan Nor Aisyah Bokhari (1997).

Ajaran sesat berleluasa. Dari 55 kumpulan (1998) meningkat kepada 82 (Mei, 1999). Kenapa begitu sekali ianya terjadi. Salah satu faktor penyebab, kurangnya penekanan pada pendidikan agama sejak dari kecil (waima tadika). Sistem pendidikan negara di bawah BN berkecamuk.
Menyalahkan kaum Yahudi dan Soros bila ekonomi gawat, paling ketara sering menyalahkan pihak barat yang kununnya ingin menjajah negara. Tapi siapa yang jemput pemain kriket Yahudi/Israel. Kaum apakah Penasihat Ekonomi Negara Smith and Barney? Bangsa apakah perunding kempen pilihanraya BN tahun 1986, Sachi & Sachi.
Pemimpin Umno sanggup membiarkan diri mereka dipergunakan tanpa memikirkan kehinaan yang akan menimpa dirinya; lihat saja dengan Dollah Badawi yang sanggup mempengerusi hal ehwal babi bila kes JE meletus. Beliau juga sanggup turun untuk merasmikan tokong (rumah ibadat bukan Islam) di Kepala Batas, Jun 1999. Bekas Ketua Polis Negara, Hanif Omar boleh mengatakan tidak tersebut di dalam al Qur’an sebarang larangan melibatkkan diri dalam aktiviti perniagaan judi. Gajinya sebesar RM50,000 sebulan sebagai Timb Pengerusi Genting Berhad (syt judi ternama) mungkin menjadi penyebab kenapa beliau bertegas begitu.
Mengaku Umno mendaulat dan melaksanakan dasar-dasar Islam hingga menjadi negara Islam contoh. Apa yang berlaku adalah pelbagai kemungkaran yang wujud di sana-sini. Mahathir megah dengan mengatakan Umno parti Islam ketiga terbesar di dunia. Kerajaan Umno banyak bina masjid, universiti Islam, bank Islam, anjur musabaqah. Ulama-ulama besar dari luar dijemput datang hanya untuk dipertontonkan pusat-pusat pentadbiran berbentuk Islam bagi mengabui mata mereka, sedangkan tempat-tempat maksiat yang bercambah dilindungi.
Menganggap ahli pembangkang sebagai menganuti fahaman Syiah dan Khawarij, sedangkan sistem pemerintahan yang ada sekarang pula berkonsepkan ala Syiah Sekular tak disedari oleh mereka. Penggunaan kitar semula istilah Syiah dan Khawarij menunjukkan kedangkalan isu politik Umno masa kini.

  MORAL & SOSIAL
Membiarkan dan menggalakkan program TV yang mendedahkan kefasikan dan nilai moral yang rendah hingga mengakibatkan keruntuhan akhlak dan moral anak-anak muda sekarang.
Membiarkan pusat-pusat maksiat dan hiburan tumbuh bagai cendawan di musim hujan. Lesen perjudian (termasuk pusat permainan) diberikan secara mudah. Kegiatan maksiat dibenarkan berleluasa dalam masyarakat di mana akhirnya menjadikan rakyat hidup dalam budaya hedonisme. Kanak-kanak sudah diajar dari sekecil-kecilnya bagaimana permainan yang berunsur perjudian itu menyeronokkan. Ada perancangan kawasan ala Hollywood dan satu pusat hiburan besar akan didirikan di Putrajaya.
Masalah penagihan dadah tak dapat dibendung selama 42 tahun pemerintahan BN. 25 pusat serenti (mampu menampung 12,000 penagih) mengalahkan jumlah pusat pengajian tinggi. Gaya hidup masa kini, bebas berpeleseran, faktor emosi dan tekanan persekitaran rumah yang sempit mewujudkan ketidaktenteraman keluarga. Kegagalan dalam pelajaran dan paling utama kegagalan mengawal iman dan akhirnya akan membuat sesuatu dengan hanya mengikut perasaan. Adakah system pemerintahan BN tidak menggalakkan semua gejala ini. Cuba nilaikan.
Apakah nilai moral yang ada pada pemimpin Umno, Rahim Tamby Chik yang kes rogolnya masih belum selesai hingga hari ini. Megat Junid dengan ceritanya yang kebanyakan orang tahu. Judi dan perempuan menjadi seperti hobi masa lapang saja bagi mereka. Tuduhan Marina Yusuf kepada Mahathir tentang salahlaku seknya hingga sekarang tak berjawab. Bagaimana pula moral Rafidah, Najib, Ghafar Baba, Ahmad Razali Ali, Tok Mat, Sabaruddin Chik, Annuar Musa, Isa Doraemon, Mohammed Taib dll. Bagaimana akhirnya kisah hubungan seorang menteri dengan kes Mustakizah yang terbunuh itu? Apakah nilai moral dan kesetiaan pada kerajaan yang ada pada Mahathir bila beliau mengutuk dan mencerca Tengku Abdul Rahman selepas disingkir dari Umno, pergi ke London dan Australia dan mengutuk Tengku. Dan guna pentas PAS untuk mencerca Tengku. Dakwa DSAI, kenapa tiada tindakan diambil bila Rahim Thamby Chik dan lain-lain pemimpin membawa wanita menggunakan pesawat peribadi melalui saluran VIP Subang? Salah orang dia nampak, salah sendiri buta mata.
Kepimpinan Umno/BN mengamalkan amalan-amalan khianat, pembohongan, pendustaan, pecah amanah sosial dan mungkir janji tanggungjawab kepada masyarakat sebagai budaya ‘khidmat’ mereka yang berselindung di sebalik tabir, "Kepimpinan Melalui Teladan", "Tradisi Membela Rakyat" (manifesto BN pilihanraya lalu), "Bersih, Cekap dan Amanah" (BCA = Boros, Curang dan Ampu) dll. Hanya tinggal slogan dan cerita semata-mata. Indah khabar dari rupa. Mereka berterusan memanipulasikan sentimen rakyat dengan keyakinan palsu kononnya negara diiktiraf sebagai negara membangun yang dikagumi dunia di bawah Mahathir. Malaysia sajalah yang mampu kekalkan pertumbuhan ekonomi 8% beberapa tahun berturut-turut yang akhirnya merudum jatuh. Malaysia jugalah negara Islam contoh kerana kejayaan dalam sektor perindustrian dan pemodenan pentadbiran Islam. Rakyat didesak agar bersyukur dan berterimakasih kepada pimpinan negara atas apa yang dinikmati sekarang. Sedangkan merekalah yang sepatutnya berterimakasih kepada rakyat kerana mengangkat mereka sebagai pemimpin dan sekaligus mengayakan mereka.
Mengamalkan sikap tak mahu mengaku kesalahan dan kelemahan diri sendiri. Lihat saja kegawatan ekonomi dan matawang merudum, Soros disalahkan. Kelemahan pelajar Melayu dalam pelajaran, kesibukan berpolitik jadi penyebabnya. JE menyerang tanah air, kakitangan kerajaan disalahkan kerana gagal melaksanakan dasar kerajaan (MP Tg Karang). DSAI dipukul, beliau sendiri dituduh; kena racunpun keluarga sendiri punya angkara. Dia yang mengamalkan sekularisme, tapi dikatakan Tuan Guru Nik Aziz pulak pengikut sekularisme.
Martabat wanita tidak dipelihara sebaiknya; kaum wanita menjadi bahan eksploitasi perniagaan (iklan) dan bahan penarik pelanggan. Gambar separuh bogel digunakan bagi melariskan bahan jualan terutamanya majalah hiburan. Masih banyak uniform kakitangan awam wanita seperti jururawat, polis, JPJ, anggota penjara, tentera dan sebagainya tidak menutup aurat. Menurut hasil kajian Pertubuhan Buruh Antarabangsa, terdapat 142,000 orang pelacur di Malaysia. Terjagakah maruah wanita di negara ini?
Di bawah pemerintahan BN/Umno, rakyat berpecah belah kerana dasar yang Umno pertahankan tidak berasaskan kebenaran dan keadilan. Perpaduan pada pandangan Umno ialah menerima segala keputusan pucuk pimpinan parti dan sesiapa tak bersetuju dianggap pengkhianat negara.
KETUANAN DAN HAK ORANG MELAYU
Pencabulan terhadap institusi raja berpelembagaam dengan krisis pindaan perlembagaan pada 1993. Akhirnya melucutkan imuniti (hak keistimewaan) Raja-Raja Melayu. Hinggakan sekarang Raja-Raja Melayu dikatakan tinggal gusi sahaja, tak mampu menyuarakan apa-apa. Semua kuasa ada pada Mahathir. Raja-raja tidak lagi dilayan sebagai Raja Melayu yang perlu dihormati sebagai lambang penyatuan umat Melayu. Malah berlaku usaha dari pihak Umno (Anuar Musa) untuk cuba ‘menabalkan seorang sultan’ lain yang kononnya lebih berhak untuk menjadi ketua negeri Kelantan.
Mengkhianati Melayu dengan aktiviti ‘gerak saraf’ ke atas orang Melayu. Melayu menjadi sasaran agen gerak saraf yang menganjurkan dan menetapkan kepelbagaian aktiviti kehidupan harian masyarakat Melayu. Lihatlah apa yang ada bila konsert amal dilakukan, nampak baik tapi maksiat dibelakangnya. Bila banyak Call Girl heboh satu Malaysia, ditukarnya panggilan pada GRO atau PRO senyap kita. Babi yang haram tak manis disebut, tukar pada khinzir. Judi dikatakan permainan/games, zina/rogol disebut hubungan tidak sah, bersekedudukan dah jadi tinggal serumah. Semua dosa besar dah jadi kesalahan biasa dek lunaknya istilah baru. Digalakkan aktiviti anak-anak muda secara campuraduk lelaki dan perempuan. Dianjurkan program mencungkil bakat menyanyi, ratu cantik, fesyen, tarian, lakunan dll.
Tanah Rizab Melayu diwartakan 3 juta hektar pada tahun 1957. Tapi setelah Akta Pengambilan Tanah dipinda oleh mereka (tahun 1991), apa jadi pada TRM. Tahun 1995 tinggal 1.7 juta hektar, merosot 44%. Antara contoh yang jelas; Kerpan (1993, 167 lot seluas 1000 ekar untuk ternakan udang yang tak menjadi), Mambau N9 1994 (930 hektar tanah milik 666 orang untuk pembangunan), Pantai Gelang 1990 (80 penduduk Langkawi diambil tanah untuk Pelangi Beach Resort) dll. TRM di KL, Ipoh, Melaka, Kuantan dan JB tidak sampai 10%. Siapakah sebenarnya yang kayaraya dalam proses pembangunan Tanah Simpanan Melayu – atas wawasan pembangunan ala Mahathir canggih. Tanah-tanah wakaf Melayu diambilalih oleh kerajaan negeri atas nama pembangunan dan akhirnya memaksa Melayu menumpang di tanah airnya sendiri. Mereka lebih gembira bila tanah yang ada dijadikan padang golf dan taman rekreasi umum daripada kepentingan rakyat jelata (739 ekar di Batu Gajah, Clearwater Sanctuary Resort dan Pulau Pangkor). Isu tanah bendang Tandop, Alor Star seluas 638.32 hektar diambil untuk perumahan dan perindustrian yang akhirnya dijual kepada bukan Melayu. Akan selamatkah TRM di Langkawi bila Mahathir sudah mula "melelong"nya atas nama pembangunan? Masih punya tanahkah umat Melayu masa depan di pulau ini?
Berkurangnya peratusan kuasa politik Melayu berbanding bukan Melayu dapat dilihat dengan jelas. Tahun 1964 Melayu mempunyai 66.3% ahli Parlimen berkurang kepada 52.1% pada tahun 1995. Sebanyak 37 DUN dan Parlimen (majoriti pengundi Melayu) Umno serahkan pada calon bukan Melayu pada 1990. Umno snggup mengorbankan maruah bangsanya atas dasar permuafakatan komponen, padahal survival orang Melayu, kekuatan politik bangsa terletak pada kuasa politik.
Bahasa Melayu yang dicatatkan sebagai Bahasa Kebangsaan, secara praktikalnya apa yang berlaku? Bahasa Melayu semakin terpinggir, IPTA dan swasta serta agensi kerajaan dan swasta digalakkan guna bahasa Mat Salleh. Kalau adapun bahasa Melayu itupun bahasa rojak. Sekali pandang, B.Melayu hanya cuma layak jadi papan tanda di highway sahaja. Penggunaan nama Inggeris pada taman perumahan mewah, pangsapuri dan kondominium, bangunan-bangunan yang gah di KL makin menggalakkan. Mereka menjadi malu untuk menggunakan bahasa kebangsaan sendiri.
Kesalahan yang bertentangan dengan Islam dendanya begitu ringan, lihatlah apa denda zina, judi, murtad, tak puasa dll. Apalah agaknya perasaan Melayu yang menghakimi kes-kes syariah ini. Umno merendahkan lagi martabat mahkamah syariah dan mengutamakan mahkamah ala penjajah biarpun kes-kes yang bersangkutan dengan penganut agama Islam. Pembesar-pembesar Melayu dilantik menjadi pengerusi dan boss di syarikat-syarikat yang bercanggah dengan Islam (seperti syarikat judi/arak/nombor ekor/kelab dangdut). Pekerja Melayu diperbanyakkan di tempat-tempat yang haram di sisi Islam.
Menghina dan memperlecehkan orang Melayu; Mahathir mengatakan pada 29 Julai 99 ‘orang Melayu tidak mungkin mendapat jawatan tinggi jika kriteria merit digunakan untuk menilai mereka. Katanya ramai professor Melayu dapat kedudukan kerana polisi kerajaan, bukan kerana kebolehan. Dia juga membuat pelbagai tohmahan negatif terhadap bangsa Melayu sebagai pemalas, bodoh, tidak teguh pendirian, emosional, pelajarnya hanya suka berpolitik dll. Dollah Beduwi juga menghina Melayu dengan mengatakan Melayu cepat percaya yang bukan-bukan bila mengulas kes skim cepat kaya. Apa salahnya rakyat dengan skim cepat kaya pemimpin dengan skim kaca cepat.
Umno/BN gagal menjaga kepentingan Melayu apabila dalam kes babi dibunuh pelbagai insentif diberikan kepada penternaknya, tapi ketika wabak penyakit kuku dan mulut menyerang ternakan Melayu tiada sebarang pampasan yang diberikan bila ternakan mereka terpaksa dimusnahkan. Sejauh mana orang Melayu dibela dan dibantu, apakah Umno tidak pernah membuat kajian atau diberitahu, bahawa anak muda Melayulah yang paling ramai menagih dadah, paling ramai terlibat dalam jenayah di KL (kajian GPMS) dan Melayulah paling ramai menghuni penjara-penjara di Malaysia.
Kementerian Kesihatan, Tenaga Telekom & Pos, Kerjaraya dan Perumahan adalah kementerian yang penting yang sudah lama dipegang oleh menteri bukan Melayu. Terjaminkah hak Melayu di bawah kementerian ini??
Pemerintahan Sabah di bawah BN mengamalkan sistem giliran ketua menteri yang mengakibatkan secara langsung kerugian di pihak orang Melayu. Pemerintahan Usno dan Berjaya adalah lebih kemelayuan jika dibandingkan BN sekarang. Biarpun hakikatnya Umno yang menang pilihanraya tapi disebabkan janji Mahathir yang tidak rasional akhirnya merugikan Melayu Sabah.
Singapura dipisahkan dari Malaysia pada 9.8.65 atas pertimbngan politik semasa. Seolah-olah Umno memberikan Singapura secara percuma kepada bangsa Cina. Sejak itu Melayu mula lenyap dari bumi yang dibuka Sang Nila Utama itu hingga akhirnya tanah sekangkang kera milik keturunan Sultan Hussein pun disapu bersih. Selain itu timbul pula isu Pulau Batu Putih, CIQ Tg Pagar dan pencerobohan ruang udara Johor oleh tentera udara republik berkenaan.
EKONOMI
Kerajaan BN lah yang sebenarnya meranapkan ekonomi negara. Krisis dan kegawatan ekonomi yang melibatjan kejatuhan nilai ringgit dan pasaran saham. Bukannya Soros seperti kata Mahathir. Fikirkan sendiri. Malaysia kerugian RM1 trilion kuasa beli (berdasarkan kerugian RM600 bilion pasaran saham dan penurunan pendapatan perkapita dari RM5,000 kepada RM2,000. Ramai pekerja terpaksa menganggur dek syarikat kena tutup, kerugian perniagaan berlaku di sana sini. Ekoran itu, pelbagai lagi masalah sosial wujud satu persatu.
Terlalu ghairah dengan projek ultra dan mega – untuk kebanggaan dan keangkuhan kuasa. Baginya di Malaysia perlu ada semua yang terbesar, terpanjang, tertinggi, tercanggih, terlama, terhebat dan segala-gala yang ter…Apa untungnya menara kembar Petronas, KLCC, Menara KL, KLIA, Putrajaya, Litar Lumba F1 di Sepang dan segala macam projek mega yang dah dibina, dibatalkan, akan dibina dan dirancang pembinaannya. Sepatutnya sebagai sebuah negara membangun setiap apa yang ingin dilakukan kenalah kita ukur baju pada badan sendiri. Jangan ingat sebab anak kita akan membesar, lalu kitapun belilah baju besar untuk umur 15 tahun sedangkan anak kita baru umur 5 tahun.
Tidak mengendahkan langsung nasib rakyat berpendapatan rendah dan sederhana dengan memperbanyakkan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana. Yang digalakkan binalah banyak-banyak bungalow, condo, apartment, hotel & resort lima bintang dan padang golf. Katmanalah rakyat nak tinggal, paling tidak pun setinggan di pinggir-pinggir bandar. Itupun tak selamat, kerana bila-bila masa akan dihalau macam anjing kurap. Peliknya Malaysia boleh bina bangunan tertinggi di dunia, projek Putrajaya dan Cyberjaya tapi gagal mengatasi masalah setinggan di kawasan bandar. Masalah setinggan ini sudah berlarutan selama 30 tahun tanpa penyelesaian. Terdapat 211 kawasan setinggan (42,000 keluarga) di KL. Dalam pada itu bagi melariskan rumah mewah yang tak mampu dibeli oleh rakyat Malaysia, dibenarkan orang asing memiliki rumah RM250 ribu tanpa levi. Bayangkan apa sebenarnya berlaku, bila 6,600 unit rumah kos rendah disediakan telah diserbu oleh 15,000 orang rakyat Malaysia di JB.
Mahathir/Daim pemusnah ekonomi dan hak bumiputera. BBMB yang beberapa kali mengalami kerugian disebabkan pinjaman tak berbayar puak-puak korporat, akhirnya ditelan oleh BOC begitu saja. Angkara siapa kes ular lidi menelan naga ini berlaku? Tanggungjawab untuk menjamin kepentingan ekonomi bumiputera secara tidak langsung terhapus kerana BOC tak mementingkan semua hal ini. BOC dikuasai oleh Tan Sri Halim Saad, kroni Daim.
Setelah 20 tahun Dasar Ekonomi Baru (DEB), apakah yang Melayu ada sekarang? Usahawan Melayu hanya memiliki 6% sahaja dari rumah-rumah kedai di seluruh negara. Keseluruhan ekuiti bumiputera dalam syarikat yang disenaraikan hanya 27% pada Feb 1998. Bilangan keluarga miskin meningkat dalam tempoh 1997-1998 dari 346,000 kepada 414,700 di mana kebanyakannya adalah orang Melayu. Kadar pengangguran (1997-1998) meningkat dari 2.7% ke 6.4% (229,700 ke 544,200) dan yang ramai adalah Melayu. Penagihan dadah dan gejala pergaulan seks bebas sungguh memalukan. 70% dari 200,000 angka resmi penagih tegar adalah belia-belia Melayu. Laporan Kementerian Kesihatan pertengahan 1996, 70.33% dari 17,000 pembawa HIV dan pengidap AIDS adalah remaja Melayu. Kajian kerajaan Selangor, 80% GRO adalah gadis Melayu.
Kurang memperdulikan nasib rakyat miskin. Nasib petani (penanam padi/penoreh getah) & nelayan tidak dipedulikan. Harga getah yang menjunam jatuh ke paras RM0.50/kg menambah penderitaan rakyat di tengah-tengah suasana ekonomi yang masih gawat. 400,000 orang pekebun kecil getah memperolehi pendapatan kurang RM250.00 sebulan, bayangkan apa yang dapat dibelanjakan dengan jumlah itu.
BN atau singkatannya ‘barang naik’. Harga barang keperluan harian khususnya makanan dinaikkan sewenang-wenangnya. Harga gula, tepung, susu, minyak, kelapa, ayam, bawang dll naik sesuka hati saja. Apa komen pak menteri; bila gula naik tak payah makan gula, kelapa naik tak usah guna kelapa. Semudah itu jawapan mereka. Tapi kita rakyat biasa, bagaimana? Tol naik 50 sen, Samy yang tak ada value tu kata 50 sen nak beli rokok pun tak lepas…porraah! Rumah kos rendah (murah) naik dari RM25 ribu kepada RM35 ribu sebuah.
Tahap kemiskinan yang digembar gemburkan. Sejauh mana kesungguhan pemimpin negara berusaha ke arah matlamat sifar miskin. Yang digembar gemburkan ialah pembangunan, inilah propaganda UMNO/BN sabanhari. Ianya dijadikan umpan pada rakyat, selakunya rakyat itu hanya layak dipaggil ‘ayam daging’ yang disogokkan makanan semata-mata untuk dijual di pasar dan akhirnya disembelih. Sepatutnya dalam kemegahan negara dengan pelbagai projek gajah putih, sudah tiada rakyat akan berada di bawah tahap miskin. Jikapun tolak Kelantan yang diperintah oleh PAS, adakah negeri-negeri lain bebas dari kemiskinan. Terutamanya Kedah negeri Mahathir sendiri. Berjaya sepenuhnyakah projek-projek peninggalan Tun Razak (Felda / Felcra / Risda dll)? Mahathir tiada masa langsung memikirkan apakah kesinambungan kerja seorang pemimpin Melayu untuk membantu golongan-golongan ini.
Hasil mahsul negeri dikaut tetapi faedah yang sepatutnya ditumpang bersama oleh rakyat diketepikan. Lihat saja Trengganu yang menyumbang hasil terbesar kepada kerajaan pusat (gas & petroleum). Royalti 5% dari keluaran petroleum diberikan kepada kerajaan negeri (pendapatan RM6 juta/bulan). Bagaimanapun paras kemiskinan di Trengganu adalah kedua tertinggi di Malaysia (17.3%). Apa hal??
Kenaikan harga tol/pembinaan lebih 90 tol baru di seluruh negara. Tol di sana sini menjadikan rakyat tidak lagi merasakan mereka tinggal di sebuah negara yang sepatutnya menjadikan jalanraya sebagai kemudahan. Tetapi merasakan diri mereka sedang menginap di sebuah syarikat perniagaan besar yang bernama Malaysia (M) Sdn Bhd. [M = Mahathir]. Dijangka akan terdapat 78 buah tol di 20 highway utama di KL pada tahun 2000 menurut laporan akhbar Sin Chew Jit Poh (18.1.1999).
Rakusnya pimpinan mereka menguruskan ekonomi negeri hinggakan sanggup membelakangkan sensitiviti agama, bangsa dan alam sekitar demi mengukuhkan ekonomi. Apa yang kita tahu tentang penternakan babi di N. Sembilan (Isa Samad). Pernahkah dijangka sebanyak itu jumlah babi di negara kita. Negara yang bermegah dengan ugama resminya Islam, majoriti penduduknya Melayu. Disebaliknya membenarkan sosioekonomi negara dterbalikkan. Apa tidaknya kalau industri babi boleh menyumbangkan RM300 juta setahun cukai kepada kerajaan. Selain muncul sebagai pengeluar babi terbesar di Asia Tengggara, Malaysia juga boleh berbangga bila dikatakan negara pengeluar dan pembuat arak ke 10 terbesar di dunia.
Ekonomi menjadi tenat ketika pemborosan berleluasa. Pembaziran di sana sini menjadi antara punca utama. Tetapi mereka hanya bijak menyalahkan orang lain, semua orang salah tapi dia semua betul. Mengikut Datuk Wong See Wah (Tim Menteri Kewangan) di Dewan Rakyat (19 Okt. 99) negara berhutang RM160.9 bilion hingga penghujung Jun 1999 dari pelbagai sumber asing (57% daripada KNK). Malaysia di bawah Mahathir dan BN pada penghujung dekad 1990-an ini berhutang keliling pinggang. Bilakah hutang ini boleh selesai, tidakpun ia makin bertambah lagi jika mereka masih berkuasa. Siapa lagi akan membayar jika tidak kita dan anak cucu kita di masa akan datang.
Kegawatan ekonomi menyebabkan jatuhnya nilai ringgit dan pasaran saham. BSKL kerugian sebanyak RM450 bilion. Hutang negara meningkat 10%, kekayaan negara merosot 10%. Pendapatan perkapita rakyat turun dari RM4,600 kepada RM4,200.
Dasar penswastaan negara yang mula dilaksanakan pada 1993 telah mengubah fenomena negara dari kerajaan dan rakyat kepada peniaga dan pembeli. Kerajaan menjalankan perniagaan dengan rakyat. Rakyat terpaksa menanggung kos yang semakin meningkat dan di masa yang sama tidak memperolehi khidmat yang mendukacitakan. Lihat saja masalahyang timbul pada khidmat Puspakom, bekalan air di Lembah Kelang yang tercatu (Puncak Niaga), pengurusan pembentungan IWK, Bernas di Kertih Trengganu, khidmat Alam Flora yang tidak memuaskan, khidmat pos, syarikat penerbangan awam, kenaikan caj telefon dan kadar tarif elektrik, lebuhraya bertol, yuran pengajian yang tinggi di IPTS dll. Tanggungjawab sosial pihak pemerintah telah dilepaskan melalui eksploitasi secara perniagaan. Semua kepentingan awam dijadikan komoditi untuk menebalkan poket suku sakat dan anak beranak mereka. Ia juga telah menggalakkan bercambahnya pembinaan rumah sakit swasta yang mengenakan pelbagai bayaran mengikut harga pasaran yang umumnya di luar kemampuan rakyat terbanyak. Dari Kajian separuh penggal, Malaysia Ketujuh menyatakan jalan swasta dibina oleh swasta RM25 juta/km manakala belanja kerajaan RM11 juta/km.
Menggadaikan dan memajakkan segala khazanah dan harta kekayaan negara pada masa ini dan masa depan kepada kuasa-kuasa asing melalui penjualan bon-bon yang dijajakan ke USA, Eropah dan Jepun.
Judi begitu berleluasa di zaman Umno/BN. Walaupun dah cuba dikurangkan di waktu DSAI memegang jawatan Menteri Kewangan. Tapi bila Daim dapat balik, lesen-lesen lama dilulus semula. Kalau kita sokong lagi merekani, alamat kat mana-mana pun ada kasino la jawabnya.
KEADILAN DAN UNDANG-UNDANG
Mengekang dan memusnahkan kebebasan kehakiman; berlaku bila Umno diharamkan pada tahun 1987. Tun Salleh Abas (salah seorang hakim terbaik dalam negara Komanwel) dipecat. Begitu juga dengan bekas hakim Tan Sri Wan Sulaiman dan Dato’ George Seah. Badan kehakiman diletakkan di bawah kuasa eksekutif.
Tindakan mahkamah ke atas beberapa individu tidak dapat masuk akal rakyat yang matang fikirannya:

PEMBAZIRAN & KERUGIAN
  1. Beria-ia kempen ke seluruh negara menyeru rakyat berhemah ketika berbelanja, beli barangan buatan Malaysia, amalkan sikap menabung, beli yang perlu saja dan suruh rakyat menderma untuk dana negara. Tapi dia sendiri yang membazir ratusan juta ringgit untuk mahligai di Putrajaya baginya bersemayam, jet mewah Global Express untuknya bergerak dan segala serba aneka kemewahan yang tak terfikirkan oleh rakyat jelata. Sedangkan masih ada 400,000 kakitangan awam pangkat rendah (kebanyakannya Melayu) belum punya rumah sendiri.
  2. Mahathir mengutamakan projek mega yang menelan belanja besar hingga mencecah angka RM150 bilion. Antara projek-projek membazir yang muncul bawah pemerintahan Mahathir, samada secara awam atau penswastaan:
HUBUNGAN ANTARABANGSA
Mengadakan hubungan diplomatik tidak resmi dengan Israel dan menerima Yahudi. Kerajaan membenarkan perniagaan microchip dengan Israel secara rahsia pada awal 90an. Membenarkan lawatan pelajar/belia Israel dengan diketuai Penolong Ketua Pendidikan negara itu ke Malaysia. Lawatan Tunku Abdullah ke Israel. Menjemput pasukan kriket Israel ke Malaysia (1997), walaupun mendapat tentangan rakyat. Melantik Solomon, Smith & Barnes sebagai penasihat ekonomi negara. Tahun 1996, kerajaan membenarkan Public Bank Berhad menjalinkan hubungan dengan Bank Hapoalim, Israel. Menggunakan khidmat syarikat perunding Yahudi, Saatchi and Saatchi merancang strategi pilihanraya BN. Terbaru, menteri luar Malaysia Hamid Albar mengadakan pertemuan rasmi pertama dengan menteri luar Israel di New York. Malah, Mahathir sendiri pernah mengadakan pertemuan dengan Shimon Peres (bekas PM Israel) di Paris. Kononnya pembangkang menjalin hubungan dengan pihak asing tapi sebaliknya merekalah yang mengharapkan bantuan asing. Pada tahun 1964 (ketika Mahathir masih jadi MP) beliau hadir kursus yang ditaja CIA, badan perisik Amerika. Tahun 1981, s/u politik Mahathir Siddiq Ghouse ditahan dibawah ISA atas dakwaan jadi ejen KGB, badan perisikan Soviet.
Mahathir menganggap Amerika & Eropah (Pihak Barat) memusuhi negara Islam (Malaysia), musuh negara dunia ketiga. Sikit-sikit barat tak betul, nak jajah negara kitala, nak kuasai ekonomi kitala; agaknya diatu betul sangatla. Yang peliknya, untuk kemajuan negara pandai pula dia mengharap perlaburan luar negara terutamanya dari Amerika dan Eropah. Tak ada duit, tahu pula dia pergi mengemis di barat. Dia juga menyokong George Bush, Presiden Amerika mengebom Iraq dalam Operasi Desert Storm tahun 1990.
Kerap berlaku perselisihan pendapat antara pemimpin tertinggi Malaysia dengan pimpinan asing seperti Britain, Australia, Singapura dan Kanada,
POLITIK NEGARA
Mahathir memecat DSAI sebagai TPM/MK dan TP Umno kerana hasutan golongan yang telah makan dan ingin lagi makan harta negara secara haram. Juga dia tidak dapat mengawal nafsu dirinya sendiri yang tamak mengumpul harta dengan cara merompak harta negara. Menangkap DSAI menggunakan ISA, bawa ke Bukit Aman, digari dibelasah separuh mati. Fitnah macam-macam, heret ke mahkamah, dibicarakan secara meragukan, bersalah dan dihukum penjara. Kini diracun pula.
Demokrasi Malaysia tidak setulin mana, bila tarikh pilihanraya dirahsiakan. Undi pos tidak diketahui secara telus. Ceramah umum dan kempen penerangan pihak pembangkang ditahan dan tidak dibenarkan. Sedangkan ceramah Umno tak perlu permit dan tidak pernah dibatalkan, apalagi di saat-saat akhir. Undi pos yang tidak telus dan penuh misteri menjadi antara faktor penentu kemenangan BN. Ini bermakna elemen penting demokrasi hanyalah dongengan Umno/BN.
Mana-mana rakyat yang secara jelas menyatakan sokongan mereka kepada pembangkang akan dikenakan pelbagai tindakan. Mereka dinafikan hak memilih. Pimpinan Umno (Yusof Nor) sanggup mendesak rakyat Malaysia tinggalkan negara ini jika tak mahu sokong kerajaan dan cari negara lain yang sesuai. Dia ingat Malaysiani bapak dia punya ke? Dia yang sepatutnya keluar dari bumi Allah ini kerana tak mahu menjalankan hukum hudud yang diketahuinya sebagai suatu perkara wajib dipraktikkan. Golongan ulama dipersenda-sendakan, ahli akademik dikongkong dan pegawai tadbir dirobotkan. Mana-mana guru yang menyokong pembangkang, dikenakan tindakan berpindah. Tapi, kalau sokong dia boleh dapat cuti lagi untuk tolong berkempen. Bayangkanlah sendiri…
Hak bersuara rakyat dinafikan sama sekali. Tindakan diambil pada sesiapa yang didapati mengkritik pemerintah. Para ulama yang menegur mereka habis digam dan mereka pula dihentam oleh pihak pemerintah. Kakitangan awam yang difikirkan terlibat dengan pembangkang ditukar tempat kerja. Apa jadi pada Nazri Abdullah (BH), Johan Jaafar (UM), Yunus Said (TV3), Ahmad Don dan Timbalannya (Bank Negara)? Persoalannya, mereka berhenti secara sukarela atau dipaksa berhenti? Rakyat berhimpun secara aman menyatakan rasa tidak puashati mereka dianggap sebagai perusuh dan berhimpun secara haram. Sedangkan di dalam Fasal 10 perlembagaan Malaysia menyatakan jaminan ke atas hak rakyat berkumpul secara aman. Rakyat dipukul sesuka hati tanpa mengira mereka bersalah atau tidak. Bersuara lebih sikit dikatakan memfitnah dan mereka dah siap dengan panel peguam Umno untuk menyaman mereka-mereka yang berani ini. Ibrahim Ali yang diberikan jawatan timb. Menteri dibayar gaji dengan duit rakyat, tapi kerjanya hanya nak menyaman pembangkang saja. Patutke? Senarai pendaftaran pengundi baru sengaja dilengahkan, kerana dibimbangi hampir 700,000 orang bakal pengundi baru akan mengundi pembangkang. Setelah berlalu 8 bulan, adakah masih belum cukup waktu. Apa lagi bila ianya berlaku di zaman kecanggihan IT sekarang!!
Salahlaku Mahathir dalam politik:
KEBAJIKAN, ALAM SEKITAR & PENDIDIKAN
Universiti awam dikorporatkan. Kemasukan ke pusat pengajian tinggi (IPTA dan IPTS) memerlukan bayaran yang amat tinggi. Biasiswa sudah dimansuhkan, apa jadi pada rakyat miskin. Ramai penuntut Melayu yang terpaksa melupakan niat nak sambung pelajaran ke Universiti atau institut pengajian tinggi. Jika sambung pun, mereka terpaksa bergolok gadai untuk pembiayaan. Usah kata belanja hari pertama ke IPTA, nak dapat borang UPU pun kena bayar. Semuanya nak dijadikan bahan perniagaan. Nak harapkan perwakilan Umno menyuarakan masalah ini dalam persidangan, taknya berani kecuali asyik dok berpantun dan mengampu tak habis-habis.
Umno/BN bercadang ingin mengambil alih semua sekolah agama rakyat (SAR) di Kelantan dan lain-lain negeri untuk diletak di bawah kerajaan pusat. Bagi Umno SAR adalah tempat di mana rakyat dipupuk sedari kecil untuk mengenali Islam dan akhirnya memilih PAS sebagai wadah perjuangan. Dan bagi mereka ini tidak boleh dibiarkan, kerana kesedaran rakyat bahana bagi mereka.
Memaksa penggabungan bank-bank dan syarikat kewangan (21 bank, 25 syt kewangan, 12 bank saudagar) menjadi 6 kumpulan bank besar. Dibimbangi nasib 70,000 pekerja di sektor perbankan akan terjejas.
Nasib sebahagian rakyat di Malaysia masih berada di tahap mengaibkan. Pekerja-pekerja lading/estet masih menginap di rumah yang boleh disamakan dengan kandang lembu (Zainal Rampak, Mei 99). Kebajikan mereka diabaikan. Permintaan gaji bulanan dan perumahan lebih selesa tidak dilayan. Malah mereka dihina pula oleh menteri yang dipertanggungjawabkan (Kheng Yaik).
Berhajat mengkorporatkan hospital kerajaan dan akhirnya menswastakannya. Bayangkanlah jika rakyat yang tidak berkemampuan gagal mendapatkan khidmat perubatan. Apa akan jadi pada mereka. Sesudah mendapat reaksi negatif dari rakyat, pemerintah biadap ini membatalkan niat mereka. Tapi adakah untuk selamanya atau sementara menunggu kemenangan BN. AWAS!!
Mengabaikan asas-asas infrastruktur yang kukuh seperti bekalan air bersih, sistem penyaliran yang baik untuk mengelakkan banjir kilat, pembakaran terbuka menyebabkan jerebu, penebangan kayu kayan tanpa kawalan menyebabkan masalah tanah runtuh. Wujudnya penyakit berjangkit (Coxsackie, Denggi, JE), keracunan makanan (terutamanya murid dan pelajar), jalanraya luar bandar (hanya nampak baik bila dekat pilihanraya), kekurangan talian telefon khususnya di kawasan perumahan baru dan perkhidmatan telefon awam di perkampungan.
Siaran TV Pendidikan (ETV) dipindahkan dari RTM2 ke Astro dilihat sebagai ingin menjerat kepentingan rakyat dan membesarkan lagi kronisme kroni BN/Mahathir. Astro yang dimilikki Ananda Krishnan akan memperolehi wang percuma (RM7 juta untuk decoder) dari kerajaan di atas bayaran bulanan di 9,000 sekolah yang akan disediakan perkhidmatan berkenaan. Sedangkan faedah dari ETV untuk pelajar tidak seberapa.
BN/Umno sering memperbodoh-bodohkan masyarakat kampung dan pekan dengan cara memperbesarkan isu yang melanda kampung-kampung. Mereka mengatakan para pelajar yang tidak mencapai kecemerlangan pelajaran berasal dari kampung. Sedangkan sekolah di kawasan kampung tidak dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan yang cukup. Guru yang tidak cemerlang di hantar ke kampung berbeza dengan bandar. Jadi, adakah pelajar kampung anaktiri kepada pimpinan kerajaan sekarang? Lebih teruk lagi jika ditinjau sekolah kebangsaan Tamil, hinggakan ada yang ketiadaan tandas dan kantin. Keadaan sebegini dibiarkan tanpa ada sebarang niat untuk mereka memperbaiki keadaan.
Adakah pemerintah sekarang benar-benar mementingkan alam sekitar yang sihat untuk rakyatnya. Berapa kerap masalah jerebu melanda, gejala tanah runtuh (cth. Bukit Antarabangsa), tragedi runtuhnya Highland Tower, banjir kilat, pencemaran sungai (laporan JAS 1997, 93 sungai di Malaysia tercemar teruk), sistem kumbahan industri yang mendukacitakan, pembuangan bahan-bahan toksik di merata tempat dan pelbagai masalah persekitaran yang tak terurus. Yang mereka pandai atau sibuk, setiap kali berlaku kemalangan. Tapi dimana langkah keselamatan dan pencegahan tidak begitu diutamakan.
Mmmm……tak perlu ragu-ragu lagi. Pangkah Barisan Alternatif, demi anak cucu kita di masa hadapan. Adalah lebih baik kita perjudikan nasib kita di bawah Alternatif, daripada membiarkan BN/Umno mempertaruhkan kita untuk memenangi permainan judi mereka.

TERIMAKASIH KERANA MEMBACA ARTIKEL INI. SILA BUAT SALINAN DAN EDARKAN SEBANYAK MUNGKIN KEPADA SEMUA BAKAL PENGUNDI.

IKHLAS DARI SAYA: ANTU UMNO

BARISAN MENANG RAKYAT MALANG, ALTERNATIF MENANG RAKYAT SENANG!!!!