Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

KISAH MB CUBA 'NEUTRALISE' IMAM-IMAM

From: Pemimpin Muda Anak wawasan
Date: 03 May 1999
Time: 12:47:46

Comments

Assalamualaikum

Saudara pengarang,

Salam reformasi kepada semua pejuang2 reformasi yang tak mengenal penat dan lelah. Kisah yang ingin saya paparkan ini ialah mengenai seorang MB yang kononnya agak pendiam.

MB ini telah cuba meneutralisekan pemikiran imam-imam seluruh negeri dengan mengadakan perjumpaan bersama-sama imam@ wakilnya. Pada mulanya majlis ini ingin diadakan di Kompleks Islam tetapi mungkin kerana desakan @ nak ambil hati imam2, majlis ini telah ditukar ke sebuah hotel terkemuka di ibu negeri.

Kami yang juga ahli surau tempat saya amatlah berharap sekiranya perjumpaan ini akan meyelesaikan masalah kami. Masalah kami ialah tidak mendapat kebenaran dari Pemaju untuk membina surau sedangkan peruntukan dan dikeluarkan sebanyak RM70,000.

Oleh kerana masalah ini, kami terpaksa membina surau dibawah kolong flat kami dengan menggunakan duit badan Kebajikan Taman ini. Malangnya apabila wakil imam kami tiba disana, dia hanya disajikan dengan pelbagai fitnah pembohongan oleh beberapa org ahli panel. Orang yang pertama, tak lain tak bukan ialah MB tu sendiri. Selama 2 jam imam-imam dihidangkan dengan pelbagai tipu dan fitnah dari beliau. Habis sahaja menfitnah dan mengutuk parti pembangkang dan DS Anwar, beliau terus balik tanpa menunggu majlis tamat!!! Maka wakil kami hanya terkulat-kulat disana kerana hajat seluruh warga surau kolong kami tak kesampaian.

Selepas itu seorang lagi ahli panel yang merupakan bekas s/u PAS sebuah negeri. Dia mengatakan bahawa apabila PAS memerintah Kelantan semua imam2 UMNO digantikan dengan imam PAS dan menambah bahawa UMNO telah berjaya... belum sempat dihabiskannya ada imam yang menjerit bahawa UMNO telah berjaya Gam Ulamak. Menurut wakil surau kami lagi, ramai tetamu yang balik selepas mendengar fitnah dari MB itu. yang tinggal hanya beberapa kerat imam yang dari daerah lain yang terpaksa tunggu bersama beliau yang telah mendapat cuti dari majikannya.

Apa yang boleh dibanggakan hanyalah layanan dari pihak hotel yang menyediakan hidangan setaraf dengan nama hotel tersebut.

Wassalam

Last changed: May 06, 1999