Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

JAKIM DAN IDEOLOGI 'MAHATHIRISME'

From: alkatib@reformasie.hypermart.net
Date: 03 May 1999
Time: 12:50:47

Comments

Dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam berlandaskan fatwa al mahashit, JAKIM yang dulunya BAHEIS (ada sikit berbau bau SHIT dengan BAHAIS' - satu fahaman yang pengikutnya ada juga di Malaysia) menjadi pusat sumber rujukan dan maklumat mengenai cara betul mengamalkan Islam.

Banyaklah jasa unit ini yang digerakkan di bawah Jabatan PM. Dulu pernah berjasa kerana membongkar *kununnya* (ejaan dan sebutan ala SHIT) ada gerakan Tentera Badar dibentuk oleh al Arqam. Sekaligus JAKIM berperanan sebagai Kementerian Dalam negeri mengenai hal ehwal keselamatan negara. Hasil dari pendedahan itu maka *beberapa ketumbukan pasukan Tentera Badar* di tangkap termasuk beberapa senjata merbahaya seperti rantai-rantai tasbih, beberapa kitab wirid (aurad) Muhammadiah, papan rehal, wanita wanita (dibaca *isteri-isteri) dan kanak kanak. Jeneralnya berjaya dikepong dan di turn-over (atau dimalukan) keseluruh negara menerusi sistem media nasional yang sentiasa mengamalkan konsep SHIT (Setia, Hormat, Istiqomah, Tipu) dalam operasi harian mereka.

Tapi akhir akhir ini jihad Jakim melawan ajaran sesat terbukti tidak berkesan.Al Arqam naik bertunas kembali. Implikasinya, sudah tentu ada banyak yang tak kena dengan Jakim. Tentang Arqam tak payah dipanjang lebarkan lagi publisiti mengenai hala tuju mereka. Si Zabidi yang dulu extreme sangat ikut tapi sekarang extreme sangat suruh hentam kenapa? Al-katib yang tak jadi ahli Arqam pun masih boleh simpati dengan ustaz Ashaari. Berpada padalah apa tindakan pun. Ustaz Ashaari tu masih orang Islam, bukan kafir, mungkin setakat ahlul bidaah.

Orang-orang kuat Jakim menjadi saksi kepada perbuatan memfitnah dalam banyak acara dan kejadian. Dalam mesyuarat dengan para VIP SHIT tertinggi (tinggi kerana ia berbentuk lingkaran seperti sanggul janda berhias dan dikerumuni lalat) Rasulullah yang diselawatkan namanya setiap masa jadi reference point untuk membuat rumusan bahawa zamannya tiada alat untuk mencukur janggut. Sheikhul Mahashit membuat takwil bahawa itulah sebabnya janggut terpaksa dibiar panjang lalu menjadi sunnah. Tidak lebih dari itu. itu unsur luaran, tidak penting.

JAKIM menyaksikan persendaan begitu dan merestuinya. Itu soal remeh temeh agaknya.Begitu juga dengan kes murtad. Begitu juga dengan kes menuduh orang berzina, meliwat. Itu tidak menyentuh sensitiviti JAKIM. Jika Sheikhul Mahashit bersabda (atau mungkin berfirman) mengatakan itu dan ini, jangan banyak soal. Sami'na wa atho'na. Kami dengar dan kami taat. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia @ JAKIM masih lagi relevan kepada para penganut agama Mahashitisme. Belum pernah dengar aliran agama baru ini? Jangan bimbang.

Mulai 1 Mei 1999, Sheikhul Mahashit akan mengubah strategi dakwahnya. Kalau dulu dibuat roadshow keseluruh negara, kini sekembalinya dari Tanah Suci beliau ditiup inspirasi baru, package baru dalam bentuk Hiwar Islam. Oleh kerana orang Melayu kini banyak beralih kepada majlis-majlis Ilmu Islam, oleh kerana Ehwal Islam di TV (dulu) mampu menjadi crowd puller, maka kini umat Islam yang tidak berpeluang mendalami ilmu Islam aliran Mahashit boleh mengikuti secara live di NTV7.

Pada debut show 1hb Mei Mahashit mengajar umat Islam membuka bicara tanpa memberi salam. Tidak penting, perkara remeh. Straight to the point. "Call a spade a spade, a shit a shit". Jangan lupa ini strategi baru menarik balik pengaruh orang Islam. Kalau di Stadium Darulaman dulu strategi tak menjadi, walaupun disokong oleh consultant pakar choreografi canggih Aziz Desa, namun orang Islam masih tak mau tak apa. If the mountains don't come to Muhammad, Muhammad goes to the mountain.

Ajaran asas atau fardhu dalam fekah Mahashit ialah tak perlu bagi salam kepada hadirin. Hampir kesemua hadirin malam tersebut tidak benar-benar berpegang dengan ajaran Mahashit kecuali isterinya. Wanita Mahashitisme tak perlu bertudung cukup takat tutup bahu. Orang lain semua tak betul.

Al-Sahibul Mahashit bersabda bahawa punca perpecahan ummat ialah kerana tidak berpegang kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Dalam majlis yang cukup murni itu kelihatan ramai yang berwajah sardin @ lembu kenyang bawah pokok nyok. kerana al sahibul samahah Mahashit dok bertele tele cerita pasal sejarah kejatuhan Islam - lagi muak dan mual dari plot novel SHIT. Lebih lucah! Lucah kerana banyak fakta yang hanya betul menurut pandangannya. Perpecahan atau firqh dikupas setaraf dengan sembang kedai kopi. Wujud pelbagai mazhab kerana umat tak anuti Islam sebenarnya.

Sejarah Malaysia peringkat rendah diberi tafsiran baru. Orang Melayu tidak bersatu dulu kerana *banyak ada* Sultan-sultan, Raja , ketua ketua daerah dsbnya. Kini semuanya telah bersatu dibawah naungan Mahashit al mutawakillah. Begitu juga sejarah Islam amnya. perpecahan kerana *banyak ada* amir-amir, sultan-sultan dan paling lucu bila beliau sebut khalifah.

Dalam sejarah kedatang Islam ke Malaysia memang ada banyak teori. Ada yang kata datang dari Cina, dari India atau terus dari Arab. Maka pada Sahibul Mahashit ini tentulah beliau memihak kepada sarjana yang mengatakan Islam datang dari India. Itu *pure punya Islam* ini Malaysia punya dalam, India mari, ada faham?

Mana Islam yang benar? Ikutilah wahai pembaca bijaksana siri ceramah Assahibul Samahah Mahashit di masa akan datang. DTU - Direct toYou- Ceria bersama NTV7 Your FeelShit Station!

Last changed: May 06, 1999