Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Menangkis Utusan Malaysia - 3.5.99

From: Wirawan
Date: 03 May 1999
Time: 03:36:26

Comments

Utusan On-line : Isnin, 3 Mei 1999

PM: Saya ada bukti -- Anwar salah guna kuasa beri kekayaan kepada kroninya

ALOR SETAR 2 Mei - Perdana Menteri berkata, beliau mempunyai bukti kukuh bahawa bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menyalahgunakan kuasa untuk memberi kekayaan kepada kroni-kroninya.

---------------------------------------------------------------------------- Komen:

Rakyat ingin bertanya, kalaulah kroni itu bersalah dari segi undang-undang, mengapa dia tidak didakwa? Adakah orang ini kroni Dato Seri Anwar dan dalam masa yang sama kroni Tuan Hj. Dr. Mahathir juga? Pada rakyat, kita mahu yang benar. Tapi Tuan Hj. Dr. Mahathir hanya berani bercakap di belakang Dato Seri Anwar sahaja.

Rakyat sekali lagi mencabar supaya Tuan Hj. Dr. Mahathir mendedahkan harta semua ahli dewan rakyat, dewan negara dan dewan undangan negeri.

-----------------------------------------------------------------------------

Ada tokoh agama mewah hasil projek kerajaan

KUALA LUMPUR 2 Mei - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ibrahim Ali mendakwa ada beberapa tokoh agama terkenal di negara ini hidup mewah hasil projek perniagaan yang diperoleh daripada kerajaan.

----------------------------------------------------------------------------- Komen:

Rakyat melihat betapa dungunya Datuk Ibrahim Ali. Kita harus ingat bahawa kerajaan adalah milik rakyat bukan milik parti politik. Kejayaan negara adalah kejayaan rakyat dan kerajaan. Ini termasuk gulungan tokoh-tokoh ugama yang banyak berjasa kepada rakyat.

Pernyataan Datuk Ibrahim ini sangat mengelirukan rakyat kerana semua orang mendapat faedah daripada hasil usaha semua pihak bukan parti BN sahaja.

Dimana keikhlasan kerajaan sekiranya pemberian projek diberi dengan niat ingin mendapat balasan?

Bukankah ini satu bentuk rasuah?

Keengganan Datuk Ibrahim memberitahu siapa tokoh itu menunjukkan bahawa ini adalah satu fitnah semata-mata.

-----------------------------------------------------------------------------

Pertahankan amanah pejuang kemerdekaan

TAPAH 2 Mei - Generasi ''Malaysia Merdeka'' harus memastikan tuntutan dan amanah yang diwariskan oleh nenek-moyang dan para pejuang kemerdekaan supaya negara terus aman dan mengecapi kemakmuran serta kerahmatan dapat dipertahankan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, jangan sampai mereka (pejuang kemerdekaan) kecewa dan hilang harapan serta membuat kesimpulan bahawa generasi kini tidak lagi mampu untuk memenuhi tuntutan tersebut.

-----------------------------------------------------------------------------

Komen:

Rakyat kurang senang hati dengan dakwaan Datuk Seri Abdullah ini kerana rakyat tetap sayangkan negara ini walaupun kerajaan berubah. Pandangan tahyul Datuk Seri Abdullah bahawa hanya kerajaan BN sahaja yang mendukung kemerdekaan adalah satu penghinaan kepada rakyat.

Pada waktu ini, kerajaan BN telah gagal menjalankan tanggungjawab mereka sehingga semuanya jadi gawat.

Kerana sayangkan negaralah, kita perlu ada reformasi menyeluruh kerana kerajaan Bn adalah kerajaan yang korup.

-----------------------------------------------------------------------------

Pengundi desak Dr. M kekal di Kubang Pasu

ALOR SETAR 2 Mei - Para perwakilan UMNO bahagian dan penduduk Kubang Pasu mendesak Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad supaya terus bertanding di kawasan itu untuk mewakili mereka pada pilihan raya umum akan datang.

''Saya tak mahu pergi ke mana-mana. Orang sini, saya fikir masih sokong saya dan hendak saya bertanding di sini. Saya tidak berpindah ke mana dan saya tidak lari,''katanya.

----------------------------------------------------------------------------- Komen:

Rakyat merasa lega kerana Tuan Hj. Dr. Mahathir akan terus bertanding di Kubang Pasu. Ini akan memudahkan parti-parti alternatif menjalankan urusan dan gerak kerja untuk menjatuhkan nya di sini.

Tugas untuk menumbangkan Tuan Hj. Dr. Mahathir adalah satu perkara yang afdal kerana beliau adalah seorang pemimpin yang sangat zalim.

Cukuplah!

-----------------------------------------------------------------------------

PM sahkan akan serah jawatan kepada Abdullah

ALOR SETAR 2 Mei - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selepas pilihan raya umum nanti.

Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri seumur hidup, sebaliknya akan menyerahkan jawatan itu apabila Abdullah sudah bersedia.

''Ya...saya akan serahkan jawatan itu selepas pilihan raya. Bila...kita tidak tahu. Mungkin selepas satu tahun atau dua tahun atau tiga tahun atau empat tahun,'' katanya.

-----------------------------------------------------------------------------

Komen:

Rakyat melihat kelicikan minda dan tipu helah Tuan Hj. Dr. Mahathir dalam hal ini kerana rakyat telah faham bahawa beliau tidak boleh dipercayai lagi.

Rakyat ingin tahu serta menyoal ahli-ahli UMNO sendiri, urusan memilih ketua dan Perdana Menteri ini urusan Tuan Hj. Dr. Mahathir seorangkah? Kalau benar, apa guna ada parti? Bukankah ini satu sifat seorang diktator yang dipilih?

Sekali lagi rakyat melihat kebaculan Tuan Hj. Dr. Mahathir dalam menghadapi Datuk Seri Anwar kerana tidak berani berdepan dengannya.

Rakyat tahu bahawa Dato Seri Anwar adalah orang nombor dua dan segala keputusan dalam mengatasi masalah ekonomi mendapat persetujuan kabinet dan MTEN.

Cukuplah Tuan Hj. Mahathir, janganlah berbohong lagi kepada rakyat.

Janganlah jadi macam Tan Sri Rahim Noor yang memukul orang yang digari dan ditutup matanya.

-----------------------------------------------------------------------------

UMNO utamakan tugas penuhi keperluan rakyat

LUMUT 2 Mei - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, tugas memenuhi keperluan rakyat negara lebih penting dan utama buat UMNO daripada memikirkan cara menghadapi kempen dan serangan parti-parti lawan.

''Kita tidak hanya sibuk apabila tiba musim pilihan raya, tetapi UMNO bekerja sepanjang masa. Itulah juga sebenarnya yang dikehendaki oleh rakyat daripada UMNO.

''Soal kemunculan parti baru Keadilan dan kesibukan gerakan parti pembangkang kita anggap perkara lazim menjelang pilihan raya dan kita berpengalaman menanganinya,'' katanya.

-----------------------------------------------------------------------------

Komen:

Sekiranya parti BN telah cukup bersedia, umumkan saja tarikh pilihanraya dengan segera kerana semua rakyat telah bersedia untuk menghukum kerajaan BN.

Dakwaan Datuk Abdullah bahawa hanya parti BN sahaja yang berkhidmat untuk rakyat adalah satu pembohongan kerana parti-parti lain juga ada berbuat demikian.

Apa tindakan kerajaan untuk membasmi masalah setinggan dan sosial? Cukuplah tempoh 40 tahun diberikan untuk membuktikan keupayaan.

Masanya telah sampai untuk negara terus maju tanpa kerajaan BN.

-----------------------------------------------------------------------------

Kejayaan BN jadi ukuran pilihan rakyat

KUALA KANGSAR 2 Mei - UMNO yakin rakyat akan menjadikan kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) membangunkan Malaysia sebagai ukuran utama untuk mereka terus memilih parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, rakyat kini sudah matang dan tidak akan memilih pemimpin yang hanya pandai bercakap dan mereka-reka cerita tanpa pembuktian yang nyata.

------------------------------------------------------------------------------

Komen:

Pandangan Datuk Abdullah kali ini sangat meleset kerana kejayaan fisikal yang dilaung-laungkan olehnya adalah kejayaan puak-puak UMNO sahaja. Mereka dan kroni mereka sahaja yang kaya. Bumiputra yang dimaksudkan oleh mereka adalah ahli-ahli mereka sahaja.

Rakyat terus dihimpit dengan harga barang yang meningkat, bayaran tol yang tidak munasabah, penyelewengan projek-projek pengswastaan dan penaburan fitnah yang berluasa yang mengundang pelbagai kecelakaan.

Rakyat telah celik dan rakyat bersedia untuk menghukum kerajaan UMNO-BN.

Last changed: May 06, 1999