Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

CERAMAH MAT SABU, PROF JOMO DAN TIAN CHUA DI TMN MELEWAR

From: Pelapor
Date: 03 May 1999
Time: 03:32:27

Comments

Berikut adalah email yang diterima oleh saorang pelapur :- Semalam (1hb Mei 1999) telah ada ceramah PAS di Taman Melewar berkaitan isu buruh. Kehadiran dianggarkan melebihi 10 ribu orang. Suasana umumnya yang lain macam biasalah sebab sekarang kalau pembangkang buat ceramah memang ramai yang hadir. Tapi tak teruk sangat nak parking tak macam masa Gerak 3 diadakan. Keikhlasan Prof Jomo adalah amat menakjubkan. Antara yang disebutnya ialah :- 1. UMNO dan BN sekarang ini telah lebih bersedia untuk menghadapi pilihanraya dari pembangkang. 2. Bahawa tokoh yang boleh diterima oleh rakyat adalah DSAI. Beliau terlebih dahulu memohon maaf kepada Presiden PAS atau kepada Kak Wan serta ketua-ketua parti pembangkang yang lain berkaitan dengan perkara ini. Sebagai contoh, Dr Hatta walapun merupakan saorang calun yang sangat baik tetapi dia akan tewas sekiranya bertanding ditempat yang tidak sesuai. 3. Tidak guna menang dengan majoriti besar kerana yang lebih penting adalah kerusi yang dimenang. Dari itu sila tukar tempat undi kita sekiranya disuatu-suatu tempat itu pembangkan mempunyai peluang cerah untuk menang 4. 30% daripada rakyat yang boleh mendaftar tidak mendaftar dan haya 70% yang mendaftar membuang undi. Ini bererti secara kesuruhanya hanya 49% yang menunaikan tanggungjawab dan hak mereka. Dari itu pembangkang mesti mendapat sekurang kurangnya 60% undi pada pilihanraya akan datang. Diapun mengumumkan secara ikhlas yang dia baru saja mendaftar kerana kali ini peluang untuk membuat perubahan adalah beasr. 5. Prof Jomo mengingatkan pada 4hb Sepetember 1997, sebuah dana telah 70 bilion ringgit diujudkan sebagai tabung menyelamatkan kroni. Ini sebelum waktu krisis lagi dan diumumkan oleh kerajaan serta disiarkan diakhbar. YB Mat Sabu dapatkan kenaikan gaji dari 80 sen kepada 1.10 sen sebagai tukang masak semasa diKamunting (ISA). Ceramahnya makin hebat dan jenaka Siti Nurhaliza tetap ada. Dicadangkan untuk mengetahui detail belilah kaset yang akan dikeluarkan minggu depan. Kami tertunggu bila dia hendak digabongkan dengan Kak Wan serta Ruslan Kassim. Mesti hebat lagi. Beliau mengatakan ISA sekarang ini tidak popular kerana rakyat tidak gemar dan mereka yang diISAkan akan jadi hero. Dari itu UMNO dan BN menukar kepada strategi menyaman sana sini. Secara bergurau beliau telah bertanya dengan Ibrahim Ali, adakah namanya dah ada didalam senarai untuk disaman. Ibrahim Ali jawab belum ada tapi lebih kurang 100 ceramah you sedang dikaji. Jadi saman ni lebih efektif dari ISA kerana boleh mengakibatkan sesaorang itu tak boleh jadi calun. Kalau ISA orang boleh bertanding lagi seperti kes saorang ADUN DAP yang menang dengan majoriti lebih beasr ketika ditahan dibawah ISA. Apa yang penting pada ceramah-ceramah ini adalah kehadiran. Kalau kita tidak tahu menerangkan keadaan sebenarnya kepada rakyat yang masih lagi ragu-ragu atau pagar kita haruslah ajak mereka datang ceramah. Tak kiralah ceramah PAS, Keadlilan atau DAP atau PRM. mereka juga akan dapat menghilangkan perasaan-perasaan negatif yang ada terhadap barisan pembangkang.

Last changed: May 06, 1999