Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Mengulas Berita Minggu - 2.5.99

From: Wirawan
Date: 03 May 1999
Time: 03:34:01

Comments

Berita Minggu Online - Ahad, 2 Mei 1999

Bukti Pas tidak yakin sokongan rakyat

KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan Pas merestui lawatan Presiden Parti Keadilan Nasional (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke Filipina untuk mendapat sokongan luar negara, menunjukkan Pas tidak yakin dengan sokongan rakyat negara ini terhadap parti itu.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Komen:

Rakyat melihat betapa gabrahnya Datuk Seri Abdullah terhadap pemergian Datin Seri Azizah ke Filipina. Nampaknya usaha UMNO untuk memecahbelahkan gabungan parti pembangkang ternyata gagal

Rakyat akan membuat perhitungan terhadap kedurjanaan kerajaan BN dalam pilihan raya akan datang.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Rakyat harus buat pilihan tepat

JITRA: Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat membuat pilihan tepat pada pilihan raya akan datang dengan menolak parti pembangkang bagi memastikan kedaulatan negara terus terjamin.

Perdana Menteri juga meminta rakyat tidak mempercayai pelbagai tohmahan dan fitnah parti pembangkang yang menyalahgunakan kesucian Islam untuk kepentingan politik dan condong kepada telunjuk kuasa Barat.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Komen:

Rakyat yang celik melihat betapa Tuan Hj. Dr. Mahathir asyik menyalahkan orang lain kecuali dirinya sendiri.

Rakyat mendengar kerapkali Tuan Hj. Dr. Mahathir mencampuri urusan negara-negara luar.

Rakyat melihat Tuan Hj. Dr. Mahathir bersikap personal terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai tuduhan yang tidak dibuktikan.

Rakyat mencabar Tuan Hj. Dr. Mahathir menyenaraikan semua harta diri, anak-anak serta semua ahli parlimen dan ahlu dewan undangan negeri sekiranya beliau ikhlas.

Rakyat mencabar sekiranya kroni-kroni Dato Seri Anwar Ibrahim mempunyai 230 juta, sila dedahkan dan dakwa orang ini.

Rakyat melihat betapa kotornya permainan politik Tuan Hj. Dr. Mahathir.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan samakan buku kotor dengan firman Allah

SETELAH mengejutkan anggota masyarakat yang berfikiran waras dengan menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Badwi 'penjaga babi', Datuk Fadzil Mohd Noor memeranjatkan kita pula dengan memuji novel celupar Sasterawan Negara (tak payah sebut namanya) sebagai berani.

Presiden Pas itu menyifatkan 'Novel Politik Yang Busuk Lagi Membusukkan' itu sebagai "sumbangan besar kepada rakyat".

Tetapi yang membuatkan kita lebih daripada gempar ialah apabila 'tok guru politik' Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan kelucahan dan maki-hamun Sasterawan Negara dan ahli seumur hidup Pas itu dengan firman Allah.

Apa sudah jadi? Apakah ilmu yang dipakai oleh anak Banggul Derdap itu sehingga pemimpin-pemimpin Pas melatahkan begitu hebat?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Komen:

Sudah sahlah bahawa Kiau kehilangan modal dalam penghujahannya. Agaknya Kiau tidak mendalami maksud tersirat dalam ayat-ayat Al-Quran.

Kaedah Islam untuk mentarbiahkan manusia ada berbagai cara kerana manusia tidak sama antara satu sama lain.

Apakah bahasa yang paling baik untuk melahirkan suasana yang kotor?

Harap-harap Kiau berhati-hati berhujah supaya Kiau tidak menjadi Keok.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Last changed: May 06, 1999