Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

TINGKATKAN TEKANAN TERHADAP REJIM MAHATHIR

From: Bekas Pegawai Unit Perancangan &Taktikal
Date: 03 May 1999
Time: 12:45:47

Comments

TINGKATKAN TEKANAN TERHADAP REJIM MAHATHIR

Parti Gabungan

Menjadikan KEADILAN NASIONAL sebuah parti gabungan yang dibawahnya terdiri dari semua parti pembangkang bagi menyaingi parti gabungan BARISAN NASIONAL, yang secara jelas dapat manyatukan, mengurangkan pergeseran dari adu domba kempen memecahkan gabungan kerajaan alternatif dari BN, berkerjasama serta menyusun strategi secara bersepadu dan sistematik bagi menggantikan pemerintahan diktator Regim Mahathir serta menjadi kerajaan alternatif bagi Malaysia dalam Pilihanraya Umum ke-10 akan datang. Ia juga akan memastikan pertandingan satu lawan satu dengan sistem 2 parti.

Kempen Perancangan Strategik

Kempen penerangan yang berterusan kepada masyarakat Cina, India, Orang Asli, dan semua suku-suku kaum di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, yang dikelolakan oleh pemimpin-pemimpin masyarakat dari bangsa dan suku mereka sendiri.

Mendapatkan kerjasama semua kadi, naib kadi, ustaz, imam serta ahli jawatankuasa masjid di seluruh negara bagi menjelaskan keadaan yang sebenar dan mengambil kesempatan mengedarkan atau meletakkan risalah mutakhir di pintu masuk semua masjid bagi makluman orang ramai terutamanya waktu solat Jumaat dan melobi kepada mereka yang mempunyai akses bagi memastikan semuanya berjalan lancar agar mereka yang enggan berkerjasama turut terlibat secara tidak langsung.

Melobi secara berterusan beberapa parti dan pemimpin terutamanya dari keturunan Cina dan India dari gabungan BN untuk menyokong bersama-sama menggantikan kerajaan Regim Mahathir serta membangunkan Malaysia melalui kerajaan alternatif yang akan datang.

Serangan ofensif secara berterusan peribadi pemimpin Regim Mahathir serta mendedahkan segala kezaliman, penipuan, penyelewengan semua pemimpin, famili mereka , kronies termasuk segala bentuk skandal yang mereka lakukan. Juga, dapatkan kerjasama dari individu-individu yang pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan mereka.

Membentuk Jawatankuasa Khas Kempen Di Internet di setiap kawasan DUN dan Parlimen, yang akan mengedar serta menyampaikan maklumat mutakhir dari pimpinan KEADILAN NASIONAL yang dikendalikan oleh Urusetia Kempen (Internet) Pusat kepada orang ramai bagi menjawab segala propaganda, fitnah, penipuan, strategi kotor, ugutan keselamatan dan pembangunan dan sebagainya dari BN yang akan menggunakan segala kemudahan Kerajaan Malaysia terutamanya RTM dan Jabatan Penerangan.

Mengedarkan maklumat terkini kepada semua anggota tentera dari semua batalion serta mendapatkan sokongan mereka bagi menghadapi sebarang kemungkinan sama ada melalui keluarga , saudara-mara dan rakan kenalan mereka, yang sebelum ini telah membuktikan bahawa tentera mempunyai tahap kesedaran dan prihatin serta mesra terhadap orang ramai.

Mengenalpasti semua keluarga anggota Polis, SB, FRU, PGA dan lainnya, untuk mendapatkan kerjasama mereka bagi menasihati, mempengaruhi serta mengenakan tekanan kepada anggota keluarga mereka yang bertugas di jabatan yang berkenaan dan bagi yang menyokong KEADILAN NASIONAL diminta membentuk satu kumpulan yang kuat dan mampu memberikan tekanan dari dalam.

Lobi Antarabangsa

Semua pemimpin parti gabungan KEADILAN NASIONAL dan NGO, perlu melobi semua pemimpin antarabangsa termasuk institusi kewangan/Bank Dunia, PBB, OIC, APEC, Hak Asasi Manusia dan sebagainya bagi mengenakan tekanan antarabangsa kepada Kerajaan Regim Mahathir bagi semua urusan yang melibatkan pinjaman kewangan dan hutang luar.

Simpanan Wang Dan Saham

Diminta semua rakyat mengeluarkan kesemua wang simpanan mereka di semua bank, institusi kewangan termasuk Tabung Haji serta menjualkan semua saham mereka termasuk ASN, ASB dan amanah-amanah saham lainnya dan ditukarkan kepada matawang asing yang lebih kukuh dan jika berkemampuan serta berkesempatan, simpanlah di bank-bank yang kukuh di negara jiran. Tindakan ini akan memberikan kesan yang parah kepada semua bank/institusi kewangan, pasaran kewangan dan pasaran saham dalam negara yang selama ini menjadi alat Regim Mahathir untuk memperalatkan dana rakyat untuk kepentingan kronies mereka dan secara tidak langsung akan menggoncang sesebuah kerajaan dan ianya juga boleh menghalang Regim Mahathir dari menggunakan dana rakyat tersebut untuk tujuan jahat mereka dalam kempen pilihanraya akan datang. Apakah kerajaan Regim Mahathir akan menghalang tindakan rakyat terhadap wang mereka, sedangkan di waktu yang sama semua kronies Regim Mahathir menggelapkan, merompak serta menyelewengkan wang rakyat yang disimpan di bank-bank asing di luar negara seperti National Bank of Israel yang mempunyai cawangan di Singapura?

Kempen Pemulauan

Akhbar & Media – meminta orang ramai memulaukan semua akhbar dan media yang dikuasai oleh kerajaan Regim Mahathir serta mendapatkan kerjasama semua peniaga dan usahawan agar tidak menempah dan menggunakan semua kemudahan iklan di semua akhbar dan media tersebut bagi menghalang pendapatan syarikat-syarikat tersebut dari beroperasi. Jadikan HARAKAH, internet dan media yang menyokong perjuangan suci ini sebagai alternatif media.

Majlis perasmian, forum penerangan, lawatan & ucapan – merayu rakyat agar memulaukan semua majlis perasmian, forum penerangan, lawatan dan ucapan para pemimpin Regim Mahathir yang dianjurkan sama ada oleh UMNO, BN, atau semua jentera kerajaan seperti KEMAS, Jabatan Penerangan, dan sebagainya.DM

Sekian.

Last changed: May 06, 1999